14.7.09

236 - sejarah ialah kisah pihak menang

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikenali dalam sejarah sebagai perdana menteri malaysia yang pertama.

Dan kebetulannya, dalam suratan sejarah, yang dipertuan agong pertama kita juga bernama Abdul Rahman, yakni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. wajiblah kau malu jika kau tidak kenal beliau sedangkan gambarnya terhias di not-not yang kau simpan di dompet kau.

Kawan aku berkata, "kau pula, mahu dikenali dalam suratan sejarah sebagai apa?"

"aku tidak mahu menjadi sejarah, aku mahu menjadi masa depan."

Kadang-kadang, aku juga terkejut dengan cita-cita diri sendiri...

nota kaki: secara kebetulannya juga, aku berada di kedai india muslim bernama rahman's corner semasa menulis isen ini.

2 ulasan:

  1. aku nak jadi masa sekarang. tapi sekarang aku tengah lapar. tapi aku taknak terus kelaparan. heh. aku patut pergi tido skrg.

    BalasPadam
  2. Kamu memang bervisi jauh.. Hehe!

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.