30.5.06

Ganjaran sebuah dehidrasi

"Terima kasih encik," aku menunjukkan penghargaanku kepada dia. Aku keluar dari pintu dengan wajah yang riang, selesai sudah hal itu, tidak perlu difikir-fikir lagi...

Sepuluh minit sebelum itu...

Sudah 7 jam aku berada di situ. Sejak pukul 8 pagi lagi. Hari yang amat panas sangat mengganggu minda aku yang amat sensitif, ditambah pula dengan lautan manusia yang juga menunggu giliran mereka dengan sabar di bawah teduhan yang telah disediakan pihak bertanggungjawab.

Sambil memegang cebisan kertas yang menunjukkan digit satu, lapan serta enam, aku berasa sedikit lega kerana dugaan pertama di bukit, kotak selari dan pusingan 3 kali sebentar tadi berjaya ku lakukan dengan cemerlang. Hari yang amat panas ini telah berjaya membuatkan aku berasa tidak selesa dan mual-mual. Aku mula pening-pening lalat.

Datang sebuah kereta kancil putih ke tempat teduhan. Keluar seorang lelaki yang berpakaian seragam berwarna gelap, berambut pendek, serta berkaca mata hitam. "Nombor satu lapan enam!" jeritnya. Aku bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah kereta itu dan terus menghidupkan enjinnya.

29.5.06

not biru kurang satu

awan mendung, kilat guruh berdentum, proses pra-hujan sudah berjaya, hanya menunggu masa titisan-titisan gerimis yang disusuli manik-manik air menimpa jalan tar dan kenderaan yang sedang lalu lalang di atasnya.

aku bersama suhaila sedang dalam perjalanan menuju ke rumah selepas pergi berlatih membawa kereta sebentar tadi. sedang dalam perjalanan, aku teringat tentang majalah aksi mingguan yang aku gemari sejak bersekolah asrama dulu. aku belum mendapatkan keluarannya minggu ini. aku singgah ke rumah dan memberitahu mak aku yang aku ingin keluar sebentar untuk membeli majalah kegemaran ku itu.

mak aku merestui kehendakku. lalu aku keluar semula bersama suhaila ku itu. dan terus menuju ke kedai runcit berdekatan. sesampainya di sana, aku hampa, hanya majalah keluaran minggu lepas sahaja yang berada di sana. aku enggan mengalah, aku meneruskan perjalananku mencari majalah tersebut, aku bersama suhaila terus menuju ke plaza di seksyen 8, di sana juga tiada majalah itu. aku tidak berputus asa, kini aku meneruskan perjalanan menuju warta pula, dentuman guruh sedikit sebanyak membawa kerisauan di hatiku. aku meninggalkan suhaila di sisi bangunan itu dan bergegas masuk. aku terus berjalan ke arah gerai menjual buku di hujung tingkat bawah bangunan itu.

akhirnya, aku jumpa dia, ya dia, majalah wira tunggal phoenix. aku gembira. aku terus menyeluk saku ku untuk mencari tiga not biru dan syling lima puluh sen. aku menarik keluar tanganku dari saku dan mendapati hanya ada dua not biru. aku tertanya-tanya, "dimana lagi satu not biru?"

aku terus membuat kira-kira. mak telah memberi not hijau kepada ku pada pagi sebelum aku ke pusat memandu. aku telah membelanjakan enam puluh sen sebelum sampai ke pusat memandu. sesampainya pusat memandu, jurulatih Ramli atau nama mesranya pakcik Ramli mempelawa aku minum-minum bersamanya sebelum meneruskan latihan memandu. aku pun menerima pelawaan itu. aku mengorder teh ais dan membayar sendiri untuk teh ais itu, walaupun ku tahu pakcik Ramli mahu membayarkan minuman aku itu. kemudian aku membelanjakan lagi enam puluh sen di gerai itu. semua sekali, 0.60 + 1.20 + 0.60 = 2.40. baki yang berada di saku aku, Ringgit Malaysia dua dan enam puluh sen sahaja.

majalah itu berharga RM 3.50. aku hanya mempunyai RM 2.60...

aku pulang bersama suhaila, dan tersenyum keseorangan mengenangkan lawak yang aku buat kepada diri sendiri...

27.5.06

berdekatan di mata, kejauhan di hati...

kesunyian malam dipecahkan oleh tegurannya, "buatlah benda bermanfaat sama.." aku diam sahaja, memikirkan apa apakah benda bermanfaat yang dimaksudkan oleh dia. sudah berkali-kali ayat yang sama menerjah minda aku, seolah-olah aku tidak pernah membuat kerja bermanfaat di rumah. aku amat sukar untuk memahami minda dia. walaupun dia sudah banyak berpengalaman, namun, jauh di sudut hatiku, aku rasa, dia kurang mengambil endah tentang pengalaman kehidupannya. mindanya masih mengamalkan sifat stereotaip yang amat kronik, cukuplah dengan ayat "rock tu sembah syaitan," dan "semua penunggang motor ikut suka hati dia je nak bawak, tak ikut undang-undang" menggambarkan sifat stereotaip dia. aku bukan ingin mendedahkan keburukan dia, jika aku ingin berbuat sedemikian, lebih banyak lagi yang aku boleh bentangkan. aku hanya ingin berkongsi apa yang terbuku di hati ini. dia waktu kecil tertekan dengan kesempitan hidup. lain pula bagi diriku, aku tertekan bukan kerana kesempitan hidup, tapi daripada tekanan yang diada-adakan tanpa aku ketahui apakah motifnya. aku sudah berkali-kali mencuba untuk mendekatinya, namun tidak berjaya. aku tidak pernah mengerti dia. apakah fungsi sebenar dia? adakah sekadar pembekal keperluan asas manusia? di akhir perenggan ini, aku masih belum mendapat jawapan, kenyataan yang tidak pernah berubah sejak 18 tahun dahulu...

25.5.06

malam yang sepi...

aku menutup mata,
berharap untuk tidak sedarkan diri,
berharap untuk pergi ke dunia mimpi,
berharap untuk tidak sepi lagi,
tapi aku terjaga kembali...

seluruh malam ini,
aku begini,
terlantar bersendiri,
tiada siapa di sisi,
amat sunyi dan sepi...

dimana kalian semua?
siapa yang sudi menemani aku?
mengharungi malam-malam muka,
mengharungi suka dan duka,
mengharungi malapetaka...

aku sunyi sekali,
aku sepi...

23.5.06

titik noktah dunia ternoda

lihatlah dia itu...
kemana-mana sahaja menjadi tumpuan khalayak...
lenggang-lenggoknya menarik perhatian teruna...
tetapi, teruna dan dia itu sama...
sama tidak serupa...

mengapa dia menjadi begitu?
demi kepuasan sejati?
kehendak naluri?
kemahuan rohani?
kelemahan insani?

aku tidak kenal kau,
aku tidak berada di posisi kau,
aku tidak memahami kau,
namun apa yang aku harapkan,
ko boleh berubah menjadi lelaki,
lelaki seperti kami semua.

tidaklah bermaksud kami sempurna,
cuma jemputan kembali kepada fitrah kehidupan asal kau sahaja.

nota kaki : in loving memory of sebahagian penduduk lorong haji taib, esso am**ng dan lot kedai taman ko**s.

22.5.06

kerna sebatang LM merah II

aku terus meluru ke arah bilik serbaguna. aku terfikirkan idea untuk berlakon sebagai seorang watak yang tidak bersalah, seorang yang sedang mengajar pelajar-pelajar yang lebih muda yang selalu belajar di situ. penjaga asrama terus masuk ke dalam bilik serbaguna setelah dia mendapati dua orang pelajar yang dikehendakinya tiada di situ. "kamu, mari sini", dia menunding ke arah aku. "kamu kan yang saya nampak tadi?" ,persoalan yang perlu aku menjawab dengan tidak betul."tak ah cikgu, saye kat dalam bilik, tengah tolong budak-budak ni wat homework tadi." "betul la cikgu, abang ni tolong saya wat homework tadi," tambah seorang junior yang aku sendiri sudah lupa namanya. "kamu nampak siapa kat luar tadi?" soalan baru pula yang dilafazkannya.

aku: tak cikgu, saya tak perasan.
penjaga asrama: kamu ni, betul kamu tak nampak?!
aku: betul cikgu.
penjaga asrama: kamu jangan sampai saya sumpah kamu.
aku: saya tak buat apa-apa cikgu...
penjaga asrama: kamu ikut saya.
aku: baik cikgu. (beliau membawa aku ke rumah penjaga asrama 2)
penjaga asrama 2: kenapa ni?
penjaga asrama: cube ko bau nafas budak ni, aku syak dia la.
penjaga asrama 2: tak payah bau nafas, bau tangan sudah cukup.
penjaga asrama: cepat tangan, mana?!
aku: errr...
penjaga asrama 2: erm, betul lah ni. tak syak lagi.
penjaga asrama: bodoh! setahun aku ajar kau! fizik tak pernah lulus!
(penjaga asrama terus menerus memukul aku sambil mengherdik2 dan menghina aku dengan kuat...)

aku telah melakukan apa yg terdaya. aku mendapat cuti seminggu dari pihak jemaah disiplin maktab akibat kegagalan aku melarikan diri daripada penjaga asrama. malang sungguh nasib aku... kesimpulannya, katakan "TAK NAK!"

p/s: walaupun tak berkaitan, aku mendapat markah antara yang tertinggi dalam kelas bagi subjek yang beliau ajar untuk ujian yang seterusnya. berkat mungkin. heh~

lihat: kerna sebatang LM merah

20.5.06

estetika romantis hari ini

sudah tiga kali dia menyambut hari yang amat bermakna ini. dia amat berharap dia dapat menyambutnya lagi di masa akan datang. dia amat takut ini akan menjadi sambutannya yang terakhir bersama-sama. dia tidak mampu memberi apa-apa. sekadar sebuah peringatan buatan sendiri yang disampaikan oleh seorang rakan. tidaklah setanding apa yang diterimanya di sana. di dalam mindanya, dia ibarat sedang tenggelam dan tidak mampu berenang untuk keluar dari pusaran ke'tidak upaya'an. dia berharap dia akan sempat walaupun terlewat. dia berterima kasih kerana beberapa tahun dahulu, pada tarikh ini, lahirlah dunianya. dia amat cintakan dunianya. dia amat sayangkan dunianya.

selamat hari lahir duniaku...

lihat: aestheticism 2005

18.5.06

tidur yg dipermainkan

"beginilah, saya panggil dgn gelaran 'tok', boleh?" ujar ku

"tidak perlu, aku tak layak," kata tok sambil menggelengkan kepala.

sedang kami berbual-berbual, datang sebuah kereta berdekatan dengan kami.

mungkin dia mahu memberhentikan kereta di sini.

dia secara tidak sengaja telah melanggar sebuah skuter.

skuter itu telah dilenyekkan oleh kereta tersebut.

aku dan tok berusaha memberitahu pemandu kereta tersebut agar berhati-hati.

tiba-tiba, muncul seekor beruang kutub berwarna putih yg berlumuran darah merah pekat di kepalanya keluar dari bawah kereta tersebut, sekaligus menterbalikkan kereta tersebut dan mengaum sekuat-kuatnya.

kemudian aku terjaga. perasaan pening, keliru dan terkejut bercampur baur di dalam minda aku. aku bangun, masuk tandas, gosok gigi, dan terus mengambil wudhuk. laungan azan subuh berkumandang di udara memecah keheningan pagi itu.

aku kini ke blook? II

peluang begini sukar untuk dijumpai lagi,
tidak pasti hayat aku cukup panjang untuk edisi seterusnya,
mungkin ya mungkin tidak,

ya, aku memang berminat,
aku cuba untuk memikirkannya,

baiklah,
aku sudah fikirkannya,
keputusan sudah dibuat,

ingin tahu keputusanku?
belilah blook Jiwa Kacau 2,
cuba cari nama aku,
dah dapat jawapan nnt bagitau aku... =)

17.5.06

makanlah dadih!

watak A: nape aku tak rasa apa² pun?
watak H: lepak a dulu, kejap lagi ko rasalah tu...
watak A: eh eh, hahahaha~! (sambil merapatkan tangan ke muka...)
watak H: ko ok tak?
watak A: wahhahaha.. oo, baru aku tau...
watak H: ko rase macam mane sekarang?
watak A: wahahaha, aku rase terbang, menyesal aaa..haha
watak H: ko rase macam mana?
watak A: aku menyesal laaa.. ey si bodo ni...
watak H: macam mana ko menyesal?
watak A: aku cakap “kalaulah saya bersabar...” haha!
watak H: heh, kau macam tak ok je ni?
watak A: aku okay, cume tak boleh kawal je lagi, tak biasa...
watak H: nak order apa² tak kat bebudak ni?
watak A: roti telur dua...

moral: belia benci dadah

nota kaki: saya suka dadih

16.5.06

aku kini ke blook?

sedang aku melihat-melihat di dalam ruangan alam maya,
aku terkesima melihat satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan,

PROJEK BUKU ...

peluang yg tak patut aku lepaskan,
bukan senang nak jadi terkenal macam ini,
tapi, aku menulis sebab aku suka menulis, bukan sebab aku nak famous,
tapi, kalau aku terkenal kelak, tentu ramai yg membaca blog aku,

tapi, aku takut juga kalau blog aku tidak menepati expectation mereka,
aku takut blog aku sekadar jadi bahan gelakan,
apatah lagi dengan usianya yang setahun jagung itu,
manalah mampu untuk duduk sama tinggi dengan mereka yg lain-lain,

masuk ke tak masuk?
pening aku pikir...
mandi tak basah,
tido tak lena,
kencing tak...

apa pendapat korang?
masuk atau tidak?

15.5.06

phyllium

aku dah delete post yg amat terbaru demi utk memberi keadilan yg sebenar-benarnye kepada sebuah salah faham. heh~. urm, aku rase teringin utk memelihara serangga eksotik aaa, amat menarik... korg tau tak dimana aku leh mendapatkan serangga2 eksotik ni? sangat cantik kalau disimpan dalam terranium... da lah senang jaga, sembur2 sket jaga kelembapan, pastu letak daun2 ke ape ke... mahu2! tapi kat mane leh dapatkan? hurm...




phyllium pulchrifolium


rujuk: bugsincyberspace/phyllium pulchrifolium

ya! aku buat lg... hahah~ Blogthings kembali dengan quiz yg menarik...



What Is Your Life Path Number?
Your Life Path Number is 7

Your purpose in life is to find truth and meaning

You are very spiritual, and you are interested in the mysteries of life.
You are quite analytical and a great thinker. You have many theories and insights.
A life of solitude is perfect for you. You need time to think and do things your way.

In love, you are quite charming. You attract many with your confidence and wit.

While you enjoy being alone, sometimes you take it to an extreme.
You can become too isolated, shutting out loved ones and friends.
Express yourself a little bit more, and you'll be surprised where it takes you!


The Five Factor Personality Test
Your Five Factor Personality Profile

Extroversion:

You have high extroversion.
You are outgoing and engaging, with both strangers and friends.
You truly enjoy being with people and bring energy into any situation.
Enthusiastic and fun, you're the first to say "let's go!"

Conscientiousness:

You have medium conscientiousness.
You're generally good at balancing work and play.
When you need to buckle down, you can usually get tasks done.
But you've been known to goof off when you know you can get away with it.

Agreeableness:

You have medium agreeableness.
You're generally a friendly and trusting person.
But you also have a healthy dose of cynicism.
You get along well with others, as long as they play fair.

Neuroticism:

You have medium neuroticism.
You're generally cool and collected, but sometimes you do panic.
Little worries or problems can consume you, draining your energy.
Your life is pretty smooth, but there's a few emotional bumps you'd like to get rid of.

Openness to experience:

Your openness to new experiences is high.
In life, you tend to be an early adopter of all new things and ideas.
You'll try almost anything interesting, and you're constantly pushing your own limits.
A great connoisseir of art and beauty, you can find the positive side of almost anything.


What Color Is Your Lucky Underwear?
Your Lucky Underwear is Blue

You are caring and extroverted. You've made relationships your number one focus, and your lucky blue underwear can bring some balance to them.
You thrive in one-on-one situations. You are a good listener and a natural born therapist.

Sometimes you let the concerns of others become too important in your life, leading to stress and worry.
If you want more balance, put on your blue underpants. They'll help you take care of yourself first.



13.5.06

uwarghh...

"uwargh..." aku menguap dalam keadaan yg agak kurang sopan tanpa menutup mulut...leh lg mengantuk? aku pelik, siang td da bape lame tido...cume kat khutbah je tak tido... (heh! aku pegi solat jumaat aa!)

erm, menguap lg, da pukul 3AM ni... nape aku tak tido lg? sbb aku da tido siang bnyk td... aku da bertransformasi jd makhluk nokturnal yg ajaib. heh, ni je a keje aku kat umah ni... malam ni aku rase sgt hambar, member2 sume tadek nak chat, google adsense aku takde sape nak klik malam ni, aku rase sgt bosan. nak kua umah takleh... nak men game ps2, controller leh guna satu je, satu lg da rosak. yg leh gune tu pun analog die da cam makhluk ajaib kehilangan pedoman. oh kasihan kasihan...

aku dah edit post 'all about me by Blogthings', aku hide ape yg blogthings ckp tentang aku, sbb ia mengambil ruang yg sgt banyak dan aku amat terkilan bile tgk camtu. kalau nak tgk korg leh tekan butan 'show' dan kalau korg nak simpan blk sila tekan butang 'hide.' realitinya aku tak dapat view pun penggunaan tu dengan betul disebabkan firewall yg amat melampau ni. namun aku berharap ianya berhasil kerana aku da cube javascript tersebut menggunakan medium notepad dan ianya berhasil. kalau tidak berfungsi, sila beritahu aku utk tindakan selanjutnya.

aku punye weblog stats da jammed. web yg aku amek javascript utk stats tu dah digantung perkhidmatan atau suspended. jd aku bg mase dalam lg 3 hari utk tunggu samada derang akan pulih atau tidak. lepas tiga hari, tak ok gak, aku gi cari javascript baru. aku pun tak ingat sgt last sekali bape ramai org da masuk, dlm 700 kot. haha, da tau tak ramai org masuk mengada gak nak tunjuk stats, ape bende aaaa aku ni...

hari ini aku cam hari2 yg sebelumnya, tiada ape untuk diceritakan. heheh~ aku mau bebas dan berduit... tp tak mampu harini, mungkin esok, kalau tak esok mungkin lusa, tak lusa mungkin tulat, dan seterusnya... aku terpaksa menunggu sahaja, ntah bilakah masanya...

td ayang kasi aku teka teki ni, shark kasi kat die kot, bunyinye camni aa lebih kurang:

I am a thing, Fishermen love me, docters* hate me but children want to eat me. I'm a 13 lttr word _H_T___IVE__N. What am I?

*ejaan sebenar ialah 'doctors'.

ade jawapan? apakah *H*T***IVE**N itu? aku da try gune application scrabble n crosswords utk cari jawapan. namun tidak mendatangkan hasil, ini mungkin menunjukkan bahawa perkataan itu tidak lah diterima secara sah dalam Oxford Dictionary, apatah lg dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi terbaru. mungkin jawapannya boleh menyakitkan hati sesiapa yg berusaha sedaya upaya utk menjawab. urm, care to try?

12.5.06

goals in life

things to be done before i left...
these are the things that i want to do before being buried six-feet under. over times, i will cross out which i have done, or add new things. i didn't number them because they are not arranged in most wanted to less wanted order.


standing somewhere outside of the peninsular of malaysia
went outside motherland few years back (14.5.09)

diving in the deep ocean

experiencing the four seasons

nurturing a small plant into a big tree

publishing my very own graphic novel series

performing in a gig
performed in a function in front of people (14.5.09)

owning my very very own private room
my current room is also utilised as a store, study room, and second guest room

owning an iPod, a 3G cellphone, and a notebook
inherited Samsung pocket PC from dad

driving my very own green Honda Jazz

attending at least one more ROMP grand reunion
RR06 at Genting Highlands 27.06.2006

witnessing the end of the Wira Tunggal epic & the One Piece manga
one piece, maybe another seven years to go
wira tunggal phoenix, erm, i dunno...
wira tunggal sudah jadi merepek (14.5.09)

enjoying a very relaxing vacation at a beautiful place

having my very own exotic pet
rare insects or reptiles are cool as pets
had a pair, both are dead

watching fireworks wif Dnapple

going to a theme park wif Dnapple

having my very own source of stable income

having my own company



last updated: (14.5.09)

11.5.06

all about me by Blogthings

hari ni aku cam tak larat aa nak menaip, penat berjalan siang td, nnt aku wat review cite the hills have eyes, horror gile babey douw! sux gile! heh~ td aku cam saje masuk Blogthings. bnyk bende menarik utk letak kat blog ade kat situ. aku ni jenis tamak sket. aku amek sume2. heh~ tak payah amek pusing sgt a post kali ni. tak semua bende kat bawah ni betul2 mencerminkan aku, tp hampir kebanyakan aa, sbb tu aku post sini. bg crowded sket tmpt ni. heh~













How Happy Are You?

You Are 44% Happy

You're definitely a happy person, even though you have your down moments.
You tend to get the most out of life, though there's always some more happiness to be squeezed.




What Should You Major In?

Your Scholastic Strength Is Inspiring Others

You are great at developing a vision, and getting others to adopt your way of thinking.
You are talented at leading, balancing tasks, and helping people work together.

You should major in:

Counseling
Environmental studies
Law
Social work
Political science
Nursing




What Type of Writer Should You Be?

You Should Be a Science Fiction Writer

Your ideas are very strange, and people often wonder what planet you're from.
And while you may have some problems being "normal," you'll have no problems writing sci-fi.
Whether it's epic films, important novels, or vivid comics...
Your own little universe could leave an important mark on the world!





What's Your Ideal Career?

Your Career Type: Conventional

You are orderly and good at following a set plan.
Your talents lie in working with written records and numbers in a systematic, orderly way.

You would make an excellent:

Bank Teller - Bookkeeper - Court Clerk
Mail Carrier - Post Office Clerk - Secretary
Timekeeper - Title Examiner - Typist

The worst career options for your are artistic careers, like comedian or dancer.





What Do People Envy About You?
People Envy Your Generosity

You're a giving soul, and you'd do almost anything for those you love. And they'd do anything for you!
People may envy how giving you are, but more than anything, they envy those you open your heart to.





How Lucky Are You?
Your Luck Quotient: 69%

You have a high luck quotient.
More often than not, you've felt very lucky in your life.
You may be randomly lucky, but it's probably more than that.
Optimistic and open minded, you take advantage of all the luck that comes your way.





How Evil Are You?
You Are 50% Evil

You are evil, but you haven't yet mastered the dark side.
Fear not though - you are on your way to world domination.





What Kind of Soul Are You?
You Are a Bright Star Soul

Like a shining star, you have no trouble being the center of attention
In fact, you often feel a bit hurt when all eyes aren't on you
You need to be number one in everything, no matter how trivial
And it's this ego that both hurts your confidence and helps you acheive

You're dramatic and a powerhouse of pure energy
You posess a divine quality or uniqueness that's hard to define
A natural performer, it's likely you'll become famous in some circles.
Just learn not to take everyone's reaction to you so personally!

Souls you are most compatible with: Newborn Soul and Prophet Soul





If Your Life Was a Movie, What Genre Would It Be?
Erotic Thriller

You've made your own rules in life - and sometimes that catches up with you.
Winding a web of deceit comes naturally, and no one really knows the true you.

Your best movie matches: Swimming Pool, Unfaithful, The Crush





What Color Should Your Blog or Journal Be?
Your Blog Should Be Purple

You're an expressive, offbeat blogger who tends to write about anything and everything.
You tend to set blogging trends, and you're the most likely to write your own meme or survey.
You are a bit distant though. Your blog is all about you - not what anyone else has to say.





What Age Do You Act?
You Are 22 Years Old

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.





What's Your Blogging Personality?
Your Blogging Type is Confident and Insightful

You've got a ton of brain power, and you leverage it into brilliant blog.
Both creative and logical, you come up with amazing ideas and insights.
A total perfectionist, you find yourself revising and rewriting posts a lot of the time.
You blog for yourself - and you don't care how popular (or unpopular) your blog is!





What Are The Keys To Your Heart?
The Keys to Your Heart

You are attracted to good manners and elegance.

In love, you feel the most alive when things are straight-forward, and you're told that you're loved.

You'd like to your lover to think you are optimistic and happy.

You would be forced to break up with someone who was emotional, moody, and difficult to please.

Your ideal relationship is lasting. You want a relationship that looks to the future... one you can grow with.

Your risk of cheating is zero. You care about society and morality. You would never break a commitment.

You think of marriage pessimistically. You don't think happy marriages exist anymore.

In this moment, you think of love as commitment. Love only works when both people are totally devoted.




How Do People See You?

Slow and Steady

Your friends see you as painstaking and fussy.

They see you as very cautious, extremely careful, a slow and steady plodder.

It'd really surprise them if you ever did something impulsively or on the spur of the moment.

They expect you to examine everything carefully from every angle and then usually decide against it.





How Do You Live Your Life?
How You Live Your Life

You are honest and direct. You tell it like it is.
You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think.
You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences.
You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.





What's Your Hidden Talent?
Your Hidden Talent

You are a great communicator. You have a real way with words.
You're never at a loss to explain what you mean or how you feel.
People find it easy to empathize with you, no matter what your situation.
When you're up, you make everyone happy. But when you're down, everyone suffers.





How Weird Are You?
You Are 50% Weird

Normal enough to know that you're weird...
But too damn weird to do anything about it!





What's Your Power Color?
Your Power Color Is Red-Orange

At Your Highest:

You are warm, sensitive, and focused on your personal growth.

At Your Lowest:

You become defensive and critical if you feel attacked.

In Love:

You are loyal - but you demand the respect you deserve.

How You're Attractive:

You are very affectionate and inspire trust.

Your Eternal Question:

"Am I Respected?"




10.5.06

kisah hidup manusia biasa

dalam pukul 10 malam tadi, seorang kawan, eby, telah memberitahu tentang blog yg baru dibacanya. tentang sebuah kisah hidup seorang insan yg sudah diseru Tuhan. aku telah meminta url blog tersebut daripada eby. namun, aku hanya dapat melayari blog tersebut sekitar pukul 11.45pm, mungkin blogger.com sedang melakukan mantainance kat server sebelum tu.

pada mulanya aku sekadar ingin melihat2 sahaja, namun aku tertarik dengan gaya penulisan dia, dan bagaimana kisah hidupnya berakhir. lantas aku membaca daripada post pertama Allahyarham Ghazalee, sehinggalah post terakhir sebelum tamatnya riwayat hidup beliau. post pertama Allahyarham dihantar pada bulan jun 2005. hampir setahun daripada 33 tahun hidupnya direkodkan utk tatapan umum. ini bukan meniru kisah 'a walk to remember' , ini ialah kisah hidup seorang daripada kita semua, manusia biasa yg lemah dan tidak pernah terlepas daripada membuat kesalahan. moga2 kisah beliau dapat dijadikan tauladan dan pengajaran kepada kita semua.

apabila kita cukup jujur untuk menulis dengan terperinci tentang kisah hidup sendiri, masa itulah kisah hidup kita sendiri akan menjadi terlalu umum sehingga org yang membaca boleh melihat kisah hidup mereka tercermin di dalam kisah hidup kita...

kita insan lemah yg hanya boleh merancang, tetapi Allah yg Maha Kuasa menentukan.

Al- Fatihah buat saudara Ghazalee

blog beliau: ajarkanlah ilmu tentang cinta....

9.5.06

hotlink & mrsmTGB?

start daripada pukul 12 malam 8 mei (semalam) sehinggalah 11.59pm hari yg sama, berlansunglah promosi UG hotlink, manic monday. aku menggelarkannya promosi underground kerana manic monday adalah satu2nye promosi perkhidmatan prabayar yg tidak diiklan di media seperti tv, radio, surat khabar, majalah dll, sebaliknya hanya dibawa melalui cakap dari mulut ke mulut takpun msj dari handset ke handset. program manic monday ini akan menukarkan rm1 nilai prabayar pengguna kepada 1000 msg (dirujuk sbg longgokan perkhidmatan pesanan ringkas @ sms bundle). walau bagaimanapun, longgokan ini hanya sah utk 24 jam sahaja.

siang tadi aku gi rumah sewa, suasana yg amat berbeza sekali kelihatan. semua org berada bersama handset. di sisi handset. tidak berenggang dari handset. kire sume2 berlumba utk mengabeskan sms bundle terlebih dahulu.

rumah jadi senyap sunyi. member yg duduk bersebelahan pun berinteraksi menggunakan sms. ade seorg rakan, gelarkan sbg D, D siap hantar sms kat member suruh member tu sampaikan pesanan sms kepada member yg lagi satu utk memberikan D air. padahal member yg ade air tu sebelah je kat D tu. (korg paham tak ni?)

time2 mcmnilah org yg tak pernah2 terlintas dalam minda tu utk antar sms, secara automatik menerima sms, bile lg kan? alang2 free ni. da tak free kang kate tadek kdt la ape la. heh~

hahah~ ye penting, aku tak dpt bersaing ngan bebudak yg hustler gile sms ni. waktu pukul 11.59pm 8 mei, sms bundle aku masih tinggal 675 lg, rugi gile. huhu~

dalam perkembangan yg berasingan dan tiada berkaitan, merujuk kpd akhbar melaka hari ini edisi 6 Mei, MRSM JASIN telah ditukar name kpd MRSM TUN GHAFFAR BABA, heh~ satu2nye MRSM yg tidak menggunakan name pekan/bandar utk sbg suffix kpd institusi tersebut. mungkinkah satu hari nnt kite akan melihat pertukaran trend suffix MRSM daripada nama tempat kepada nama tokoh? mungkinkah kite akan menjadi saksi kepada kemunculan MRSM Tun Mahathir Mohamad, MRSM Abdullah Ahmad Badawi? heheh. mari kite ambil pendekatan tunggu dan lihat...

rujukan: MRSM Jasin Jadi MRSM Tun Ghafar Baba

8.5.06

blogger rakan² dan merepek sket²

skang baru pukul 8:20am, kepala aku tengah pening2 ngantuk lg ni~
saje nak menaip2 nak bgtau ape yg kepala aku tgh pikey skang...

aku baru je bace blog azza, die baru update smlm, urm~ dari analisa (tadek a cam komsas ke ape ke, sebenarnye nak sebut pemerhatian je, tp analisa nampak lg best je) aku selama ni, aku tgk die selalu mempersoalkan norma norma kehidupan dgn gaya yg begitu menarik. mempersoalkan bende yg tadek org (yg aku kenal aa) pikey nak persoalkan. heh, dgn kate lain, menarik, mesti bace...

blog loque lak~ die cite pasal tekanan die, lebih kurang aku a die ni, under pressure... hahah. cume beza die lg kacak dan bergaya siot. (haha! ko kasi tak aku tumpang umah ko kang? aku da puji abes2an ni) korg bace aaaa, tgk cane die view hidup, menarik gak~ revengeaaaa, sume2 aaa... interesting. korg leh tgk hidup dari sudut yg berbeza

shark~ heh, die ni mmg amat gempak sekali aaa, tatau aaa, bg pendapat aku a kan, die ni cam taraf english die lebih kurang same ngan azza a (bg bdk mrsm ptn kenal aaa). blog die selalu membincangkan bende2 yg korg takkan pernah terlintas kat kepala korg, contohnye ialah seorg insan yg baik hati dan pemurah dikatakn 'monstrous', heh~ korg bace sendiri aaaa, korg leh tgk bende yg sama ngan pandangan n perspektif yg berbeza...

eby, die jarang update blog die, tp die update ok aaa, tadek aaa just letak lirik lagu je... dulu cite dlm blog die pasal idola2 die, skang cam da tuka sket a course penceritaan die, sbb mungkin die lebih matang kot. hahah~ maklumlahkn. da tadek pasal mawi dan ally, (sekurang2nye wat masa sekarang...) , skang pasal bende2 fresh. heh~

mush, hahahah~ die yg ajak aku masuk google adsense, ajar aku wat keuntungan secara online, tanpa modal. just lepak2 je leh masuk gak wang. nak tau cane? heh~ persoalan leh ditujukan kepada aku atau mush. taip on 'rgvpew' dan hantarkan kat nombor die. heh~ nombor die bape? tanye a die senrik... hahah! urm, ok, ni serious, nak tau pasal wat keuntungan secara online tp tanak kua modal, leh tanye kat aku atau mush.

korg agak kan, seseorg tu leh dijangka tak sifat die melalui gaya penulisan die? kalau takleh jangka pun, at least nampak tak unsur2 sifat die? hahhah~ abaikan ape aku cakap! kadang2 bile aku bace blk ape aku tulies, aku rase cam bkn aku yg tulies, lantas rase nak tekan ctrl+A pastu tekan backspace. aku tanak wat perkara sedemikian rupa. aku tak mahu... aku tanak bace blk... heh~ biarkanlah si luncai dengan labu labunya... biarkan biarkan...

aku rase aku da banyak a bazirkan masa wat mende tak bermanfaat(adapatasi dari bapak aku), aku rase aku perlu wat mende bermanfaat... urm~ ape ek? aaaa, kua ah~ aku nak mandi2, siap2, then lepak umah sewa aaa. bile lg kn? heh~ chalooo~

lagu tribute kepada rakan², walaupun daripada cite spongebob yg tkenal dgn lawak bodoh, lagu ni agak menarik aaa, walaupun agak pendek durasinye...

When I ripped (rip) my pants,
I thought that I had everybody on my side,
But I went and blew it all sky-high.
And now she won't even spare a passing glance
All just because I (rip) ripped my pants.

When big Larry came 'round just to put him down,
Spongebob turned into a clown,
And no girl ever wants to dance
With a fool who went and (rip) ripped his pants.

I know I shouldn't mope around, I shouldn't curse,
But the pain feels so much worse.
'Cause windin' up with no one is a lot less fun
Than a burn from the sun or sand in your buns.

Now I learned a lesson I won't soon forget,
So listen and you won't regret,
Be true to yourself, don't miss your chance,
And you won't end up like the fool who ripped his pants.





[The fool who ripped his pants; Spongebob Squarepants and the losers]

6.5.06

dreaming in a dream?

this morn, after my subh prayer, i went back to sleep, then, i had this strange dream...

i am in a bus wif bunch of friends going sumwhere. we're having lots of fun in the bus. finally we reached our destination. it's an extravagant hotel wif lots of cool stuffs.

(this is the point where i realized dat i'm having a dream in a dream. or at least i think so...)

when i woke up to my primary dream, i'm late for something which i can't recall. then i went into this elevator, there are 2 people in the elevator, but, i can only remember one of them. let me call this person as A. we talked a lot, we never had the chance for such a talk in real life, besides, it's been 10 years since we last engaged in a conversation. i'm very happy.

then out of sudden, i am standing on top of a high building with an old chinese guy wearing a singlet and a short, (as usual in a dream) i just happen to know him as the bus driver which i was in during my secondary dream. we talked about sumthing i can't remember. he told me that i missed my bus. he gave me two options, whether to stay wherever i am right now or to go follow my friends who left me. then he told me that i'll be wasting my time either way. during the conversation i'm on top of a high building, with the scenery of sunset at my side.

well, that's all i can remember...


The situation potrayed above is similar to amanitium's dream experience, urm, more or less...

5.5.06

nothing much~

my last few posts (especially the last two posts) stirred some mixed reaction and indicated that 'ade jugak la kan org bace blog aku, time kasih sebanyak buih2 di lautan!'

mintak maaf aaaa, sejak dua menjak ni emosi aku cam terganggu sket. nak wat post yg bermutu tinggi pun takde semangat (penah ke bermutu tinggi pun ek?) sangat.

aku rase aku cam da pulih sket, siap insaf sket. heh~ biarlah 4 mei jd sejarah hitam dalam hidup aku~ erm.. tambah lg satu hari yg perlu diingati dlm kalendar tahunan aku.

urm, korg rase a kan, aku sesuai tulies blog ni dalam bahasa melayu ke english? mane yg korg lebih mudah utk hayati?

korg sume dapat view blog aku ngan betul tak? aku tak dpt view blog aku ngan betul, tatau a samade sbb firewall yg baru diinstall oleh bapak aku dlm komp ni atau template blog aku ade prob. tp firewall tu pun sux gile gak, ko bygkan, photobucket takleh bukak, youtube takleh bukak, da tak dpt nak tgk video ultraman hadhari dah. huhu~

bg yg selalu gak a bace ape yg aku merepek ni, korg agak aa kan, course ape yg sesuai dgn sifat aku? aku cam nak cari course yg ade kombinasi² seperti aku minat course tu, aku ade bakat dalam course tu, course tu tak mengambil masa lama sgt dan prospek kerjaya cerah dan luas. cerewet gile kn~? haha! saje je tanya cadangan korg. aku rase cam nak amek CAT then sambung ACCA kat UiTM a, tp tak pasti lg, aku tadek asas dlm mende ni. tp berdasarkan pengalaman aku a kan, kalau aku rajin dgn nombor², insyaAllah, subjek nombor² ni leh aku kuasai, tp tatau aa course akaun ni kira apply sebagai subjek nombor² cam maths ke tak~

aku skang ske dgr lagu under pressure dendangan MCR ngan The Used, lagu lame, tp ntah aaa, aku cam ske lak dgr, tp tatau a aku ske lagu tu sampai bile... buat mase skang ni, lagu ni masih menjadi halwa telinga aku. (tul tak penggunaan perkataan halwa telinga dlm konteks ni?)

sekian,
[masihmencaridirisendirikot~]

p/s: time kasih kat ayang sebab still menyokong diri ini. time kasih kat loque, mush, dan lain², (you know who you are) yg cube mengembalikan pedoman diri aku. hoho! cite cam aku isap ganja je. heh~! baeklah! prepare for [amanitium 2.0] hoho~!

3.5.06

miserable life~

amanitium: ni baru tegur aku lg
amanitium: shit tul!
amanitium: fuck!
amanitium: aku takleh a duk camni mush
amanitium: aku takut nnt aku tak sengaja ikut amarah aku pukul org tua tu
amanitium: serious ni
amanitium: baru sebulan aku duk da mcm ni
amanitium: cube ko bygkan lg 6 bulan
murs_sar: urm
murs_sar: owh
murs_sar: tegur leklok ke cam marah2?
amanitium: die tegur leklok
amanitium: tp cube ko bygkan
amanitium: sume bende aku wat die nak tego
amanitium: ulangan
amanitium: SUME
murs_sar: owh
murs_sar: urm
murs_sar: aku tau
murs_sar: ko mmg tertekan neh
murs_sar: btw
murs_sar: ko try arr cadang ko nak cari keje
amanitium: aku da cari mush!
amanitium: tak dapat!
amanitium: derang tak panggil!
amanitium: aku tatau nak wat ape lg~

2.5.06

sial la!

babey betul! die wat lg... tak penah leh tgk aku duk senang la! pantek tul! mulut ringan je! babey aaa! lancau! sial tul!

aku pun tatau a ape a die tak puas ati ngan aku... sial tul! aku pun ade tahap aku sabar gak. kang aku sound blk die ckp aku tak hormat lak. babey, da bnyk gile point aku simpan ni. gile ape aku nak duk umah sampai november, mau perang sial dlm umah ni~! arggh! babey! aku da tak tahan! babey a petronas, tlg a amek aku keje! aku da tak tahan ni! tak leh jd, esok aku kua, kfc pun kfc aa, janji aku tadek a duk umah 24 jam! bikin panas aorta (hati) aku je! shit tul!