7.12.08

213 - kotak minda muda

jika, suatu hari kau bertanyakan anak kecil berumur 7 tahun yang dirinya selalu kau marahi dengan kasar, samada dia takutkan kau atau tidak, lalu dia berkata tidak, apa kau akan rasa?

jika, dia hanya menjawab, "kita hanya patut takut Allah!" adakah hati kau yang kasar dan keras itu akan berasa rendah diri dan malu? atau kau pura-pura ketawa walaupun dalam hati kau terasa?

10.11.08

212 - gagah di waktu pagi

pukul 7 pagi.
"minyak ni cukup lagi ke, macam hampir maut je?"
"jangan risau, cukup lagi ni, jauh lagi boleh pergi."

pukul 7.30 pagi.
"wah, betul cakap kau, jauh boleh pergi ni..."

dan hari itu, sewaktu kedinginan 7.45 pagi, kami menolak kancil bernombor plat JFS **** sejauh 800 meter...

25.10.08

211 - dia berkata selamat hari raya

Jika, suatu pagi kau sedang berjalan di tepi-tepi lorong sunyi, tiba-tiba ada seorang cina tua berpakaian lusuh merapati kau, dia kelihatan seperti watak tua yang hebat kungfu dalam cerita cina, dia menyapa dengan berkata selamat hari raya, kemudian dia berkata nombor, lima tujuh enam sembilan...

dia berkata lagi, lima tujuh enam sembilan...

dan lagi, lima tujuh enam sembilan...

dan perjalanan kau hari itu secara kebetulan melalui kawasan lot kedai menjual nombor...

19.10.08

210 - sila belok-belok

Kau masih ingat iklan NST?
Iklan tentang jejaka nakal yang dungu berbahasa Inggeris dan jejaka baik yang bijak berbahasa Inggeris.

Aku juga pernah didekati oleh seorang pelancong luar negara berjantina perempuan, sama seperti plot iklan tersebut.

"CanyoutellmehowtogotoChinatown?" katanya fasih.

"owh, i'm sorry ma'am, i beg your pardon," kataku.

"CanyoushowmethewaytoChinatown?" katanya fasih, juga pantas.

Aku faham maksud ayat pelancong berkulit cerah itu. Sangat faham, namun aku tak tahu dimana lokasi destinasi yang ingin ditujunya itu, apatah lagi cara ke sana.

Kau masih ingat iklan NST?
Iklan tentang jejaka nakal yang dungu berbahasa Inggeris dan jejaka baik yang bijak berbahasa Inggeris.

Aku ialah budak nakal yang bijak berbahasa Inggeris. Mem ranggi berbangsa Arab itu telah aku tunjukkan ke arah jalan yang rambang.

Dan perlahan-lahan susuk tubuhnya hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa ke jalan bukit yang menurun, berlatarbelakangkan matahari yang terbenam berwarna jingga. Minta maaf mem...

4.10.08

209 - kalau juga dikenali sebagai barangkali

Thomas Bayes telah menulis tentang teorem kebarangkalian Bayes di dalam buku Essay Towards Solving a Problem in the Doctrine of Chances (1764) semasa dia berumur 62 tahun.

suatu malam semasa umur aku baru 7 tahun, bapa aku ada membeli keropok lekor untuk kami sekeluarga. aku berbesar hati ingin membantu membuka bungkusan sambal keropok lekor itu.

secara tidak sengaja, aku telah terpecahkan bungkusan itu, sambal itu telah terpercik ke mata adik aku.

kemudian aku lihat bapa aku...

bapa aku lihat aku...

kemudian, (...sila isi tempat kosong...)

dan aku berkata BARANGKALI kalau aku tak membantu, tiada akan jadi apa-apa terhadap aku. KEBARANGKALIAN untuk menjadi apa-apa terhadap aku ialah kosong. ini cerita aku semasa berumur 7 tahun.

Thomas Bayes telah menulis tentang teorem kebarangkalian Bayes di dalam buku Essay Towards Solving a Problem in the Doctrine of Chances (1764) semasa dia berumur 62 tahun.

dan kita berkata orang melayu tidak bijak...

208 - revitalisasi

kau pernah dengar cerita ikan haruan pulang ke kolam?

atau cerita sirih pulang ke ganggang?

aku masih suka menulis. aku mahu tulis banyak.

selamat pulang aku ucapkan kepada diri sendiri...