27.5.07

205 - semalam yang gila hampir menjadi headline hari ini.

dudes dan dudettes, dah 2 minggu aku pulang... dan aku akan berpergian ke suatu tempat lain buat seketika...

sebelum aku berpergian, kami menghabiskan masa merayau-rayau di ibu kota pada waktu malam. di dalam kesesakan pukul 2 pagi, banyak kereta yang dibawa orang mabuk berpeleseran, ditambah pula dengan rempit-rempit yang sopan di jalan raya. kami? kami cuma bersiar-siar menikmati pemandangan malam.

hampir headline 1
ada kereta memotong kereta kami dengan cara yang berbahaya. hon yang kuat dan panjang dengan gagah, sambil ahli dalam kereta kami memandang dengan pandangan ganas terhadap kereta itu. ahli kereta itu membalas semula pandangan itu secara ganas juga. kami membalas dengan pandangan yang lebih ganas.
tiba-tiba enjin kereta kami hampir mati, mungkin kerana pemandu kami juga memandang kereta itu dengan pandangan ganas tanpa menumpukan perhatian kepada clutch...
watak N: kau jangan buat lawak watak E (driver).
watak A: kalau kete mati kita nak wat camne nak cover?
watak B: kita keluar kete buat-buat nak pukul kete tu.
semua setuju dengan cadangan tu, nasib baik kereta itu tidak sempat mati enjinnya. kalau tak tentu muka depan surat khabar arus perdana dan tabloid esok tertulis, Pemilik blog yang gagah serta rakan memukul orang yang tak dikenali di Jalan P. Ramlee.

hampir headline 2
selepas puas bersiar-siar, perut kami terasa lapar, wang di dalam poket tiada, kami sepakat singgah di 7-11 berdekatan untuk membeli mamee kari berapi dan makan di tepi jalanraya. beramai-ramai. sedang kami leka memuaskan nafsu sambil melihat kereta-kereta bertaraf tokyo drift melanggar lampu merah, aku terlihat seorang lelaki berbadan sasa berjalan melilau ke sana ke mari. tidak lama kemudian, dia datang kepada kami...
watak ?: Excuse me, can you tell me where is the JW Marriot hotel?
watak N: Do you mean in Putrajaya or here?
watak A: Dah tentulah kat sini douw, kita bukan kat Putrajaya. Do you know where is the Sungei Wang?
watak ?: I don't know, i'm just a tourist here. I went to the beach club and now i'm lost.
kami berbincang bagaimana cara yang sesuai untuk menunjukkan lokasi hotelnya kepada pelancong itu. setelah berbagai landmark seperti pertama kompleks dan klcc muncul didalam perbincangan, watak N telah menunjukkan arah seperti yang kami bincangkan sebentar tadi. pelancong berbadan sasa itu mengucapkan terima kasih lalu beredar. selepas 5 minit, kami pun memasuki kereta semula untuk pulang ke rumah, dan semasa dalam perjalanan itu jugalah kami perasan yang kami telah memberi arah yang terbalik.
watak N: jom blah cepat weh, tu dia kat sana, nak pukul kita la tu, bagi arah salah kat dia.
kami berjaya melarikan diri menaiki kereta dan beredar dari lelaki tersebut sebelum dia sempat sampai semula, mujurlah, jika tidak, tentu muka depan surat khabar arus perdana dan tabloid esok tertulis, Pemilik blog yang gagah dan rakan dipukul oleh lelaki asing berbadan sasa kerana salah memberi petunjuk jalan.

hampir headline 3

kami pulang melalui SMART tunnel, sementara masih percuma, maklumlah gaji dah naik ni, nanti tentu tol terowong ini mahal.
watak A: jom tangkap gambar dalam terowong ni. pasang la hazard.
ideaku itu telah dipersetujui seratus peratus. kami melakukan pelbagai pose di dalam terowong itu, maklumlah dikala 4 pagi, tentulah terowong itu kurang sesak. dalam 15 minit kami melepak di dalam terowong itu, tiba-tiba dari kejauhan nampak seperti motor peronda mendekati.
watak K: weh jom belah, peronda-peronda.
watak E: cepat naik weh.

kami semua dengan efisyen terus naik kereta lalu melarikan diri daripada peronda itu. nasib baik kami sempat melarikan diri, jika tidak, tentu muka depan surat khabar arus perdana dan tabloid esok tertulis, Pemilik blog yang gagah dan rakan-rakan ditangkap melepak di dalam SMART tunnel. Tentu rakaman cctv dalam terowong itu disiarkan di buletin tv, dan menteri yang berkenaan memberi ulasan terhadap perbuatan kami.

watak SV: rakyat jelata tidak dibenarkan melepak di dalam SMART tunnel, ini boleh menyebabkan kebocoran dan sebagainya, nanti kita yang kena repair semula semua ini...

nota kaki: dudes dan dudettes, aku pergi dulu ya. doakan aku pulang...

25.5.07

204 - selamat tinggal silam.

minda aku mengatakan aku masih diperlukan di dalam masa itu, walhalnya, zaman sudah berubah.

dudes dan dudettes, aku rasa sekarang masanya sudah tiba untuk aku lepaskan mereka, biarkan aku kembali bermula dari satu.
(walaupun aku tidak puas hati, sememangnya tidak puas hati.)

lihatlah dunia! aku (kami?) akan kembali!

selamat tinggal silamku, pergi jauh dariku,
pergilah silamku, tinggalkanku...

22.5.07

203 - misteri hidung spongebob

suatu malam yang lampau, semasa aku sedang belajar bersama rakan-rakan di dalam bilik aku, terdengar bunyi ketukan yang berhati-hati. dengan malas aku bangun lalu membuka pintu yang terkunci itu. kelihatan rakan aku, watak B di hadapan bilik.

watak B: weh, ada perempuan masuk hostel kita, derang dekat bilik sana tu.

(selepas habis pernyataan ini, semua rakan-rakan yang lain terus berdiri di belakang aku dengan minat yang jauh lebih mendalam berbanding semasa belajar tadi.)

watak C: sape weh?
watak D: cun ke?
watak E: hot tak?
watak F: ...(isi dengan ayat yang sesuai)...

watak B: dua orang pulak tu, pakai seksi gila, pakai boxer dengan baju ketat.

(semasa ayat ini siap dibunyikan, bayangkan bunyi serigala beramai-ramai menyalak berlatarkan bulan mengambang berkumandang. err, bukan aku, rakan-rakan aku yang berbunyi, aku tenang-tenang saja.)

selepas lapan belas perpuluhan enam saat, seluruh ahli aras aku sudah mengetahui fakta itu, (cepat sungguh cerita tersebar) mereka semua tak senang duduk memikirkan ada gadis sedang melepak di aras hostel mereka...

dua orang pula tu...

seksi pula tu...

semua orang berpura-pura kepanasan di dalam bilik, lalu bersidai di koridor. di dalam benak mereka, ada harapan dua gadis seksi itu akan keluar dari bilik itu dalam masa terdekat. selepas tidak berapa lama, pintu bilik yang menjadi tumpuan itu terbuka, lalu saat magis pun menjelma, semua orang gembira.

keluarlah dua susuk tubuh yang bergaya lemah lembut dari bilik itu. mereka tidak menutup bahagian atas badan mereka, hanya berboxer sahaja. senyuman mereka amat manis sekali. paha mereka kelihatan begitu enak. mereka menuju ke arah kami dengan gaya yang amat menggoda, kami tidak berkata apa, kami senyap sahaja, mulut kami terngaga.

salah seorang daripada dua orang itu memakai boxer yang memaparkan wajah spongebob squarepants di bahagian depan. di kawasan hidung spongebob itu, kelihatan seperti dalam mod 3D dan bukan 2D.

selepas dua orang itu berlalu di kalangan kami dengan gaya yang menggoda, kami semua terus bergegas pergi ke bilik watak B.

amanitium:
weh, tadi kau pakai spek tebal kau tu tak masa kau nampak gadis-gadis tu masuk bilik?

watak B:
tak, aku baru lepas cuci muka time tu. kenapa?

amanitium:
untuk makluman kau, dua orang 'gadis' tu, penduduk asrama ni jugak. derang tu BAPOK la! dah tentu bukan gadis! apatah lagi gadis seksi!

salah seorang daripada dua orang itu memakai boxer yang memaparkan wajah spongebob squarepants di bahagian depan. di kawasan hidung spongebob itu, kelihatan seperti dalam mod 3D dan bukan 2D.


nota kaki: semenjak kejadian malam itu, kami semua amat takut dengan spongebob, dan juga dengan percakapan indah watak B.

17.5.07

202 - mimikan suara kurt?

tadi aku melawat blog Abdullah Jones, aku terlihat slot YouTube di bahagian kanan blognya, dibawah slot itu tertulis Nirvana - Season in the sun. sengaja aku berhenti sekejap supaya file YouTube itu sempurna dimuat turun.

setelah siap dimuat turun, aku pun menghayati klip video tersebut, kurt cobain bermain dram dalam klip tersebut.

Goodbye my friend, it's hard to die,
when all the birds are singing in the sky,
Now that the spring is in the air.
Pretty girls are everywhere.
When you see them I'll be there.
We had joy, we had fun, we had seasons in the sun.
But the hills that we climbed
were just seasons out of time.

sedang aku mendengar lagu tersebut, mak aku lalu disebelah menuju ke bilik tidurnya, tiba-tiba, dia berundur dan menghampiri aku. mak aku, "suara siapa ni? macam familiar je." "mak aku kenal ke kurt cobain ni? biar betul mak aku ni," aku cakap dalam hati.

amanitium: ni suara kurt cobain mak, kenapa? mak kenal ke?
mak amanitium: la, betul ke?
amanitium: betul la, kenapa?
mak amanitium: macam suara long, sebab tu mak datang tengok. ingatkan tengah tengok rakaman persembahan long dekat dinner hari tu.

dan tiba-tiba aku terasa gagah...

nota kaki : semua dialog sudah diadaptasi kepada bahasa yang mudah difahami penduduk lembah kelang.

16.5.07

201 - cucuk di belakang?

aku akan berpergian buat seketika tidak lama lagi, untuk pemergian aku kali ini, aku perlu dicucuk dengan jarum sebagai langkah-langkah persediaan menghadapi persekitaran dan atmosfera berbeza.

aku pergi ke klinik yang berdekatan untuk mengambil suntikan itu pada malam tadi. setelah setengah jam menunggu sambil melihat berita-berita yang sepertinya kita sedang menghampiri pilihanraya, nama aku dipanggil oleh seorang gadis jururawat.

aku ke kaunter, dan menunggu tindakan susulan oleh mereka. terdengar perbualan gadis-gadis jururawat di hadapan aku...

gadis jururawat 1: kenapa dengan lelaki kacak di hadapan kita ini? (aku dengar macam tu)

gadis jururawat 2: dia nak diinject.

gadis jururawat 1: nanti aku inject dia di belakang.

haaa? aku terkedu, nak inject aku di belakang? sudah lama aku tidak dicucuk di bahagian belakang aku. seingat aku, kali terakhir aku dicucuk di bahagian belakang ialah sebelum aku akil baligh, sekarang ni badan pun dah penuh bulu. terpaksa juga aku melihatkan bahagian posterior aku itu kepada orang lain, gadis pula tu.

gadis jururawat 1: baiklah encik, sila ikut saya.

aku akur saja dengan kehendak gadis jururawat itu, di dalam fikiran aku terbayang-bayang bagaimana aku mahu menahan malu daripada peristiwa yang akan berlaku selepas ini, membiarkan saja dengan pasrah orang lain melihat bahagian punggungku...

gadis jururawat 1: encik tunggu di sini sebentar ya.

aku hanya mengangguk pucat. terasa maruahku seperti sedang bersedia untuk terbang jauh ke afrika utara. gadis jururawat itu ke stor, mungkin tertinggal peralatan, ataupun mungkin dia juga malu dengan keadaan yang akan berlaku, sama malu seperti aku...

gadis jururawat 1: baiklah, minta maaf lambat dan biar encik tunggu lama-lama di belakang ni. angkat sikit lengan baju.

amanitium: ha, lengan baju?

gadis jururawat 1: ya encik, kenapa?

amanitium: oh, tiada apa-apa.

aku dapat merasakan muka aku menjadi merah seperti lampu trafik yang menandakan berhenti. suntikan itu tidak menyakitkan aku langsung, namun trauma akibat suntikan di bahagian belakang klinik itu masih belum sembuh, sehinggalah saat ini...

14.5.07

200 - kembali...

setelah lebih kurang 5 bulan jurnal ini dalam keadaan sunyi, akhirnya aku kembali. aku tak pasti sama ada keadaan akan berubah menjadi sediakala dengan kepulangan aku...

kepada rakan-rakan, selamat berjumpa semula, dalam masa pertemuan kita yang singkat ini , aku harap aku masih mampu menulis seperti dulu...