31.7.06

siang, malam, jurnal dan aku.

minta maaf rakan-rakan, kesibukan aku bertambah. aku telah mengambil keputusan untuk mengisi masa siangku dengan menjadi pembantu dapur bahagian pastri di Hotel Equatorial. pada waktu malam pula, aku masih lagi dengan kerja aku sebagai seorang guru. hal ini memberi makna, aku akan semakin kekurangan masa untuk menulis, namun, usah risau, aku tidak akan berhenti terus, aku akan cuba mencuri masa untuk menulis.

sejak akhir-akhir ini, nafsu aku untuk menulis semakin membuak-membuak. terlalu banyak cerita ingin aku sampaikan, cuma masa tidak mengizinkan. hasrat hati ingin bercerita tentang kerunsingan aku tentang jiwa kacau, pengalaman aku sebagai seorang guru baru, peristiwa semangat hedonisme yang kembali bersemarak setelah lama terpadam, dan banyak lagi. aku tidak tahu bila aku akan sempat menulis tentang semua itu. harap-harap umur aku panjang.

tawaran kemasukan ke institusi pengajian itu sudah dibuka semula, itu satu lagi perkara yang aku perlu uruskan. aduh, orientasi lagi, aku tidak suka menjadi kanak-kanak selama seminggu seperti du uni*ten dulu. ya, kisah akademik aku juga seperti menarik untuk aku ceritakan kepada rakan-rakan semua. masa masih memainkan watak utama sebagai antagonis dalam perjuangan penulisan aku.

oh ya, esok aku perlu berada di dalam dapur bahagian roti pada pukul 7 pagi. sekarang jam di bahagian bawah kanan monitor menunjukkan 1:43 AM. wah, aku perlu tidur sekarang. semoga aku dapat kembali menulis seperti sediakala esok lusa. aku juga mahu melihat perkembangan kehidupan kamu semua. selamat tinggal rakan-rakan.

p/s: aku masih belum sempat membalas mesej-mesej yang terselit di Msjbox, bahagian kanan jurnal ini, harap maaf.

27.7.06

Jiwa Kacau 2: Sesi Iklan


"Entri-entri terpilih dalam Jiwa Kacau II : Masuk Barisan ini banyak yang menyentuh perasaan saya. Tidak sukar menghabiskan kesemuanya dalam masa yang singkat. Susunannya diselang-selikan antara penulis sinis, penulis penuh kecindan dan penulis penuh emosi. Ada juga entri yang menyebabkan saya sukar berhenti ketawa."- Pengantar oleh Nisah Haji Haron, penulis cerpen "Annyss Sophillea" - teks wajib pelajar Tingkatan 4.

Penyumbang karya dalam buku JIWA KACAU edisi kedua:

Annyss - Amanitium - Aqil - Attochman - Attokz - Azhan - Bluehikari - Book - El-Maaniq - Esis - Kelambu - Kemat - Kingbinjai - Mat Jan - Ms D' - Naimisa Yusof - OP & Mulan - Puteri Elaira Eliza - Rima Nilzah - Rulan Awan - Sam Ahmad - Sinaganaga - Superdiman - Tok Rimau - Tuah Tanah


Terbitan hanya terhad kepada lebih kurang 500 naskah sahaja. Anda berminat? Sila emelkan nama anda kepada Amanitium[at]yahoo[dot]com untuk proses tempahan, cepat sebelum terlambat.

26.7.06

ekstrema berbeza

Prakata

ini ialah salah satu daripada artikel yang aku taip semasa ketiadaan hubungan internet di rumahku. silakan baca jika anda mahu. sila bertenang untuk aku dan kamu. dugaan di mana-mana. penduga juga sama.

#######

terang dan gelap. atas dan bawah. hitam dan putih.

perasankah kamu semua tentang perbezaan sifat kata-kata berlawanan ini? perkara ini
mungkin terlalu kecil signifikasinya dalam kehidupan seharian kita, akan tetapi, tidak bagi diri aku. hal ini mungkin disebabkan aku mempunyai terlalu banyak masa lapang untuk dihabiskan, menjadi seorang ahli fikir kecil-kecilan untuk melepaskan masa.

terang dan gelap, keadaan terang bagi kita adalah berpunca daripada pancaran tenaga cahaya daripada sesuatu (contoh: mentol) yang terpantul ke arah mata kita, lalu memberi gambaran cerah. jika maksud ini disongsangkan, kita akan mendapat inferens bahawa, 'bagi keadaan gelap, pancaran tenaga cahaya diserap oleh sesuatu, lalu menggelapkan keadaan.' Inferens yang kita dapati itu sudah tentu salah, keadaan gelap hanyalah terjadi kerana ketiadaan cahaya , bukan kerana cahaya diserap oleh unsur-unsur tertentu. sebagai kesimpulan kepada penyiasatan ini, terang dan gelap tidak mempunyai vektor yang berbeza, terang mempunyai nilai positif dalam paksi X, manakala gelap bernilai sifar.

atas dan bawah, kedua-kedua keadaan ini mempunyai vektor yang berbeza, satu mempunyai nilai positif dalam paksi Y dan satu lagi dalam nilai negatif. jika kita gunakan perbandingan vektor dalam perbandingan antara terang dan gelap seperti di atas, kita akan dapati bahawa perkataan berlawanan bagi perkataan 'atas' ialah tengah. perkataan tengah sudah tentulah bukan perkataan berlawanan bagi 'atas.'

bagi hitam dan putih, tiada ukuran yang boleh dilakukan secara jelas. perbandingan hanya boleh dilakukan dalam bentuk perlambangan, seperti hitam selalunya melambangkan nilai-nilai jahat, manakala putih dilambangkan dengan nilai-nilai baik. jika bentuk perlambangan diambil kira, kita boleh dapati yang hitam mempunyai nilai negatif dalam paksi Z manakala putih sebaliknya.

kesimpulannya, walaupun sifat perlawanan perkataan-perkataan yang kita sebutkan tadi tidak sama, kedua-dua perkataan dalam setiap pasangan berada dalam ekstrema paling hujung bagi pihak masing-masing. untuk pasangan 'terang dan gelap,' gelap berada di tempat paling bawah dalam paksinya, iaitu tiada cahaya, di kedudukan sifar. hal ini terjadi kerana dalam keadaan normal kehidupan seharian kita, cahaya tidak mungkin diserap, melainkan jika kita terjumpa lohong hitam (black hole), ia sememangnya mampu menyerap cahaya. namun, jika anda dapat melihat fenomena ini, aku tidak pasti samada anda akan sempat pulang untuk menceritakan perkara ini kepada aku sebelum kamu diserap lohong itu sekali.

nota kaki 1:
jangan abaikan aku, aku juga ingin kelihatan bijak.
nota kaki 2:
jika ada salah dan silap yang kamu dapati tentang fakta-fakta yang aku sematkan di atas, sila tegur aku. nasihatilah aku.wassini.

lama dan banyak: aku kembali!

sudah lama aku terputus hubungan dengan dunia maya,
dua minggu bukanlah suatu masa yang sekejap,
dua minggu ialah empat belas hari,
empat belas hari ialah tiga ratus tiga puluh enam jam,
cuba bayangkan tiga ratus tiga puluh enam jam yang kosong,
itulah yang aku alami.

sepanjang ketiadaan hubungan dengan dunia maya ini,
aku telah menyiapkan dua draf penulisan logika logam psikotik,
aku telah menghabiskan beberapa jam untuk menulis satu puisi,
aku telah menghabiskan lima belas jam untuk mengajar,
aku telah menghabiskan beratus jam untuk tidur,
aku telah menghabiskan berpuluh ringgit untuk melepak-lepak.

dua minggu daripada kehidupan aku,
kelihatan kosong, kan?

nota kaki 1:
aku selalu mengalami pening kepala sejak akhir-akhir ini, adakah aku mengalami penyakit misteri?

nota kaki 2:
Al-Fatihah kepada nana, semoga rohnya dicucuri rahmat. kelak sebelum aku meninggal, bagaimana agaknya penulisan-penulisan terakhir aku ya? tanda tanya yang lebih penting, bagaimana agaknya persediaan aku kelak? renung-renungkanlah wahai aku dan kamu...

14.7.06

Tuan Guru Amanitium

Sekarang, aku sedang berada di sebuah kafe siber di seksyen lapan Bandar Baru Bangi. Aku tidak dapat melayari alam maya di rumah, ini kerana komputer di rumah aku tidak dapat berhubung dengan talian internet. Aku berpendapat, ini mungkin disebabkan ADSL High Speed Router aku yang bermasalah. Aku minta maaf kepada rakan-rakan, kerana tidak dapat menjenguk khabar berita terbaru kamu semua. Sesudah segala masalah berkaitan pertalian komputer aku selesai, maka sudah tentu aku akan kembali untuk bergiat aktif di alam maya ini.

Aku menjadi guru, perkara yang amat menarik untuk didengari. Antara kata-kata rakanku berkaitan peristiwa ini, "Habislah, mesti kau ajar pasal pembiakan je kat budak-budak tu." Aku juga tidak menyangka aku akan mendapat kerja sebagai guru, apatah lagi dengan status aku yang begitu teruk. Itulah namanya rezeki. Wah, berbagai kerja aku lakukan sepanjang cuti sejak ditendang institusi itu. Baiklah, berusaha menjadi GTA, Great Teacher Amanitium!

nota kaki 1:
Aku akan bekerja sebagai guru sebelum teman wanitaku, Dnatium sempat menghabiskan pengajian dalam TESL dan mula bekerja sebagai guru.
nota kaki 2:
Aku akan mula bekerja sebagai guru tuisyen malam ini. Sila doakan kejayaanku ya rakan-rakan.
nota kaki 3:
Aku rasa talian internet aku telah terpengaruh dengan broadband tuan tanah.

12.7.06

justifikasi tandukan Zizou

Maafkan saya, masih lagi tentang Piala Dunia 2006 walaupun Itali telah pun dinobatkan sebagai juara beberapa hari yang lalu. Sekadar ingin menghidangkan spekulasi tentang bisikan kontroversi Materazzi kepada Yazid sebelum Yazid menghidangkan Materazzi dengan tandukan yang berbisa di sternumnya. Ini ialah penulisan saya yang terakhir yang berkisarkan tentang Piala Dunia sehinggalah 4 tahun akan datang.




Ini ialah aksi terakhir seorang pemain prolifik sebelum persaraannya

...According to these reports, Materazzi spoke in Italian - a language understood by Zidane due to his time spent with Juventus F.C. - and told him: "Hold on, wait, that one's [referring to the pass] not for a feccia [i.e. 'shit', 'scum'] like you." Zidane then reacted to Materazzi picking his shirt, and allegedly said that, if Materazzi really wanted to have his shirt, he could have it afterwards. It is unclear what he specifically said and if he told Materazzi to stop picking his shirt beforehand. Materazzi allegedly replied: "I'd rather take the shirt off your wife." As the players walked forward, he reportedly added: "We all know you are the son of a terrorist whore." (Zidane is of Arab Algerian descent.) Then, just before the headbutt, he is seen saying: "Vaffanculo" (i.e. 'fuck off')...
dipetik daripada: Wikipedia: Zinedine Zidane: The controversy over the final game's misconduct


...Kalau ini benar, puas hati Zizou. Mempertahankan maruah diri, apatah lagi mempertahankan agama adalah wajib dalam Islam. Tetapi harus diingat yang dalam interbiu dengan Sebastian Rotella, "Can Zidane be King of France Again?", Los Angeles Times, 4 June 2006, Zidane mengakui dirinya a non practicing moslem...

...Pun, apalah agaknya yang penting tentang Zizou ini ya? Ayuh peduli
palestina di http://www.pedulipalestina.blogspot.com/...

dipetik daripada: Faisal Tehrani: Materazzi to Zidane: We All Know You Are the Son of a Terrorist Whore



nota kaki 1:
gambar tandukan Zizou itu telah saya curi daripada Amanz Network
nota kaki 2:

Saya tidak memiliki apa-apa kepentingan di dalam Amanz Network, Jurnal Faisal Tehrani, apatah lagi kepentingan dalam syarikat penaja Zinedine Zidane, Adidas dan pasukan bola sepak Perancis.

10.7.06

hujan malam semalam...

malam semalam lampu jalan tiada,
malam semalam amat gelap,
malam semalam hujan lebat,
malam semalam jalan licin,

malam semalam Suhaila terbabas,
malam semalam aku tergelincir,
malam semalam aku meluncuri tar licin,
malam semalam aku terbaring di atas jalanraya,

syukurlah aku memakai topi keledar,
syukurlah tiada kereta dibelakang,
syukurlah Suhaila tidak luka,
syukurlah aku masih bernafas.

Alhamdulillah.

nota: terima kasih kepada seorang penunggang motor tidak dikenali yang sanggup berhenti dikala hujan untuk bertanya keadaan aku.

9.7.06

Penghujung Piala Dunia 2006

Time to make friends
Say NO to racism

Piala Dunia 2006 sudah hampir sampai ke penghujungnya, selepas malam ini, tiadalah lagi pertelagahan antara rakan-rakan yang menyokong pasukan berbeza (kalau mahu tunggu Liga Perdana Inggeris pula ), tiadalah lagi restoran mamak rugi kerana semua orang yang memenuhi restorannya hanya memesan air kosong, tiadalah lagi dapat dilihat manusia memakai jersi Nakata, dan tiada lagi alasan untuk aku keluar malam dengan semangat hedonisme bersama rakan-rakan. Semuanya berakhir malam ini...

Zidane tidak mengecewakan


Selamat tinggal Zidane, semoga anda dapat menjulang Piala Dunia itu buat kali pertama dan terakhir sebagai kapten. Sesungguhnya anda layak menerimanya.

Penghargaan sepanjang Piala Dunia 2006:

Rakan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Elyanho, Nazchenko, Sob, Kobe dan Mutto

Lokasi Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Ameerali, NASA, Rumah Ezin, Hartamas dan Petronas Ampang

Kenderaan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Gen-2 Ezin, Kancil Ezin, Iswara Sob, MZ Moskito aku, Suzuki VS Kobe

Minuman Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Kopi O Ais, Teh O Ais, Teh Ais dan Air Kosong

Makanan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Roti Kosong, Maggi Goreng, Keropok Twisties dan Telur Setengah Masak

Pasukan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Perancis, Argentina dan German

Peristiwa Paling Menarik Dalam Permainan Sepanjang Piala Dunia 2006:
Rooney dikenakan kad merah oleh pengadil akibat pengaruh si penerjun bebas aktif, bagaimana agaknya Cristiano mahu hidup di MU selepas ini?

Peristiwa Paling Menarik Luar Permainan Sepanjang Piala Dunia 2006:
Berpindah randah dari satu kedai ke kedai yang lain dalam masa 90 minit kerana tiada tempat duduk semasa perlawanan Brazil menentang Ghana. Akhirnya kami terpaksa berpuas hati melihat perlawanan melalui televisyen biasa di sebuah kedai terpencil.

Iklan Menarik Sepanjang Piala Dunia 2006:
Iklan Power Root - "Terima kasih pawa rut;" "Saya menang motor."(sila cakap dengan suara meneran)
Iklan Ogawa iGallop - Faham-faham sendirilah. haha.

Suntingan pada 5:57 AM


Zinedine 'Yazid' Zidane, memberi harapan kepada kami, juga menarik kembali ia pergi.

8.7.06

itu salah wahai hedonis malang

ini sekadar cerpen spontan yang aku tulis di pagi sabtu yang tiada aktiviti ini. cerpen ini tiada plot dan rangka yang kukuh yang sepatutnya ditulis terlebih dahulu. cerpen ini sekadar lebih kepada membuat kerja berfaedah. rakan-rakan, bantulah aku, aku perlukan secebis kekuatan kamu semua! aku penat...

"Hoi!" Daus, mengejutkan Acu yang sedang termenung dari belakang. Acu tersentak, lamunannya hilang serta merta. "Kau ada rokok Daus?" Tanya Acu. Daus tersengih sambil menyeluk poketnya dan mengeluarkan kotak DUNHILL King Size yang masih berbalut plastik dan meletakkanya di sebelah Acu. "Wah, Dunhill empat belas, sebatang boleh? Nanti aku dah beli aku ganti balik." Acu membodek. "Ambillah, tak payah nak ayat manis, macam tak biasa pulak." Kata Daus.

Acu tanpa segan silu mengambil kotak itu dan membuka plastiknya dengan mudah. Di sisi kotak itu tertulis dengan huruf besar, 'AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'. Acu mengetuk-ngetuk kotak itu ke atas tapak tangannya bagi memampatkan tembakau dalam setiap batang rokok itu. Setelah membuat dua perkara utama sebelum membuka kotak rokok itu, Acu berkata kepada Daus, "Kau ni memang nak aku mati awal lah Daus, tak sangka kau sanggup buat macam ini dekat aku," gurau Acu sambil tersengih. Daus yang leka menaip pesanan mesej ringkas di telefon bimbitnya sekadar tersenyum.

Acu memang tidak mengharapkan apa-apa reaksi daripada rakannya yang sedang sibuk menaip itu, tujuan gurauannya sekadar mengambil hati Daus. Acu membuka kotak rokok itu dan mengambil sebatang rokok yang berada di tengah-tengah. Acu mengambil penyala api berjenama Cricket di dalam saku seluarnya, lalu menyalakan rokok itu.

Asap yang penuh dengan Karbon Monoksida disedutnya dengan penuh nikmat lalu disembur keluar. Sememangnya sudah lama dia tidak membeli rokok sendiri, ini semua gara-gara harga rokok yang semakin meningkat. Dia pula sudah menghabiskan segala wang simpanannya untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya.

Sambil mencuba untuk membuat asap yang dikeluarkan itu menjadi bentuk O, dia sekali sekala mencuri lihat kenderaan yang sibuk lalu lalang di jalan besar melalui tingkap bilik rumah sewa itu. Dia berharap Hafiz pulang cepat, dia amat lapar, dia tiada duit, Hafiz lah tempat dia bergantung sehinggalah pertengahan bulan ini.

Bersambung...

7.7.06

puisi dikala marah

wah rapatnya dan cantiknya senyuman bahagia di situ,
tidak ada ketidakselesaan langsung,
dan dengan bangga memaparkan kepada semua,
lihatlah!
lihatlah!
gembira?
puisi spontan aku dikala kemarahan yang amat sangat. walaupun tidak berapa menyerupai puisi sebenarnya. amat pelik, membuat puisi semasa marah? wahai rakan-rakan, pada pendapat kamu semua, aku dah mencapai tahap gila peringkat tertinggi kah? ada pakar sakit jiwa tak di sini?

semalam aku tertidur pada pukul 9 PM, dan terbangun pada pukul 11:30 PM, aku mengalami sebanyak empat mimpi yang amat pelik dalam masa dua jam setengah aku melelapkan mata.

adakah aku sudah mencapai tahap psiko yang lebih tinggi? adakah aku semakin gila? rakan-rakan, bantulah aku...


suntingan pada 7:21 AM - selepas menulis, aku tidur semula, koleksi mimpi semakin bertambah, antara mimpi-mimpi yang pelik itu, ada satu mimpi yang aku ingin ceritakan di sini. mimpi itu membawa aku berada di dalam satu kumpulan lelaki yang kebanyakannya berpakaian tuxedo, kemudian datang seorang lelaki membawa sebentuk cincin dan bertanyakan pendapat mereka tentang harga cincin itu. semasa lelaki itu bertanyakan harga kepada kumpulan aku, kami semua seperti dipukau dan beratur dalam bentuk bulatan. lelaki itu berjalan dan bertanya seorang demi seorang. ada yang mengatakan ianya nilai kereta mercedes, ada yang mengatakan ianya bernilai kereta kancil. latar belakang mimpi itu hanyalah hitam, aku tidak pasti juga dari mana datangnya cahaya. tidak lama kemudian aku tersedar, lalu membuat kira-kira tentang mimpi yang aku alami malam itu.

6.7.06

badut-badut ganas yang misteri



ini ialah lukisan pertama badut ganas aku, ia telah dipaparkan dalam penulisan aku bertajuk 'from human to real mutated human~' tahun lepas.




ini ialah lukisan-lukisan badut karya aku yang aku telah lampirkan bersama puisi bahasa asing yang bertajuk JE SUIS UN PIERROT yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, bermaksud 'aku seorang badut.'



gambarajah badut yang telah dipotong seperti kek, memberi maksud 'aku bukan diri aku yang sebenar kepada dia jika aku membuang sifat itu hanya di depan dia, atas permintaan dia, aku tak mampu.' wah, aku juga terkejut dengan maksud panjang karya aku itu.



karya aku yang terbaru, inilah makhluk logam liut bertopengkan badut yang ganas mengikut gambaran pelukis. aumm aumm!

hari ini aku tidak dapat menulis dengan banyak, minda aku terganggu dengan beberapa perkara, sekadar untuk tidak menghampakan sesiapa yang selalu datang, aku tujukan lukisan terbaru itu untuk kamu semua. salam.

sila klik lukisan untuk melihat dengan lebih jelas

5.7.06

keluh seorang boneka hiasan

kadang-kadang aku teringin,
untuk membuat keputusan sendiri,
mahu pilihan aku dihormati,
mempunyai kepercayaan orang lain dalam diri.

kadang-kadang aku tertanya,
bagaimana rasanya menjadi diri sendiri,
tidak perlu menjaga itu dan ini,
bukan orang lain sahaja yang punyai hati.

kadang-kadang aku tertanya,
adakah peluang untuk aku mengecapi semua itu?
sempatkah aku menunggu sehingga hari itu tiba nanti?

4.7.06

aku tidak lagi disitu

4:15 AM, 3 Julai;
perbualan di rumah sewa rakan

P : cho, nanti kitorang pasang poster kau besar-besar tulis r.i.p
A : haha
P : sape-sape lagi kena kick macam kau, kitorang tampal kat dinding ni.
A : pastikan korang betul-betul buat gaya macam ni tau.
( A menunjukkan gaya yang ganas, diikuti oleh gelak tawa rakan-rakan di situ)

11:50 PM, 3 Julai;
perbualan melalui YM
F
: ko naik ni 2nd year degree ek?
A : ko?
F : cuba jgn jwb soalan aku ngan soalan
A : baiklah
A : aku cuba
F : ekekke
F : poyo le
F : aku tgh 2nd year r ni
F : ko pun same?
A : aku tidak lagi
A : aku ditendang dari un*ten
F : serius?
F : ko jgnle memain
A : haha
A : tak memain la
A : sssserioouuuss

3.7.06

suhaila itu milik aku

masihku ingat tarikh keramat itu, 24 disember 2004, pertama kali aku melihatnya. susuk tubuhnya amat memikat dan menarik. aku tidak suka sesiapa mencuri lihat susuk badannya, apatah lagi menyentuh tubuhnya yang telah menjadi milikku. selepas memilikinya, aku sentiasa meluangkan masa bersamanya, dari siang, ke petang, hinggalah ke lewat malam. tubuhnya sentiasa ku usap agar cantik sentiasa, biar semua orang kagum melihat kecantikan suhaila, dan cemburu melihat aku merapatkan diriku kepada tubuh badannya...

pukul 4:15 AM, 13 julai 2006, aku bersama tiga orang rakan sedang dalam perjalanan ke kedai makan untuk minum pagi bersama-sama. "kuat gila bunyi motor kau," satu ayat penyata keluar dari mulut pembonceng aku, Obi. aku hanya mengangguk, tanda setuju sambil tangan kananku memulas throttle. "dah berapa banyak kali jatuh dah motor kau ni? mesti banyak kan?" tanya Obi lagi. aku membuat kira-kira, aku pernah terjatuh sebanyak dua kali. adik aku pernah jatuhkan sekali. rakan lain pernah jatuhkan dua kali, itu tidak termasuk yang aku tidak tahu. wah, banyak kali juga pernah jatuh. Obi masih menunggu jawapan daripada aku. "dua," jawab aku kepada Obi. moskito biru itu berlalu meninggalkan perkarangan rumah sewa, terus ke arah jalan besar dan membawa bersamanya deruman enjin yang agak kuat, memecah keheningan pagi...


bukan sekadar gambar hiasan

aku tidak tahu sampai bila aku akan bersama suhaila, dan aku tidak tahu sampai bila dia akan terus setia dan mampu melayan nafsu serakah aku ini yang suka menunggang tubuhnya dengan laju. terima kasih suhaila atas jasamu selama ini, aku tidak akan melupakannya.

2.7.06

pemegang amanah Ainunina

lalu berkatalah akan Ainunina, "akak bayarkan untuk awak nak tak?"
"wah, bayarkan?" balas aku.

situasi ini berlaku di kala aku didalam kesempitan dan amat memerlukan bantuan. sekarang, aku hanya mahu menunaikan tanggung jawab aku sebagai pemegang amanah yang berdedikasi.

jutaan terima kasih Ainunina, jasa ini tidak akan dilupakan dengan mudah.

sila doakan agar aku berjaya ya rakan-rakan semua.

berusaha! urmph!