"Terima kasih encik," aku menunjukkan penghargaanku kepada dia. Aku keluar dari pintu dengan wajah yang riang, selesai sudah hal itu, tidak perlu difikir-fikir lagi...
Sepuluh minit sebelum itu...
Sudah 7 jam aku berada di situ. Sejak pukul 8 pagi lagi. Hari yang amat panas sangat mengganggu minda aku yang amat sensitif, ditambah pula dengan lautan manusia yang juga menunggu giliran mereka dengan sabar di bawah teduhan yang telah disediakan pihak bertanggungjawab.
Sambil memegang cebisan kertas yang menunjukkan digit satu, lapan serta enam, aku berasa sedikit lega kerana dugaan pertama di bukit, kotak selari dan pusingan 3 kali sebentar tadi berjaya ku lakukan dengan cemerlang. Hari yang amat panas ini telah berjaya membuatkan aku berasa tidak selesa dan mual-mual. Aku mula pening-pening lalat.
Datang sebuah kereta kancil putih ke tempat teduhan. Keluar seorang lelaki yang berpakaian seragam berwarna gelap, berambut pendek, serta berkaca mata hitam. "Nombor satu lapan enam!" jeritnya. Aku bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah kereta itu dan terus menghidupkan enjinnya.
30.5.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.