awan mendung, kilat guruh berdentum, proses pra-hujan sudah berjaya, hanya menunggu masa titisan-titisan gerimis yang disusuli manik-manik air menimpa jalan tar dan kenderaan yang sedang lalu lalang di atasnya.
aku bersama suhaila sedang dalam perjalanan menuju ke rumah selepas pergi berlatih membawa kereta sebentar tadi. sedang dalam perjalanan, aku teringat tentang majalah aksi mingguan yang aku gemari sejak bersekolah asrama dulu. aku belum mendapatkan keluarannya minggu ini. aku singgah ke rumah dan memberitahu mak aku yang aku ingin keluar sebentar untuk membeli majalah kegemaran ku itu.
mak aku merestui kehendakku. lalu aku keluar semula bersama suhaila ku itu. dan terus menuju ke kedai runcit berdekatan. sesampainya di sana, aku hampa, hanya majalah keluaran minggu lepas sahaja yang berada di sana. aku enggan mengalah, aku meneruskan perjalananku mencari majalah tersebut, aku bersama suhaila terus menuju ke plaza di seksyen 8, di sana juga tiada majalah itu. aku tidak berputus asa, kini aku meneruskan perjalanan menuju warta pula, dentuman guruh sedikit sebanyak membawa kerisauan di hatiku. aku meninggalkan suhaila di sisi bangunan itu dan bergegas masuk. aku terus berjalan ke arah gerai menjual buku di hujung tingkat bawah bangunan itu.
akhirnya, aku jumpa dia, ya dia, majalah wira tunggal phoenix. aku gembira. aku terus menyeluk saku ku untuk mencari tiga not biru dan syling lima puluh sen. aku menarik keluar tanganku dari saku dan mendapati hanya ada dua not biru. aku tertanya-tanya, "dimana lagi satu not biru?"
aku terus membuat kira-kira. mak telah memberi not hijau kepada ku pada pagi sebelum aku ke pusat memandu. aku telah membelanjakan enam puluh sen sebelum sampai ke pusat memandu. sesampainya pusat memandu, jurulatih Ramli atau nama mesranya pakcik Ramli mempelawa aku minum-minum bersamanya sebelum meneruskan latihan memandu. aku pun menerima pelawaan itu. aku mengorder teh ais dan membayar sendiri untuk teh ais itu, walaupun ku tahu pakcik Ramli mahu membayarkan minuman aku itu. kemudian aku membelanjakan lagi enam puluh sen di gerai itu. semua sekali, 0.60 + 1.20 + 0.60 = 2.40. baki yang berada di saku aku, Ringgit Malaysia dua dan enam puluh sen sahaja.
majalah itu berharga RM 3.50. aku hanya mempunyai RM 2.60...
aku pulang bersama suhaila, dan tersenyum keseorangan mengenangkan lawak yang aku buat kepada diri sendiri...
29.5.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.