5.5.06

nothing much~

my last few posts (especially the last two posts) stirred some mixed reaction and indicated that 'ade jugak la kan org bace blog aku, time kasih sebanyak buih2 di lautan!'

mintak maaf aaaa, sejak dua menjak ni emosi aku cam terganggu sket. nak wat post yg bermutu tinggi pun takde semangat (penah ke bermutu tinggi pun ek?) sangat.

aku rase aku cam da pulih sket, siap insaf sket. heh~ biarlah 4 mei jd sejarah hitam dalam hidup aku~ erm.. tambah lg satu hari yg perlu diingati dlm kalendar tahunan aku.

urm, korg rase a kan, aku sesuai tulies blog ni dalam bahasa melayu ke english? mane yg korg lebih mudah utk hayati?

korg sume dapat view blog aku ngan betul tak? aku tak dpt view blog aku ngan betul, tatau a samade sbb firewall yg baru diinstall oleh bapak aku dlm komp ni atau template blog aku ade prob. tp firewall tu pun sux gile gak, ko bygkan, photobucket takleh bukak, youtube takleh bukak, da tak dpt nak tgk video ultraman hadhari dah. huhu~

bg yg selalu gak a bace ape yg aku merepek ni, korg agak aa kan, course ape yg sesuai dgn sifat aku? aku cam nak cari course yg ade kombinasi² seperti aku minat course tu, aku ade bakat dalam course tu, course tu tak mengambil masa lama sgt dan prospek kerjaya cerah dan luas. cerewet gile kn~? haha! saje je tanya cadangan korg. aku rase cam nak amek CAT then sambung ACCA kat UiTM a, tp tak pasti lg, aku tadek asas dlm mende ni. tp berdasarkan pengalaman aku a kan, kalau aku rajin dgn nombor², insyaAllah, subjek nombor² ni leh aku kuasai, tp tatau aa course akaun ni kira apply sebagai subjek nombor² cam maths ke tak~

aku skang ske dgr lagu under pressure dendangan MCR ngan The Used, lagu lame, tp ntah aaa, aku cam ske lak dgr, tp tatau a aku ske lagu tu sampai bile... buat mase skang ni, lagu ni masih menjadi halwa telinga aku. (tul tak penggunaan perkataan halwa telinga dlm konteks ni?)

sekian,
[masihmencaridirisendirikot~]

p/s: time kasih kat ayang sebab still menyokong diri ini. time kasih kat loque, mush, dan lain², (you know who you are) yg cube mengembalikan pedoman diri aku. hoho! cite cam aku isap ganja je. heh~! baeklah! prepare for [amanitium 2.0] hoho~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.