start daripada pukul 12 malam 8 mei (semalam) sehinggalah 11.59pm hari yg sama, berlansunglah promosi UG hotlink, manic monday. aku menggelarkannya promosi underground kerana manic monday adalah satu2nye promosi perkhidmatan prabayar yg tidak diiklan di media seperti tv, radio, surat khabar, majalah dll, sebaliknya hanya dibawa melalui cakap dari mulut ke mulut takpun msj dari handset ke handset. program manic monday ini akan menukarkan rm1 nilai prabayar pengguna kepada 1000 msg (dirujuk sbg longgokan perkhidmatan pesanan ringkas @ sms bundle). walau bagaimanapun, longgokan ini hanya sah utk 24 jam sahaja.
siang tadi aku gi rumah sewa, suasana yg amat berbeza sekali kelihatan. semua org berada bersama handset. di sisi handset. tidak berenggang dari handset. kire sume2 berlumba utk mengabeskan sms bundle terlebih dahulu.
rumah jadi senyap sunyi. member yg duduk bersebelahan pun berinteraksi menggunakan sms. ade seorg rakan, gelarkan sbg D, D siap hantar sms kat member suruh member tu sampaikan pesanan sms kepada member yg lagi satu utk memberikan D air. padahal member yg ade air tu sebelah je kat D tu. (korg paham tak ni?)
time2 mcmnilah org yg tak pernah2 terlintas dalam minda tu utk antar sms, secara automatik menerima sms, bile lg kan? alang2 free ni. da tak free kang kate tadek kdt la ape la. heh~
hahah~ ye penting, aku tak dpt bersaing ngan bebudak yg hustler gile sms ni. waktu pukul 11.59pm 8 mei, sms bundle aku masih tinggal 675 lg, rugi gile. huhu~
dalam perkembangan yg berasingan dan tiada berkaitan, merujuk kpd akhbar melaka hari ini edisi 6 Mei, MRSM JASIN telah ditukar name kpd MRSM TUN GHAFFAR BABA, heh~ satu2nye MRSM yg tidak menggunakan name pekan/bandar utk sbg suffix kpd institusi tersebut. mungkinkah satu hari nnt kite akan melihat pertukaran trend suffix MRSM daripada nama tempat kepada nama tokoh? mungkinkah kite akan menjadi saksi kepada kemunculan MRSM Tun Mahathir Mohamad, MRSM Abdullah Ahmad Badawi? heheh. mari kite ambil pendekatan tunggu dan lihat...
rujukan: MRSM Jasin Jadi MRSM Tun Ghafar Baba
9.5.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.