27.5.06
berdekatan di mata, kejauhan di hati...
kesunyian malam dipecahkan oleh tegurannya, "buatlah benda bermanfaat sama.." aku diam sahaja, memikirkan apa apakah benda bermanfaat yang dimaksudkan oleh dia. sudah berkali-kali ayat yang sama menerjah minda aku, seolah-olah aku tidak pernah membuat kerja bermanfaat di rumah. aku amat sukar untuk memahami minda dia. walaupun dia sudah banyak berpengalaman, namun, jauh di sudut hatiku, aku rasa, dia kurang mengambil endah tentang pengalaman kehidupannya. mindanya masih mengamalkan sifat stereotaip yang amat kronik, cukuplah dengan ayat "rock tu sembah syaitan," dan "semua penunggang motor ikut suka hati dia je nak bawak, tak ikut undang-undang" menggambarkan sifat stereotaip dia. aku bukan ingin mendedahkan keburukan dia, jika aku ingin berbuat sedemikian, lebih banyak lagi yang aku boleh bentangkan. aku hanya ingin berkongsi apa yang terbuku di hati ini. dia waktu kecil tertekan dengan kesempitan hidup. lain pula bagi diriku, aku tertekan bukan kerana kesempitan hidup, tapi daripada tekanan yang diada-adakan tanpa aku ketahui apakah motifnya. aku sudah berkali-kali mencuba untuk mendekatinya, namun tidak berjaya. aku tidak pernah mengerti dia. apakah fungsi sebenar dia? adakah sekadar pembekal keperluan asas manusia? di akhir perenggan ini, aku masih belum mendapat jawapan, kenyataan yang tidak pernah berubah sejak 18 tahun dahulu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
yup..definitely.. dun worry.. sumernya selamat.. reply laa.. hehehee ;)
BalasPadamurmm..sape tuh? tp aku cam paham2 jer..isk2
BalasPadam