22.5.06

kerna sebatang LM merah II

aku terus meluru ke arah bilik serbaguna. aku terfikirkan idea untuk berlakon sebagai seorang watak yang tidak bersalah, seorang yang sedang mengajar pelajar-pelajar yang lebih muda yang selalu belajar di situ. penjaga asrama terus masuk ke dalam bilik serbaguna setelah dia mendapati dua orang pelajar yang dikehendakinya tiada di situ. "kamu, mari sini", dia menunding ke arah aku. "kamu kan yang saya nampak tadi?" ,persoalan yang perlu aku menjawab dengan tidak betul."tak ah cikgu, saye kat dalam bilik, tengah tolong budak-budak ni wat homework tadi." "betul la cikgu, abang ni tolong saya wat homework tadi," tambah seorang junior yang aku sendiri sudah lupa namanya. "kamu nampak siapa kat luar tadi?" soalan baru pula yang dilafazkannya.

aku: tak cikgu, saya tak perasan.
penjaga asrama: kamu ni, betul kamu tak nampak?!
aku: betul cikgu.
penjaga asrama: kamu jangan sampai saya sumpah kamu.
aku: saya tak buat apa-apa cikgu...
penjaga asrama: kamu ikut saya.
aku: baik cikgu. (beliau membawa aku ke rumah penjaga asrama 2)
penjaga asrama 2: kenapa ni?
penjaga asrama: cube ko bau nafas budak ni, aku syak dia la.
penjaga asrama 2: tak payah bau nafas, bau tangan sudah cukup.
penjaga asrama: cepat tangan, mana?!
aku: errr...
penjaga asrama 2: erm, betul lah ni. tak syak lagi.
penjaga asrama: bodoh! setahun aku ajar kau! fizik tak pernah lulus!
(penjaga asrama terus menerus memukul aku sambil mengherdik2 dan menghina aku dengan kuat...)

aku telah melakukan apa yg terdaya. aku mendapat cuti seminggu dari pihak jemaah disiplin maktab akibat kegagalan aku melarikan diri daripada penjaga asrama. malang sungguh nasib aku... kesimpulannya, katakan "TAK NAK!"

p/s: walaupun tak berkaitan, aku mendapat markah antara yang tertinggi dalam kelas bagi subjek yang beliau ajar untuk ujian yang seterusnya. berkat mungkin. heh~

lihat: kerna sebatang LM merah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.