10.5.06

kisah hidup manusia biasa

dalam pukul 10 malam tadi, seorang kawan, eby, telah memberitahu tentang blog yg baru dibacanya. tentang sebuah kisah hidup seorang insan yg sudah diseru Tuhan. aku telah meminta url blog tersebut daripada eby. namun, aku hanya dapat melayari blog tersebut sekitar pukul 11.45pm, mungkin blogger.com sedang melakukan mantainance kat server sebelum tu.

pada mulanya aku sekadar ingin melihat2 sahaja, namun aku tertarik dengan gaya penulisan dia, dan bagaimana kisah hidupnya berakhir. lantas aku membaca daripada post pertama Allahyarham Ghazalee, sehinggalah post terakhir sebelum tamatnya riwayat hidup beliau. post pertama Allahyarham dihantar pada bulan jun 2005. hampir setahun daripada 33 tahun hidupnya direkodkan utk tatapan umum. ini bukan meniru kisah 'a walk to remember' , ini ialah kisah hidup seorang daripada kita semua, manusia biasa yg lemah dan tidak pernah terlepas daripada membuat kesalahan. moga2 kisah beliau dapat dijadikan tauladan dan pengajaran kepada kita semua.

apabila kita cukup jujur untuk menulis dengan terperinci tentang kisah hidup sendiri, masa itulah kisah hidup kita sendiri akan menjadi terlalu umum sehingga org yang membaca boleh melihat kisah hidup mereka tercermin di dalam kisah hidup kita...

kita insan lemah yg hanya boleh merancang, tetapi Allah yg Maha Kuasa menentukan.

Al- Fatihah buat saudara Ghazalee

blog beliau: ajarkanlah ilmu tentang cinta....

2 ulasan:

  1. ehehe..sesaje jer...hidup buhsan tanpa frenster..huhu~

    BalasPadam
  2. tu aaa, ym pun senyap je? ape cer?

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.