18.5.06

tidur yg dipermainkan

"beginilah, saya panggil dgn gelaran 'tok', boleh?" ujar ku

"tidak perlu, aku tak layak," kata tok sambil menggelengkan kepala.

sedang kami berbual-berbual, datang sebuah kereta berdekatan dengan kami.

mungkin dia mahu memberhentikan kereta di sini.

dia secara tidak sengaja telah melanggar sebuah skuter.

skuter itu telah dilenyekkan oleh kereta tersebut.

aku dan tok berusaha memberitahu pemandu kereta tersebut agar berhati-hati.

tiba-tiba, muncul seekor beruang kutub berwarna putih yg berlumuran darah merah pekat di kepalanya keluar dari bawah kereta tersebut, sekaligus menterbalikkan kereta tersebut dan mengaum sekuat-kuatnya.

kemudian aku terjaga. perasaan pening, keliru dan terkejut bercampur baur di dalam minda aku. aku bangun, masuk tandas, gosok gigi, dan terus mengambil wudhuk. laungan azan subuh berkumandang di udara memecah keheningan pagi itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.