20.5.06

estetika romantis hari ini

sudah tiga kali dia menyambut hari yang amat bermakna ini. dia amat berharap dia dapat menyambutnya lagi di masa akan datang. dia amat takut ini akan menjadi sambutannya yang terakhir bersama-sama. dia tidak mampu memberi apa-apa. sekadar sebuah peringatan buatan sendiri yang disampaikan oleh seorang rakan. tidaklah setanding apa yang diterimanya di sana. di dalam mindanya, dia ibarat sedang tenggelam dan tidak mampu berenang untuk keluar dari pusaran ke'tidak upaya'an. dia berharap dia akan sempat walaupun terlewat. dia berterima kasih kerana beberapa tahun dahulu, pada tarikh ini, lahirlah dunianya. dia amat cintakan dunianya. dia amat sayangkan dunianya.

selamat hari lahir duniaku...

lihat: aestheticism 2005

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.