2.6.06

144 Putaran Jarum Pendek

Esok aku akan pulang ke kampung halamanku di Kedah Darul Aman. Sudah lama aku tak pulang. Berapa ramai sepupu aku yang baru lahir aku masih belum lihat. Anak Maklang ku, Amni, anak Pakuda ku, Damia, mereka inilah golongan pelapis baru kanak-kanak kecil yang akan membuat bising di Hari Raya, Kenduri atau apa-apa sahaja nanti.

Sepupu klon 3 Abdul ku, Jabbar, Hannan, dan Wafiy. Bagaimanakah mereka sekarang? Semakin nakal? Bagaimanakah mereka beradaptasi dengan hidup tanpa ayah? Aku akan cuba untuk bermain dengan mereka tanpa menakutkan mereka kali ini atau membuat mereka menangis.

Dalam masa beberapa hari di sana,(6 hari tak silap) aku tidak akan berupaya untuk meng'update' blog ini akibat kekurangan perkakasan dan kemudahan untuk aku berbuat sedemikian. Perkara ini masih dalam perancangan, mungkin kami akan membuat persinggahan selama sehari di Pangkor, mungkin akan jadi seminggu, mungkin juga tidak. Walau bagaimana pun, aku berharap umur ku cukup panjang untuk menyambung penulisan ku ini. Semoga berjumpa di lain hari. Minta maaf atas salah silapku jika ada. Salam kepada kamu semua sehingga terbitnya fajar satu lagi.

yang benar,
[Amanitium]

6 ulasan:

  1. selamat balik kedah aman, janganla emo, orang nak pegi pangkor patutnye happy2! :D oh ye, that bear used to belong to me but now jarang dapat peluk waktu tdo sebab kene berebut ngan chicky. whahahahahaha

    BalasPadam
  2. heh~ terima kasih, motivasi anda sedikit sebyk membantu... =)

    BalasPadam
  3. haha, bawak2 le buah tangan ke ape patot balik karang..huahuahua

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/6/06 00:21

    hmm..yang paling best, nama budak2 tu..sume sedap2 blake..kim salam kat derang ye.

    BalasPadam
  5. slamat pulang ke kampong halaman!

    slamat berjumpa sepupu kecil yang blom pernah dijumpai... ehehe

    dan slamat bermain dgn sepupu2 kecil tu tanpa menakutkan mereka..

    saya suka buat kanak2 menangis. Bila dah bunyi tangisan sana sini, saya bengang! ahahah...

    BalasPadam
  6. zulkaplye
    owh, memang hajat saya sedemikian rupa. namun apakan daya, telefon bimbit saya pun sudah lama tidak di tambah nilai. =)

    nurjihad
    keluarga belah mak saya memang gemar memilih nama-nama yang eksotik, nama-nama seperti Qistina, Hilman, Batrisya hanyalah sebahagian dari contoh tersebut.

    chikadior
    terima kasih. heh. tentang perenggan terakhir komen anda tu, saya dapat merumuskan yang anda ialah penyebab utama diri anda bengang. ;)

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.