Sekarang, aku sedang berada di sebuah kafe siber di seksyen lapan Bandar Baru Bangi. Aku tidak dapat melayari alam maya di rumah, ini kerana komputer di rumah aku tidak dapat berhubung dengan talian internet. Aku berpendapat, ini mungkin disebabkan ADSL High Speed Router aku yang bermasalah. Aku minta maaf kepada rakan-rakan, kerana tidak dapat menjenguk khabar berita terbaru kamu semua. Sesudah segala masalah berkaitan pertalian komputer aku selesai, maka sudah tentu aku akan kembali untuk bergiat aktif di alam maya ini.
Aku menjadi guru, perkara yang amat menarik untuk didengari. Antara kata-kata rakanku berkaitan peristiwa ini, "Habislah, mesti kau ajar pasal pembiakan je kat budak-budak tu." Aku juga tidak menyangka aku akan mendapat kerja sebagai guru, apatah lagi dengan status aku yang begitu teruk. Itulah namanya rezeki. Wah, berbagai kerja aku lakukan sepanjang cuti sejak ditendang institusi itu. Baiklah, berusaha menjadi GTA, Great Teacher Amanitium!
nota kaki 1:
Aku akan bekerja sebagai guru sebelum teman wanitaku, Dnatium sempat menghabiskan pengajian dalam TESL dan mula bekerja sebagai guru.
nota kaki 2:
Aku akan mula bekerja sebagai guru tuisyen malam ini. Sila doakan kejayaanku ya rakan-rakan.
nota kaki 3:
Aku rasa talian internet aku telah terpengaruh dengan broadband tuan tanah.
14.7.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah tuan guru! Berusaha bersungguh-sungguh!
BalasPadam"To teach is to learn twice" -- Joseph Joubert. :D Be agood teacher k? hehe
BalasPadamwah! tahniah beb! ingat! mesti dapat nombor satu!! (skang faham tak maksud slogan aku?) hehehehe
BalasPadamselamat pagi cikgu..
BalasPadam"Guru yang terbaik bukan guru yang hanya mengajar, tapi guru yang sentiasa belajar"
Selamat Maju Jaya Cikgu Amani! ishkk.. mula-mula aku tgk nama ko , aku ingat ko ni pompuan hehehe
BalasPadam"Mempelajari ilmu ialah ibadah, menelaah ialah tasbih,mencari ilmu ialah jihad, mengajar kepada orang lain ialah sedekah, memberi kepada ahli keluarga ialah bakti"- Imam Al-Ghazali
BalasPadamwelcome to the club..jd tukang ngajar..
orochi:
BalasPadamBaiklah! terima kasih rakan!
del:
hehe, thank you del for your words of encouragement.
kingbinjai:
aku guna slogan kau tu untuk anak murid aku, boleh?
akimanikki:
wah, saya sentiasa belajar (maksud saya, masih belajar). adakah saya guru terbaik?
lan rambai:
jangan risau lan, sudah beberapa ramai yang menyatakan perkara sedemikian. hehe.
zwitterion:
hehe, terima kasih. anda setiausaha kelab? hehe.
<
Aaa... Amanitium.
BalasPadamRumah baru saya sudah ada broadband. Hoye! (sambil lambai-lambai pom-pom)
Selamat menjadi guru yang berdedikasi, Amanitium-Sensei!
boleh saja! ko amacam? lama tak bertag ngan ko, harap ko sihat. nak ajak ko pi laman seni 5 ogos ni email aku no tipon ko di kingbinjai@gmail.com
BalasPadamselamat jadi guru ya!
BalasPadamganbate GTA. jgn mengintai skirt budak2 sudah. hahaha
BalasPadamnile:
BalasPadamoh itu terlalu tinggi piawaiannya nile.
tuan tanah:
wah, tahniah kerana sudah kembali terhubung, walaubagaimanapun, talian internet saya juga sudah kembali berfungsi. hehe.
kingbinjai
wah, kingbinjai, aku terikat dengan tugas aku sebagai seorang guru lah.
chikadior
terima kasih ya!
esis
jangan risau, mereka masih bawah umur. haha. (tidaklah bermaksud aku akan melakukan perkara terkutuk itu jika mereka sudah cukup umur.)