9.7.06

Penghujung Piala Dunia 2006

Time to make friends
Say NO to racism

Piala Dunia 2006 sudah hampir sampai ke penghujungnya, selepas malam ini, tiadalah lagi pertelagahan antara rakan-rakan yang menyokong pasukan berbeza (kalau mahu tunggu Liga Perdana Inggeris pula ), tiadalah lagi restoran mamak rugi kerana semua orang yang memenuhi restorannya hanya memesan air kosong, tiadalah lagi dapat dilihat manusia memakai jersi Nakata, dan tiada lagi alasan untuk aku keluar malam dengan semangat hedonisme bersama rakan-rakan. Semuanya berakhir malam ini...

Zidane tidak mengecewakan


Selamat tinggal Zidane, semoga anda dapat menjulang Piala Dunia itu buat kali pertama dan terakhir sebagai kapten. Sesungguhnya anda layak menerimanya.

Penghargaan sepanjang Piala Dunia 2006:

Rakan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Elyanho, Nazchenko, Sob, Kobe dan Mutto

Lokasi Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Ameerali, NASA, Rumah Ezin, Hartamas dan Petronas Ampang

Kenderaan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Gen-2 Ezin, Kancil Ezin, Iswara Sob, MZ Moskito aku, Suzuki VS Kobe

Minuman Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Kopi O Ais, Teh O Ais, Teh Ais dan Air Kosong

Makanan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Roti Kosong, Maggi Goreng, Keropok Twisties dan Telur Setengah Masak

Pasukan Rasmi Piala Dunia 2006 aku:
Perancis, Argentina dan German

Peristiwa Paling Menarik Dalam Permainan Sepanjang Piala Dunia 2006:
Rooney dikenakan kad merah oleh pengadil akibat pengaruh si penerjun bebas aktif, bagaimana agaknya Cristiano mahu hidup di MU selepas ini?

Peristiwa Paling Menarik Luar Permainan Sepanjang Piala Dunia 2006:
Berpindah randah dari satu kedai ke kedai yang lain dalam masa 90 minit kerana tiada tempat duduk semasa perlawanan Brazil menentang Ghana. Akhirnya kami terpaksa berpuas hati melihat perlawanan melalui televisyen biasa di sebuah kedai terpencil.

Iklan Menarik Sepanjang Piala Dunia 2006:
Iklan Power Root - "Terima kasih pawa rut;" "Saya menang motor."(sila cakap dengan suara meneran)
Iklan Ogawa iGallop - Faham-faham sendirilah. haha.

Suntingan pada 5:57 AM


Zinedine 'Yazid' Zidane, memberi harapan kepada kami, juga menarik kembali ia pergi.

7 ulasan:

  1. Nak sokong France walaupun lebih suka pizza dari escargot.....!!!

    BalasPadam
  2. saya suka pizza, tapi saya sokong Perancis.

    BalasPadam
  3. its over.penamat dengan penalti tu yg tak best..zidane lak dpt kad merah..huhu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10/7/06 15:55

    itali sudah menangla

    BalasPadam
  5. zwitterion:
    ya, ia sudah tamat, tapi kita tentu mahu tentangnya. ia berakhir dengan permainan yang amat dramatik sekali, jika dicalonkan untuk anugerah oskar, mungkin ada peluang untuk bergelar juara.

    kingbinjai:
    sudah tentu kingbinjai, aku menyaksikan dengan mata aku sendiri bagaimana Trezeguet ingin menyepak seperti Zidane dan terkena palang. ah, ia sudah berakhir.

    BalasPadam
  6. aku beriye tunggu bola... kol 1.45 aku tertido.. kol 2 bgn jap psl dak2 ni kejut.. seploh minit pastu aku tido balik dah.. hahah xthn. 4tahun lg aku tgk ah... (kalo pjg umur)

    BalasPadam
  7. haha, berusaha. aku akan sokong usaha kau, jika umur aku pun panjang.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.