8.7.06

itu salah wahai hedonis malang

ini sekadar cerpen spontan yang aku tulis di pagi sabtu yang tiada aktiviti ini. cerpen ini tiada plot dan rangka yang kukuh yang sepatutnya ditulis terlebih dahulu. cerpen ini sekadar lebih kepada membuat kerja berfaedah. rakan-rakan, bantulah aku, aku perlukan secebis kekuatan kamu semua! aku penat...

"Hoi!" Daus, mengejutkan Acu yang sedang termenung dari belakang. Acu tersentak, lamunannya hilang serta merta. "Kau ada rokok Daus?" Tanya Acu. Daus tersengih sambil menyeluk poketnya dan mengeluarkan kotak DUNHILL King Size yang masih berbalut plastik dan meletakkanya di sebelah Acu. "Wah, Dunhill empat belas, sebatang boleh? Nanti aku dah beli aku ganti balik." Acu membodek. "Ambillah, tak payah nak ayat manis, macam tak biasa pulak." Kata Daus.

Acu tanpa segan silu mengambil kotak itu dan membuka plastiknya dengan mudah. Di sisi kotak itu tertulis dengan huruf besar, 'AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'. Acu mengetuk-ngetuk kotak itu ke atas tapak tangannya bagi memampatkan tembakau dalam setiap batang rokok itu. Setelah membuat dua perkara utama sebelum membuka kotak rokok itu, Acu berkata kepada Daus, "Kau ni memang nak aku mati awal lah Daus, tak sangka kau sanggup buat macam ini dekat aku," gurau Acu sambil tersengih. Daus yang leka menaip pesanan mesej ringkas di telefon bimbitnya sekadar tersenyum.

Acu memang tidak mengharapkan apa-apa reaksi daripada rakannya yang sedang sibuk menaip itu, tujuan gurauannya sekadar mengambil hati Daus. Acu membuka kotak rokok itu dan mengambil sebatang rokok yang berada di tengah-tengah. Acu mengambil penyala api berjenama Cricket di dalam saku seluarnya, lalu menyalakan rokok itu.

Asap yang penuh dengan Karbon Monoksida disedutnya dengan penuh nikmat lalu disembur keluar. Sememangnya sudah lama dia tidak membeli rokok sendiri, ini semua gara-gara harga rokok yang semakin meningkat. Dia pula sudah menghabiskan segala wang simpanannya untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya.

Sambil mencuba untuk membuat asap yang dikeluarkan itu menjadi bentuk O, dia sekali sekala mencuri lihat kenderaan yang sibuk lalu lalang di jalan besar melalui tingkap bilik rumah sewa itu. Dia berharap Hafiz pulang cepat, dia amat lapar, dia tiada duit, Hafiz lah tempat dia bergantung sehinggalah pertengahan bulan ini.

Bersambung...

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/7/06 11:57

    cite orang isap rokok.. menarik nih..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/7/06 12:31

    ko nak keje ke? check the start setiap hari sabtu banyak kerje kosong. ko keje bidang apa ek?

    BalasPadam
  3. kumprinx:
    haha, tulah, aku pun baru perasan, dalam cerita tu, dari awal sampai akhir, aku hanya menceritakan pasal rokok saja. haha.

    kingbinjai:
    nak kerja. nanti aku cerita dekat kau secara peribadi. ok?

    BalasPadam
  4. betui ka merokok tu dpt release tension?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9/7/06 13:13

    cepat.. cepat.. aku tak sabar nak baca sambungan nih..

    BalasPadam
  6. zwitterion:
    itu soalan yang sepatutnya dituju kepada perokok.

    orochi:
    haha, bagi aku masa orochi. aku bukan manusia ajaib. haha.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.