3.7.06

suhaila itu milik aku

masihku ingat tarikh keramat itu, 24 disember 2004, pertama kali aku melihatnya. susuk tubuhnya amat memikat dan menarik. aku tidak suka sesiapa mencuri lihat susuk badannya, apatah lagi menyentuh tubuhnya yang telah menjadi milikku. selepas memilikinya, aku sentiasa meluangkan masa bersamanya, dari siang, ke petang, hinggalah ke lewat malam. tubuhnya sentiasa ku usap agar cantik sentiasa, biar semua orang kagum melihat kecantikan suhaila, dan cemburu melihat aku merapatkan diriku kepada tubuh badannya...

pukul 4:15 AM, 13 julai 2006, aku bersama tiga orang rakan sedang dalam perjalanan ke kedai makan untuk minum pagi bersama-sama. "kuat gila bunyi motor kau," satu ayat penyata keluar dari mulut pembonceng aku, Obi. aku hanya mengangguk, tanda setuju sambil tangan kananku memulas throttle. "dah berapa banyak kali jatuh dah motor kau ni? mesti banyak kan?" tanya Obi lagi. aku membuat kira-kira, aku pernah terjatuh sebanyak dua kali. adik aku pernah jatuhkan sekali. rakan lain pernah jatuhkan dua kali, itu tidak termasuk yang aku tidak tahu. wah, banyak kali juga pernah jatuh. Obi masih menunggu jawapan daripada aku. "dua," jawab aku kepada Obi. moskito biru itu berlalu meninggalkan perkarangan rumah sewa, terus ke arah jalan besar dan membawa bersamanya deruman enjin yang agak kuat, memecah keheningan pagi...


bukan sekadar gambar hiasan

aku tidak tahu sampai bila aku akan bersama suhaila, dan aku tidak tahu sampai bila dia akan terus setia dan mampu melayan nafsu serakah aku ini yang suka menunggang tubuhnya dengan laju. terima kasih suhaila atas jasamu selama ini, aku tidak akan melupakannya.

13 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/7/06 12:55

    lantak kau la labu.. jangan jadik mat rempit sudah.. hahaha..

    BalasPadam
  2. ok...maybe i didnt catch it the last time...care to explain how you found out that your bike is a female again...? hmm... ;P

    BalasPadam
  3. damnlyweird:
    nama penuhnya ialah suhaila sophea. saya ada rakan yang menamakan motor mereka dengan nama-nama yang lebih ranggi, seperti syazrina, dan ayu cheras. hehe.

    kingbinjai:
    wah wah, bila lagi ultra7 dan suhaila mahu menguji daya kekuatan fizikal masing-masing?

    orochi:
    haha, lantak kau la labi. mat rempit tak bergaul dengan pemilik skuter yang hanya mampu mencapai kelajuan 105kmph, tidak lebih dari itu.

    del:
    how do i found her as a female? i guess it's inappropriate for a guy to ride a guy, so a named it as a her, just to avoid any unwanted confusions. :D

    BalasPadam
  4. suhaila sophea? huh..sure ke ko namakan dgn girl's name?
    ko bukan ke...y? haa?

    BalasPadam
  5. haha, minta maaf. kau tersilap orang nampaknya. tidak apa, cuba lagi lain kali. hahaha.

    BalasPadam
  6. Penuh berseni nama kapcai kau tu. Nasihat aku, bila kau beli kereta nanti, simpan suhaila kau tu.....akan jadi nostalgia kau 10-20-30 tahun nanti.....Aku terkilan menjual kapcai aku dulu.....

    BalasPadam
  7. hehehe... ko pun mcm aku la.. dulu aku ade suzy, aku sayang die. tapi apekan daya, hayatnya berakhir... bile aku check motherboard die dah terbakar... mase tu aku xmampu nak menanggung kos perubatan die. terpaksa aku tinggalkan die luar bilik dan dikutip cleaner. sejak tu aku xnampak suzy, dan aku pun xde pc lagi... wuuu

    BalasPadam
  8. blackpurple:
    aku pun berharap dalam 10-20-30 tahun lagi, suhaila masih setia bersama aku. mungkin dia sudah terlalu tua untuk melayan aku pada masa itu, namun aku akan tetap menghargai dia.

    zulkaplye:
    bersabarlah zulkaplye, setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. mungkin kau tak sesuai dengan suzy, mungkin kau terlalu rakus. lupakanlah dia, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

    BalasPadam
  9. apakah tindakan yang akan anda buat selepas berjumpa dengan motor tersebut?

    BalasPadam
  10. oh, tuannya seorang yang misteri dan kurang sesuai untuk tatapan umum. 18SG, heh.

    BalasPadam
  11. ya betul, aduhai suhaila... :D

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.