10.7.06

hujan malam semalam...

malam semalam lampu jalan tiada,
malam semalam amat gelap,
malam semalam hujan lebat,
malam semalam jalan licin,

malam semalam Suhaila terbabas,
malam semalam aku tergelincir,
malam semalam aku meluncuri tar licin,
malam semalam aku terbaring di atas jalanraya,

syukurlah aku memakai topi keledar,
syukurlah tiada kereta dibelakang,
syukurlah Suhaila tidak luka,
syukurlah aku masih bernafas.

Alhamdulillah.

nota: terima kasih kepada seorang penunggang motor tidak dikenali yang sanggup berhenti dikala hujan untuk bertanya keadaan aku.

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/7/06 09:56

    laki ke pompuan? wei wei link yang kau bagi tu takleh bukak la awat ha?

    BalasPadam
  2. lelaki lah, kalau perempuan chuak juga aku. haha. tak boleh buka? sekejap aku periksa.

    BalasPadam
  3. inilah yg dikatakan malang tak berbau..hati2 selalu

    BalasPadam
  4. terima kasih. mungkin kerana hujan, bau malang itu seperti hilang. haha.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11/7/06 12:03

    aman... syukur selamat..
    lan kali berhati2 yer :)

    BalasPadam
  6. terima kasih... ya, sudah tentu saya akan berhati-hati membawa motor dikala hujan lewat malam selepas ini. :D

    BalasPadam
  7. aman...berhati2 ok. too careful is often not careful enough..huhu~ nasib baik takde apa2 kalau tak tak update la logika jawabnye :)

    BalasPadam
  8. ko ok x ni.. kot2 ade skru ape2 tertanggal ke... mamat yg tlg ko tu ade kaki x, ke terapung2 je...

    BalasPadam
  9. nile:
    terima kasih, saya akan cuba menjaga diri dan Suhaila sehabis baik.

    del:
    hehe, perkataan 'nasib baik' itu buat saya terharu. syukurlah saya selamat.

    zulkaplye:
    aku kurang perasan kerana semasa itu aku masih pening-pening lalat akibat luncuran di atas tar itu. yang aku pasti, dia tidak berniat jahat. :D

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.