wah rapatnya dan cantiknya senyuman bahagia di situ,puisi spontan aku dikala kemarahan yang amat sangat. walaupun tidak berapa menyerupai puisi sebenarnya. amat pelik, membuat puisi semasa marah? wahai rakan-rakan, pada pendapat kamu semua, aku dah mencapai tahap gila peringkat tertinggi kah? ada pakar sakit jiwa tak di sini?
tidak ada ketidakselesaan langsung,
dan dengan bangga memaparkan kepada semua,
lihatlah!
lihatlah!
gembira?
semalam aku tertidur pada pukul 9 PM, dan terbangun pada pukul 11:30 PM, aku mengalami sebanyak empat mimpi yang amat pelik dalam masa dua jam setengah aku melelapkan mata.
adakah aku sudah mencapai tahap psiko yang lebih tinggi? adakah aku semakin gila? rakan-rakan, bantulah aku...
suntingan pada 7:21 AM - selepas menulis, aku tidur semula, koleksi mimpi semakin bertambah, antara mimpi-mimpi yang pelik itu, ada satu mimpi yang aku ingin ceritakan di sini. mimpi itu membawa aku berada di dalam satu kumpulan lelaki yang kebanyakannya berpakaian tuxedo, kemudian datang seorang lelaki membawa sebentuk cincin dan bertanyakan pendapat mereka tentang harga cincin itu. semasa lelaki itu bertanyakan harga kepada kumpulan aku, kami semua seperti dipukau dan beratur dalam bentuk bulatan. lelaki itu berjalan dan bertanya seorang demi seorang. ada yang mengatakan ianya nilai kereta mercedes, ada yang mengatakan ianya bernilai kereta kancil. latar belakang mimpi itu hanyalah hitam, aku tidak pasti juga dari mana datangnya cahaya. tidak lama kemudian aku tersedar, lalu membuat kira-kira tentang mimpi yang aku alami malam itu.
aku rasa kau perlu slow down dalam menengok cerita kartun.
BalasPadambuat pengetahuan kau, aku tak tengok pun cerita kartun buat masa sekarang. bagaimana nak slow down perkara yang aku tak buat?
BalasPadampuisi marah atau puisi aman amat di alu-alukan di esastera. jemput kesana.
BalasPadamwah wah, dilawati encik abdullahjones ialah satu perkara yang menarik. saya akan kesana untuk melihat keadaan. terima kasih di atas jemputan itu.
BalasPadamah! kalo begitu ko kene banyakkan tengok kartun!!
BalasPadamwah, dua nasihat yang amat berbeza vektornya. haha.
BalasPadamrasanya tak lama lg ada org nak masok minang kamu... rasanya lah *sambil usap2 dagu*......
BalasPadamwah! ramalan yang menarik tu. haha.
BalasPadamaku marah dlm ketawa.. aaah.. camna tuu..
BalasPadamien, oh itu perkara yang saya biasa lakukan. marah dalam ketawa, dan ketawa dalam marah. hehe.
BalasPadam