5.7.06

keluh seorang boneka hiasan

kadang-kadang aku teringin,
untuk membuat keputusan sendiri,
mahu pilihan aku dihormati,
mempunyai kepercayaan orang lain dalam diri.

kadang-kadang aku tertanya,
bagaimana rasanya menjadi diri sendiri,
tidak perlu menjaga itu dan ini,
bukan orang lain sahaja yang punyai hati.

kadang-kadang aku tertanya,
adakah peluang untuk aku mengecapi semua itu?
sempatkah aku menunggu sehingga hari itu tiba nanti?

5 ulasan:

  1. kuncinya, jangan putus asa, yakin dan percaya pada sendiri kemudian usahakan. Lepas tu berdoa dan tawakallah insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5/7/06 12:06

    ya.. jadi diri sendiri. pastu baru pikir orang lain.

    BalasPadam
  3. kingbinjai:
    betul, itu lah jalan yang satu, tiada dua atau tiga. :D

    orochi:
    aku memang ingin buat macam tu, tapi mengingkari arahan 'orang lain' itu hukumnya berdosa. aku dah sangat banyak dosa, tak mahu tambah lagi.

    BalasPadam
  4. 'orang lain' itu mungkin berfikir tentang kebaikan untuk kamu.percayalah utk sesuatu perkara nnt ko akan berpeluang buat keputusan sendiri..percayalah...

    BalasPadam
  5. teringat secebis ayat, penantian itu satu penyeksaan. terseksa sementara menunggu hari itu tiba.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.