26.7.06

lama dan banyak: aku kembali!

sudah lama aku terputus hubungan dengan dunia maya,
dua minggu bukanlah suatu masa yang sekejap,
dua minggu ialah empat belas hari,
empat belas hari ialah tiga ratus tiga puluh enam jam,
cuba bayangkan tiga ratus tiga puluh enam jam yang kosong,
itulah yang aku alami.

sepanjang ketiadaan hubungan dengan dunia maya ini,
aku telah menyiapkan dua draf penulisan logika logam psikotik,
aku telah menghabiskan beberapa jam untuk menulis satu puisi,
aku telah menghabiskan lima belas jam untuk mengajar,
aku telah menghabiskan beratus jam untuk tidur,
aku telah menghabiskan berpuluh ringgit untuk melepak-lepak.

dua minggu daripada kehidupan aku,
kelihatan kosong, kan?

nota kaki 1:
aku selalu mengalami pening kepala sejak akhir-akhir ini, adakah aku mengalami penyakit misteri?

nota kaki 2:
Al-Fatihah kepada nana, semoga rohnya dicucuri rahmat. kelak sebelum aku meninggal, bagaimana agaknya penulisan-penulisan terakhir aku ya? tanda tanya yang lebih penting, bagaimana agaknya persediaan aku kelak? renung-renungkanlah wahai aku dan kamu...

6 ulasan:

  1. aku pun selalu mengalami sakit kepala, kerana tak cukup tidur,

    moga kamu tak pening kepala kerana risau tentang hal 'kekosongan'

    Pening kepala, adakalanya, ia datang sebagai isyarat, cara hidup perlu diubah atau dibaiki.

    BalasPadam
  2. pening kepala?tidur banyak sgt kot..hehe
    kita tdk tau bila kita akan meninggalkan dunia yg fana ini, tp kita harus bersedia!

    BalasPadam
  3. akimanikki:
    aku cuba menghargai cara hidup aku sekarang sebelum aku terpaksa merubahnya secara paksa november kelak.

    zwitterion:
    ya, terlalu banyak tidur, tiada aktiviti untuk dilakukan. ya, bersedia!

    nile:
    teringat cerita 'Click' lakonan Adam Sandler. kita tidak mampu mengawal semua itu.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama28/7/06 19:15

    sesungguhnya, jiwa ini dapat merasakan akan hibanya karena pemergian nana.. walaupun tidak pernah mengenali dirinya, namun diri ini tetap merasa kehilangan.
    bagaimana agaknya, jika suatu hari nanti..aku juga kan pergi..tanpa sempat mengucap salam perpisahan...

    BalasPadam
  5. selamat kembali.. maaf ketinggalan sedikit kerana puas masuk ke sini tanpa entry baru tempoh hari..
    Blogger mati meninggalkan blognya utk ditatap selama-lamanya.. moga-moga apa yang tulis menambahkan pahala.

    BalasPadam
  6. keranda jiwa:
    semoga kau sempat mengucap salam perpisahan, jika kita berpisah kelak.

    lan rambai:
    tidak perlu meminta maaf, anda tidak bersalah. semoga harapan anda itu betul.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.