I
watak A menonton berita maghrib di tvtikus, AS telah menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi PBB desak israel henti serangan di Gaza. Cendol Nasi berkata "resolusi tersebut lebih merupakan agenda politik berat sebelah." dia menyifatkan draf resolusi itu sebagai dakwaan yang tidak berasas bahawa israel mencabuli undang-undang antarabangsa. "kami percaya resolusi itu tidak menyumbang kepada perdamaian," katanya lagi. tvtikus memasang siaran hiburan yang amat menghiburkan hati selepas itu.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Hadith nombor 13 daripada Kitab 40 Hadith karangan Imam Nawawi
umat Islam ibarat buih di lautan. namun mereka tidak bersatu dan hanya bergerak satu-satu, lantas menjadi watak sampingan yang tidak signifikan. mereka hanya menjadi watak A, watak X, watak Y, dan lain-lain watak kerana mereka tidak signifikan, dan nama mereka tidak penting justeru hanya diletakkan sebagai codename oleh dunia.
Di akhirat kelak, Allah akan bertanya (dalam bahasa melayu, lebih kurang begini bunyinya), "Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?"
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali.
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'.
Cicak pula bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
watak A tengok bola di danau kota, arsenal berhadapan liverpool di tanah jajahan sendiri. tiga gol di pihak arsenal (yang dua daripadanya dijaringkan pemain pertahanan) berbalas debu-debu yang dibawa angin. watak A menyokong pasukan arsenal tetapi watak A tidak membeli barangan arsenal, ini kerana arsenal ditaja israel. watak A berpendapat dia telah mengambil langkah selamat kerana, dia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada israel. hurm...
nota kaki:
Lan Rambai dan Kemat, jumpa lagi pada bulan Disember, kali ni di Anfield.
wah. akak org pertama komen!
BalasPadambagaimana dgn cerita talian pautan panas,kamu ada dgr tak?..
isen ko kali ini memang berat.... amat berat!!!!!!!!!!!!
BalasPadamhuh berat bahu memikul.... umat kini tahu tapi tak mahu ikut
BalasPadamsuka baca citer pasal burung yg cuba padamkan api yg membakar Nabi Ibrahim..kita perlu lakukan sesuatu secara berterusan biarpun kecil
BalasPadamaku rasa entri bahagian ke-iv tu israiliyat la. aku rasa. apa pendapat ko?
BalasPadamThanks kerana sudi share info cerita burung tu..
BalasPadamPs:oo dating..ngan en.kemut n lanrambai ekkk ops kemat
peh! memang berat tapi benar!
BalasPadamps: aku sokong kedah:D
aman yang 8 bulan kini sudah maju mindanya ;)
BalasPadamen aman yg membawa keamanan spt altromen...
BalasPadamen I juge meminati arsenal dan bersuka ria dengan jaringan en toure itu. en I juga tidak membeli barangan kelab tersebut. yg ade pon jersey taun lepas...tuh pon membe yg kasik (ori n free)...lalala
gemar naratif anda, sebagaimana saya gemarkan minum root beer waktu makan roti sadin. Cheers!
BalasPadamBoycot Israel!!
BalasPadamaduh.. spam ke ni? aman.. semoga berjaya.. doakan aku juga.. hihi
BalasPadamKecil kecil pun kalau banyak banyak jadi besor... tapi tak semua yg kecil begitu...
BalasPadamEntah apa-apa komen aku ni...
Blackburn kena lagi...huh.....
bab burung tu, teringat komen aku kepada gab
BalasPadam