3.11.06

kreatif sang api

pukul 3 petang, sony ericsson t610 aku berbunyi menandakan mesej baru sampai, aku mengambilnya, terus berbaring di atas katil lalu aku menyahut seruan syarikat komunikasi gergasi tempatan dengan mengambil bahagian dalam proses mesej-memesej. (sama kes seperti surat-menyurat)

watak E: nak lepak? petang sket?

amanitium: kul bape?

watak E: kul empat lebih ok?

amanitium: ok.

aku mengira-ngira, lebih kurang lima puluh minit lagi sebelum jarum panjang menunjukkan angka 12. nenek aku menghisap rokok sambil memandu dengan laju, dia sedang mengejar kereta dihadapannya. aku pula berada di bahagian belakang bersama orang gaji nenek aku, zaskia adya mecca, pelakon kiamat sudah dekat yang comel itu.


kami berborak mesra seperti sudah lama berkenalan. nenek aku masih berlumba dengan toyota celica berwarna putih itu, cuma kini kami di lebuhraya, dan aku masih asyik berborak dengan zaskia adya mecca, sudahkah aku beritakan tentang kecomelan gadis tersebut?

sedang aku asyik berborak, telefon bimbit aku berbunyi. aku menjawab dengan pantas, "hello?" kedengaran suara watak E dari hujung sebelah sana, "Weh, jadi tak lepak?"

aku sakit kepala, jam menunjukkan pukul 4.30 petang...

nampaknya sejak dua menjak bebas daripada diikat ni, kelihatannya syaitan semakin kreatif bermain dengan tidur manusia-manusia yang tidak pernah reti membasuh kaki sebelum tidur.

11 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/11/06 03:02

    la mimpi ke..ha ha ha tertipu dengan bes-nya aku...

    BalasPadam
  2. dude, basuh kaki ke tak tak menjadi apa apa, baca doa sebelum tido dude.

    BalasPadam
  3. apekate ko basuh siku? mungkin siku ko lg buruk dr kaki...hahah

    BalasPadam
  4. mimpi jumpa zaskia adya mecca yang comel itu.... membuatkan ko kena mandi ker sebelum keluar lepak tu? hahahahahahahahaha

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama3/11/06 14:45

    hah.. lewat setengah jam.. kensel la melepak.. haha...

    BalasPadam
  6. aku mcm dah terbese ngn blogger mcm kau. sbb tu aku tak mudah percaya.

    BalasPadam
  7. hehhe....umur nenek tu berapa??? isap rokok smbil drive laju2...hebat hebat...

    BalasPadam
  8. WOOIIIITTT kawan2.

    mamat ni mimpi nih. hahahahaha
    aku pecah lobang...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4/11/06 13:18

    hebat betul nenek itu. sudah tentu dia ini nenek muda.

    BalasPadam
  10. selama ini saya selalu ingat kalau nak tidur malam saja kena basuh kaki. tidur siang pun kena rupanya!

    BalasPadam
  11. Aku ingat kau sinetron Indon tadi... hehehe

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.