29.11.06

berlumba dengan awan hitam 1

tet tenet tenet tet tet (kesan bunyi telefon bimbit kedengaran)

aku bangun dari tidur, dan dengan langkah yang bermalasan, aku pergi mencapai telefon bimbitku.

watak E: dude, kau tido ke?
Amanitium: a'a, kenapa ek?
watak E: ni urgent, kobe...

suara watak E cemas, menyebabkan otak aku semacam disambar petir, mata aku yang terpejam dengan spontan tercelik. perasaan yang tidak menyenangkan muncul dalam hati aku. kobe adalah salah seorang daripada ahli brotherhood of hooligans kami, adakah dia ditimpa kecelakaan? adakah dia sudah...? dengan tidak semena-semena, minda aku mengimbas semula saat-saat kami bersorak gembira melihat jaringan demi jaringan arsenal terhadap liverpool. kemudian kenangan melihat perlawanan menentang west ham pula menerjah minda aku. malam itu kobe dimomok-momok oleh rakan-rakan kami yang terdiri daripada penyokong M.U. serta N.U.*

Amanitium: kenape dengan kobe?
watak E: motor die rosak, dia kat destina, aku takleh pegi sebab ada kelas.
.
.
.
.
Amanitium: ohh... ok... nanti aku pegi sane...

aku letak telefon bimbit di atas meja, kemudian mencapai tuala merah jambu aku dan terus menuju ke bilik air. sambil berjalan itu aku menyumpah seranah penulis skrip drama televisyen yang sentiasa mengambil pendekatan stereotype untuk adegan penyampaian berita buruk melalui telefon.


*N.U. = Newcastle United

10 ulasan:

  1. hahah..tuala merah jambu tu kamu punya..:)

    BalasPadam
  2. haha..aku juga penyokong Newcastle.. urm,tp aku heran apsal die asik mundar mandir di senarai terbawah liga..

    tp,aku tetap semangat..haha =p

    BalasPadam
  3. oh begitu.. selamat menjadi pelajar terpelajar..

    BalasPadam
  4. ko atau drama tu yang steriotypes?? hahaha..

    BalasPadam
  5. tindak balas otak kau terlalu cepat. fantasi banyak mungkin?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama29/11/06 17:44

    mesti sequal untuk post ni ko akan jumpa kobe tengah hujan kat destina?

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama29/11/06 23:18

    a ah...tuala merah jambu tu kamu punya?

    BalasPadam
  8. tuan tanah:
    tak, saya tak naik kelisa, saya naik motor saje.

    chot:
    haha, terima kasih atas pujian tersebut.

    zwitterion:
    sesungguhnya merah jambu itu menawan.

    noheartfilin:
    haha, ang bukan penyokong kedah f.c. ka?

    kay j:
    wah wah, gya ga ga!

    esis:
    kau agak?

    fiqroorganisma:
    hey, fantasi tu ayat sensitif.

    haha, aku main fantasy football je.

    Orochi:
    lepas kau tulis komen ni, aku tak jadi nak buat sequel tu, haha.

    Anonymous:
    takkan saya nak pakai tuala adik lelaki saya, banyak berdaki...

    kingbinjai:
    hoh? aku layan. gya ga ga!

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.