tersebutlah kisah suatu hari di majlis rumah terbuka encik khairul irfan sobirin bin aziz.
majlis tersebut diadakan dengan meriah sekali, encik khairul irfan sobirin bin aziz sendiri yang menyediakan hidangan itu. pertama kali memasak, tidak semestinya sedap, tapi dia telah mencuba sedaya upaya.
ramai pengunjung yang tidak lalu makan, tetapi mereka tetap makan, sebab menjaga hati rakan mereka (walaupun sebenarnya tidak berapa rapat sangat pun.) encik khairul irfan sobirin bin aziz perasan tentang reaksi kurang senang para tetamu itu. dia mula berasa sedih kerana menghampakan para tetamu jemputan rumah terbukanya.
chef amirul ingin memberi tunjuk ajar kepada encik khairul irfan sobirin, lalu dia dengan sedaya upaya cuba berkongsi pengalaman memasaknya yang sememangnya luas.
begitu juga chef wan ariff serta chef hassan salim yang pernah menjadi presiden persatuan chef-chef daerah ulu langat.
encik khairul irfan sobirin mendengar nasihat-nasihat itu dengan tekun, sesungguhnya dia memang ingin melakukan yang terbaik, baru dalam sesuatu bidang itu bukannya alasan untuk tidak memberikan yang terbaik.
tiba-tiba...
dengan lantang di hadapan para tetamu, encik zulkifli menempelak:
"woi, entah apa-apa masakan ni! tak sedap langsung! rasa tawar! plastik lagi sedap! ketua kampung aku boleh masak lagi sedap! masakan kau ntah apa-apa! tak sedap langsung! rasa tawar! plastik lagi sedap! ketua kampung aku boleh masak lagi sedap!" (ulang sehingga secukup rasa)
encik khairul irfan sobirin bin aziz berkata:
"minta maaf, aku akan cuba lagi sedap. ini masakan aku yang pertama, jangan serik dengan masakan aku ya?"
encik zulkifli senyap seketika... lalu, sambil mendabik dada:
"kau nak tau tak? aku punya resipi memasak jauh lebih sedap berbanding ini tau! tengok semua, ini gambar hidangan yang ada dalam buku resipi saya! tengok ni!"
encik khairul irfan sobirin bin aziz senyap, dia terkedu di hadapan para tetamu jemputan rumah terbukanya sendiri...
lalu dia berlalu ke dapur, dalam hatinya berkata, "baiklah, aku akan berusaha lebih kuat untuk maju dalam bidang masakan ini!"
selepas beberapa jam dia membuat kajian salah silap masakannya, datanglah encik zulkifli mendekatinya. hilang langsung kegagahannya di hadapan para tetamu tadi, tetapi gaya bongkak itu tetap wujud.
"encik khairul irfan, aku nak buat resipi yang aku cakap tadi tu lah, macam mana ek nak memasak? aku tau resipi je, apa maksud menumis ek? kalau aku letak garam dalam masakan, tak masin ke nanti? boleh tak kalau..."
apa yang patut encik khairul irfan buat ye?
(a) menyepak terajang encik zulkifli hingga dia lebam-lebam.
(b) menyepak terajang encik zulkifli hingga dia koma.
pengundi yang bertuah mungkin memenangi skuter edisi khas impian khairul irfan.
nota kaki:
cereka (cerita rekaan) impian khairul irfan bin sobirin ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang sudah meninggal dunia, ataupun yang akan meninggal dunia.
nota kaki 2:
ada sesiapa tahu terjemahan ayat 'adab menegur' dalam bahasa yunani?
30.11.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dua pilihan saja?
BalasPadamtunggu saya solat isktikharah dulu. :)
nota untuk encik zulkifli: apa rasa plastik ya?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamlebih elok jika encik khairul tu menunjukkan cara² memasak seperti yang ditanya oleh en zulkifli tu. Itu yang lebih afdal. Sebenarnya saya pernah mengalami situasi sebegini. Walaupun teguran itu bukan dikhalayak ramai, tapi nada teguran lebih kurang sama.
BalasPadamlupa, arsenal kalah ngan fulham malam tadi...
BalasPadamhanya yang berkenaan bermetafora dengan yang ini.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamhaha.
BalasPadamsesungguhnya cili itu memanglah pedas. dan aku terasa akan kepedasannya.
patut ada pilihan
BalasPadam(c) menulis death note kepada encik zulkifli supaya beliau mati sakit jantung.
sekian, jawapan saya untuk kali ini.
seret aja hidongnye kat diveder jalan.
BalasPadamsaya vote kita tikam je perut en zulkifli dgn gunting potong rumput.
BalasPadamaku takde modal.. malas lak nak pike... apa kata buat dono je.. tak buang tenaga layan mamat biol macam tuh
BalasPadamMana agaknya emak dia dapat nama khairul irfan sobirin bin aziz tu..
BalasPadamComment Deleted:
BalasPadamwoah?
tuan tanah:
saya sedang menunggu...
Pa'chik:
sememangnya itu yang paling baik, namun khairul irfan sobirin bin aziz itu manusia biasa.
Pa'chik:
oit, yang tu pun nak bgtau ke. rahsia katil simpan dalam bilik je.
esis:
haha, apa metafora? metatags aku tau a.
Comment Deleted:
woah?
el-Maaniq:
haha, dan membalas dendam itu manis...
Orochi:
haha, kau tak abes-abes dgn death note tu. bukunota kau layan? haha.
fiqroorganisma:
peh, kejam gile, aku akan fikirkan...
del:
woah? inikah del yang saya kenal? tidakkkk! haha.
wakakakak:
haha, betul juga itu. tindakan yang bagus. tapi kau memang malas buat semua benda pun.
blackpurple:
aku pun tak pasti, tapi aku agak itu bukan nama sebenar mahupun entiti yang asli.
tahniah kepade en zulkifli sbb komen selepas kenyang.. dan memiliki ketue kampung yg pandai masak
BalasPadampanjang betul nama anak encik aziz itu haha
BalasPadamtakpe, malam ni arsenal menang 3-0. Tapi rasanya pasal si Poll tu berat sebelah la. Dua kali tu bagi penalti.
BalasPadamihsan_huhu:
BalasPadamhaha, kau kagum dengan dia? samalah. manusia memang mengkagumi makhluk-makhluk ajaib.
Lan Rambai:
haha, itulah pasal...
Pa'chik:
alaa, kalau tolak score penalty tu pun ada lagi satu karya adebayor.