9.11.06

keluhan rindu...

bas kuning itu meluncur laju di sepanjang lebuhraya utara selatan. dalam bas itu, hampir keseluruhan tempat duduk didominasi jejaka berkemeja putih lengan panjang dan berseluar khakis. terdapat beberapa anak gadis berkain khakis dan berbaju putih dibahagian depan bas bergelak ketawa secara sopan.

seorang daripada anak muda itu sedang khusyuk mendengar kaset kugiran Scorpions yang dipinjam daripada rakannya. sambil-sambil itu, dia menggerakkan bibirnya seperti gaya Klaus Meine, namun tiada suara kedengaran.

sesampainya di puduraya, dia mencari public phone yang berfungsi dan terus menelefon rumahnya untuk memberitahu dia sudah selamat sampai ke kuala lumpur. seterusnya dia mengharungi perjalanan menaiki star ke masjid jamek, kemudian dia membuat pertukaran kepada putra lrt dan terus ke terminal putra. perjalanan itu ialah rutin bulanannya, tidak hairanlah dia dengan yakin kesana kemari dengan menjinjing bagasi besar berisi baju masam.

sepanjang dalam gerabak, dia terus melayan lagu-lagu dendangan kumpulan kelahiran jerman itu, sambil melihat aktiviti-aktiviti manusia sekeliling yang tidak pernah terhalang dek kegelapan dinihari itu...

The bus is waiting right outside,
To hit the road and once again,
I leave you all behind,
I chase another dream tonight,
And by the time you'll be home,
I'll be far away,
Nothing seems to last forever,
It's time to go,
A moment in a million years,
Is all I've got for you,
A moment in a million years,
To make some dreams come true,
A moment that I won't forget,
Until the day I die,
A moment in a million years,
Called life...
[Scorpions: A Moment In A Million Years]

nota kaki:
kadang-kadang, manusia tidak dapat melihat ke hadapan kerana masih dibutakan masa silam. kadang-kadang, memang manusia itu sendiri yang memilih untuk dibutakan oleh masa silam, kerana ianya indah. namun, masa silam itu ialah perkara yang paling jauh daripada manusia, perkara terbaik yang boleh dilakukan dengannya ialah menjadi penyuluh untuk melihat ke hadapan...

13 ulasan:

  1. merindui masa silam itu bagus.. tapi mengenang dan berusaha utk kembali ke masa silam itu perkara sia2 kerana manusia seharusnya hidup untuk mengharungi perkara dan masa akan datang..

    BalasPadam
  2. aku suka melihat silam..tp lg suka usha cik nurnilam sari...

    BalasPadam
  3. kenapa cerita ko mc tergantung je. kire ko ni anti klimaks la....apasal tak abis tulis

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9/11/06 15:42

    ohh.. dia duk kat asrama la ni.. rumah dia mesti dekat ngan rumah aku.. hahaha...

    BalasPadam
  5. masa silam dah jadi KENANGAN TERINDAH

    BalasPadam
  6. andainya dapat kembali ke masa silam........

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10/11/06 13:51

    budak MRSM bawa balik buah tangan untuk mak tu... :D

    BalasPadam
  8. silam hanya kenangan. yang depan masih jauh.

    yang depan suatu hari akan jadi silam juga.

    jadikan yang depan silam yang terindah.

    BalasPadam
  9. Siapa tak merindui masa silam. Yang nostalgia itulah masa yang terindah dalam hidup...

    BalasPadam
  10. w/salam

    maaf ya..saya juga termasuk dalam kategori suka menyibuk..he..he..
    aku ku lihat blog itu khalid jaafar

    TQ..
    wasalam

    BalasPadam
  11. mng doe..hahaha...
    walaupon aku xusha game tuh..

    BalasPadam
  12. silam itu pedoman. yang d hadapan itulah yang harus dikejar.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.