26.11.06

gula-gula getah daging & hujan asid

tadi ada jamuan di kawasan kejiranan aku.

aku datang awal untuk memberikan bantuan yang mana patut.

aku tolong membakar bahan-bahan mentah yang telah disediakan.

tidak lama kemudian, mimpi ngeri muncul, aku menjadi mangsa seorang pakcik yang bijak serba serbi dan berperanan seperti watak utama dalam sebuah rancangan televisyen. "kau salah itu, kau salah ini, kau patut buat begitu, kau patut buat begini," dengan nada cemas (yang aku agak mungkin kerana dia masih belum dapat menarik perhatian orang ramai dalam majlis itu.) "susunan tu salah!" tempelaknya lagi, aku tersedar daripada monolog dalaman. pakcik itu hanya membebaskan aku daripada trauma itu setelah majlis makan-makan bermula (dan setelah khayalak melihat dia menjadi tulang belakang utama dalam majlis keramaian itu.)

aku teruskan membakar bahan-bahan itu dalam hujan renyai-renyai tanpa perlindungan untuk diri aku. walaubagaimanapun, 'altar' pembakaran makanan itu dilindungi secara padu dengan bantuan khemah majlis.

setelah hampir beberapa kalori aku turut sama terbakar dek bahang panas 'altar' pembakaran itu, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. aku perlu bersiap untuk keluar melihat pasukan arsenal beraksi bersama rakan-rakan.

aku mengambil secebis daging panggang yang terhidang bersama air jingga sambil berjalan pulang. "oh, gula-gula getah perisa daging!"

aku ludah dan bersiap. "dude, sekarang game liverpool la, arsenal nanti karang," rakan aku memberitahu. lalu stevie g. menyumbat gol pertamanya untuk musim ini.

tamat perlawanan di anfield itu, aku terus pulang dan sehingga sekarang, kepala aku masih berdenyut-denyut kasar, angkara titisan hujan asid mungkin...


"aku agak arsenal saja bagi can je kat bolton tu," kata pelayar A kepada pelayar B.

16 ulasan:

  1. kat kenduri rumah aku. pernah ada pakcik macam tu. aku mencarut menggunakan tasbih kat dia.

    BalasPadam
  2. apsal ko tak sound je pakcik tu,,

    "kalau pakcik terer pakcik buat la semua!"

    BalasPadam
  3. pakcik tuh pakcik ko ke? atau nae die en pacik?
    arsenal kalah... henry xmain... uhh... sengal

    BalasPadam
  4. kali terakhir gula-gula getah berperisa daging yang saya makan...

    perut saya yang menerima akibatnya.

    BalasPadam
  5. pakcik tu saja nak sakitkan ati kau. dia tahu kau sokong arsenal. dia fanatik bolton.

    BalasPadam
  6. ahh itu perasaan ko jer, pakcik tu baikk.. hahaha

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama27/11/06 13:39

    baguslah aman ni sabaar je budaknye.. :)

    BalasPadam
  8. ko ada rasa sia-sia tak berjaga hingga 3 pagi semata-mata melihat Arsenal kena belasah?

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama27/11/06 16:12

    bro..
    arse'sengal' sudah sinonim dengan kekalahan pada musim ini..
    apa kata tukar kesetiaan anda kepada 'mourn'rin'hoore' chelsea..tapi ingat bukan MU yang saya maksudkan..itu "evil empire" yang patut dibanteras habis-habisan..

    chelsea..chelsea..chelsea..!!

    Chelsea Clinton

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama27/11/06 22:39

    gula-gula getah daging + hujan asid = daging yang enak dan lazat

    hahaha...

    BalasPadam
  11. pakcik tu ada misai tebal?

    BalasPadam
  12. bila pulak tuan punya blog nak buat kenduri nih? :P

    BalasPadam
  13. BooK:
    mencarut menggunakan tasbih? wah, itu mesti ajar kat aku tu...


    kingbinjai:
    kang kalau aku sound macam tu kang, bergaduh pulak kawasan kejiranan aku ni, aku dah la ramai pengikut. kau punya idea tak boleh pakai la king. haha.

    ihsan_huhu:
    haha, aku gelar dia pakcik sebab dia jauh lagi tua daripada aku.

    malam tu, finisher takde laa..

    raiedzall:
    ahah, mandur yang mengamalkan micromanagement amat tidak digemari oleh mereka yang tidak bergaji.

    tyrexia:
    dan akhirnya terus menghasilkan para makhluk ajaib?

    zizie ali:
    peh, baru aku tau niat tersembunyi pakcik tu, aku takkan terpikir kalau kau tak bagitau kat aku.

    esis:
    pakcik tu baik tu perasaan kau saja. haha.

    Sikenit Comel-AminBakish:
    maklumlah, kalau dah terpaksa, terima apa saja demi kebahagian kawasan kejiranan.

    Lan Rambai:
    takde lah sia-sia sangat bila lagi nak tengok arsenal kalah 3 gol, urm.. macam kenal lah team yang kalah 3 gol dengan arsenal...

    Chelsea Clinton:
    encik penyokong mourinho-yang-dibantu-duit-banyak-daripada-abrahamovich, sesungguhnya aku tak suka kepada chelsea dan m.u. setakat liverpool tu aku boleh consider, aku pun tak tahu mengapa...

    Orochi:
    haha, apa kau merepek ni hokage kampung tersembunyi konoha?

    fiqroorganisma:
    haha, macam takde kaitan je. dia clean shaven dude...

    del:
    wah, sila tunggu berita baik daripada saya, entah bila...

    BalasPadam
  14. blog ko ni bhs aras tinggi lah.kdg2 kussh mau phm,ehe.

    btw, narayuda dah smpai, mekaseh, tp lom bc lg :D

    BalasPadam
  15. mana ada aras tinggi ni, poseour je. haha.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.