25.12.06

taip, padam dan taip semula.

aku taip, aku padam, aku taip, aku padam.

aku agak ini mesti angkara virus writer's block yang didatangkan khas melalui mel udara kepada aku....

oleh kerana daya penulisan aku sedang mengalami proses metamorfosis, aku hanya mampu menulis dalam bentuk point form....

nombor satu:
beberapa tahun dulu, pada tarikh ini, aku dengan pertama kalinya menyentuh Suhaila ku. badannya masih mantap ketika itu, tidak seperti sekarang....

nombor dua:
aku sudah dapat naskah jiwa kacau aku beserta jaket sekali. sesiapa mahu naskah tersebut sila hubungi aku melalui emel amanitium [at] yahoo [dot] com sebelum atau pada 30 haribulan disember 2006. harga siling rm23, tapi kita boleh bincang sebalik kelambu atau tirai lagi.

aku akan menceritakan perkara di sebalik tabir antara aku dan cerita-cerita aku dalam jiwa kacau itu dalam isen akan datang.

nombor tiga:
arsenal menang 6-2. pertama kali dalam musim ini pasukan tersebut menang dalam keadaan pintu gawang mereka bolos dulu. agregat paling tinggi untuk musim ini buat masa sekarang. semoga rafa tenang...

nombor empat:
banjir besar di johor. apa tindakan kau? baca surat khabar kemudian tidur? tengok berita kemudian masuk jamban?

semalam jimadie mesej aku. dia di kota tinggi, tengah buat dokumentari tentang banjir di johor.
"Yes. Kalau ada yg nk derma leh gak. aku bw bj 3 guni arini. ko jd koordinator sukarela aku la. teruk sini siot. aku tido kt pusat penempatan mangsa bnjir ni. letrik tadak. apatah lg internet."
dia sudah melakukannya, kau bila lagi? hulurkan sumbangan, ringankan beban.

12 ulasan:

  1. ko pun namakan pisi/leptop ko ke?
    eleh, menang 6-2 pun 3mata jugak, hikhik...

    BalasPadam
  2. waaah...advanced sungguh virus writer's block tuh. pakai air mail!! ;p takpela, maybe you can spend the time nurturing jack and sally to become good pets. oh, or is it jack and "sally"? hehehe

    BalasPadam
  3. jika jiwa kacau dibeli, jaket itu ada dibungkus sama tak? hehe. semacam menarik.. hmm... harus korek tabung buluh sebentar.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama25/12/06 21:08

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. dude, aku nak tiru macam paklah, beli kapal layar selamatkan penduduk jhor tapi aku tak mampu. dude, bila kau nak beli mb kat aku?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama26/12/06 09:43

    uik, kena virus writer's block pun masih boleh tulis panjang-panjang..

    BalasPadam
  7. cuma satu je nak tanya.. kenapa rafa kena tenang sebab team ko tu score 6? setahu aku last season korang menag 7-0 ngan boro... tapi 1 game tu je lah.. nyaris tak layak UCL adalah hahaha

    by the way... ko ni jual jiwa kacau atau masuk barisan?

    BalasPadam
  8. aku suka mentadak ko... kirim salam kat dia tau.

    BalasPadam
  9. apa kah harta bernama suhaila tu?

    BalasPadam
  10. Rafa kalah malam ni, nak tenang apa...

    BalasPadam
  11. arsenal 6-4 blackburn
    liverpool 0-1 blackburn
    berlaku dlm mase xsampai seminggu..banjir pon xsempat surut lagi..wohoho
    umah aku kat jb tp xbanjir.. kool

    BalasPadam
  12. Bila kau nak 'upgrade' Suhaila kau tu...? ha ha..

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.