9.12.06

gerabak ngeri petang tadi

didalam sebuah gerabak tren yang menuju ke wangsa maju...

tiga gadis/makcik berketurunan india sedang bergelak ketawa. kemudian salah seorang daripada mereka, gadis india berbaju hijau bercakap dalam bahasa ibundanya sambil menjuihkan bibir kepada sepasang anak muda keturunan cina. dan kesemua gadis/makcik india itu melihat aksi-aksi pasangan anak muda itu dengan perasaan yang jijik. riak muka mereka sudah cukup untuk menggambarkan segalanya...

ada sepasang kekasih cina yang bermadu kasih di dalam tren, berkemungkinan mereka ketiadaan dana khas yang cukup untuk bermadu kasih di tempat terpencil. keadaan mereka seperti baru habis minum power root ali cafe sebanyak tiga tong. sambil berbisik-bisik, tangan si gadis menjalar-jalar ke sana ke mari...

aku hanya berdiam diri...

kemudian tangan si jejaka menjalar-jalar ke sana ke mari...

aku tak selesa, aku tak puas hati...

"Agak-agaklah, kalau nak raba, rabalah gadis kau tu, yang aku sekali dicabuli itu apasal?" aku cakap dalam hati.

langit mendung yang gelap menaungi perjalanan tren petang itu, mentari pun hampir terlena...

nota kaki:
aku mahu berpergi-pergian, betul-betul kali ni. episod kedua trilogi aku disambung sepulangnya aku nanti.

nota kaki 2:
selamat berjuang kepada parajurit gunners.

15 ulasan:

  1. hik hik... gunners nak jumpe blues...
    meriam tanpa ammo (henry)
    blues... cudicini tak main..

    ko pasti ke tangan tu kepunyaan si jejaka?

    BalasPadam
  2. atau tangan makcik india itu?

    BalasPadam
  3. ooo tu pasal kau tak jawab masa aku call tu ek?

    BalasPadam
  4. aman,
    di sini dalam surat khabar lama duluuuu... ada laporan, dua orang manusia bukan setakat raba-raba, siap buat aksi dalam selimut lagi dalam tren masa tren penuh dengan manusia pulang dari kerja.
    gila!

    BalasPadam
  5. dia cabul kau ke dude?
    dia raba tang mana?
    haha

    BalasPadam
  6. nasib baik xkalah...uhh

    BalasPadam
  7. huh! kena cabul dlm train???

    BalasPadam
  8. pastikan hanset ada multi-funtional, termasuk kamera video.

    sila ambil gambar perbuatan mereka.

    salah ke? kalau kau buat di tempat awam, maknanya kau tak boleh kata tu privisi kan?

    BalasPadam
  9. selama ini aku ingat org melayu je tak reti malu buat benda yg memalukan di khalayak ramai tapi ade juga bangsa lain terlibat. kesimpulannya adalah semua manusia itu sama......

    BalasPadam
  10. Kalau di depan khalayak raba-raba..di belakang entah macamana agaknya...?

    BalasPadam
  11. ala.. ada semut termasuk dlm baju tu. tu dok raba2 nak buang semut tu. haha.. alasan nak menyedapkan benda negatif dlm kepala.

    BalasPadam
  12. selepas dicabul..ko nangis2 penuh kekesalan tak dude..hehhe

    BalasPadam
  13. balik tu ko mandi tak bro? mandi dengan pakaian yang ko pakai. pastu duduk di bawah pancuran air. dan ko nangis teresak-esak.

    bersihkan badan ko yang kotor tu bro.. hahaha

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.