28.12.06

makhluk kejam menyerang!

masa pun berlalu, dan tidak lama lagi. aku akan meninggalkan kamu semua. bila difikir-fikirkan semula pun, aku hanya mula mengenali kamu semua dalam masa sembilan bulan ini. sembilan bulan yang bertemakan penantian ini.

dalam masa sembilan bulan ini aku banyak membaca kisah realiti hidup yang dipaparkan di blog kamu semua. apalah sangat yang aku dapat simpulkan daripada secebis masa membaca tulisan kamu semua. kita semua ialah golongan yang mungkin tidak akan mengenali antara satu sama lain kalau tidak kerana takdir yang menemukan kita di alam maya ini.

(sebenarnya aku ingin menulis nama kamu semua di sini dengan harapan agar kamu semua terharu dengan penghargaan yang aku beri, lalu kamu semua akan membeli buku jiwa kacau yang satu lagi: masuk barisan daripada aku sehingga habis kesemuanya. namun tiba-tiba satu kuasa jahat bernama Ma Last yang berasal dari Planet Tak Ra Jen telah menguasai diri aku dan menghalang aku untuk menulis nama-nama kamu semua.)

aku tidak pasti sama ada aku akan sempat untuk menulis isen yang ke-200 sebelum aku berpergi-pergian secara mandatori... isen ini ialah isen yang ke...

ahhh! makluk Ma Last menyerang!

6 ulasan:

  1. kamu dah nak pergi ya...

    selamat hari raya, dan tahun baru juga.

    p/s: Makhluk kejam tu, aku ingat ko punya jack dan sally dah bermetamorfosis menjadi raksasa kejam yang membunuh semua orang di tempat kamu tu.

    BalasPadam
  2. pergi mane daa?? dok dlm gue ke xdek intenet?

    BalasPadam
  3. aku pun ma last nak komen sebenarnyew hehe

    BalasPadam
  4. dude, lepas berhijrah takkan berblog lagikah? kalau begit sudikah kau membeli buku MB dari aku sebagai tanda kenang kenangan?

    BalasPadam
  5. dude...
    selamat hari raya AidilAdha & selamat tahun baru 2007...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama30/12/06 20:33

    selamat tahun baru.. semoga makhluk kejam tu dapat dihapuskan oleh otromen..

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.