4.12.06

shisha danau kota

malam itu di danau kota, shisha perisa grape mint telah dipesan sebagai penambah perisa muzakarah kami.

kami bertujuh terus dengan muzakarah kami, entah bagaimana tiba-tiba boleh menyimpang masuk perihal buku sastera dalam muzakarah kami.

watak A: haritu aku ada baca buku ni, karya penulis terkenal, siapa namanya ek? jap aku pikey...

dalam hati aku cuba menaakul penulis terkenal yang dimaksudkan oleh watak A. mungkin Faisal Tehrani, mungkin Nisah Haron, mungkin juga Zaid Akhtar. mungkin juga dia membaca karya-karya agung nukilan Arenawati, A. Samad Said ataupun Shahnon Ahmad. mungkin juga karya Jimadie Shah.

watak A: alaa, tu nama dia... aaa...

wah, mungkin juga dia membaca karya penulis kontroversi yang memenangi hadiah nobel, Orhan Pamuk. ataupun karya penulis yang dibenci umat Islam, Salman Rushdie, bukan terikut-ikut, mungkin hanya mengkaji.
.
.
.
dan shisha perisa perisa grape mint pun sampai. botolnya diletakkan betul-betul dihadapan aku. aku menyambut hujung paip itu dan aku menyedut wap-wap berperisa melalui saluran paip shisha itu...

watak A: aaaa, aku dah dapat, nama dia Ahadiat Akashah!
.
.
.
shisha perisa grape mint yang kami pesan itu, tiada perisa grape, hanya berperisa mint. perisa kosong dan sejuk. aku terasa pening-pening dan mual.

malam itu di danau kota, shisha perisa grape mint yang telah kami pesan menyebabkan aku hampir muntah-muntah...

iklan kaki:
ujana ilmu ada membuat tawaran menarik! pakej sasterawan, Kekasih Sam Po Bo, Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus, serta Rindu Ibu. hanya rm50, dapatkan sebelum kehabisan.

iklan kaki 2:
jiwa kacau 2: masuk barisan sudah terbit. sesiapa yang mahu mendapatkannya boleh menghubungi saya menerusi email amanitium [at] yahoo [dot] com.

14 ulasan:

  1. dengan berbekal perisa yang mahal..arang bernilai RM30 dan tabung yang besh..mesti takkan kecewa..hehe..

    kat rumah aku lg sedap laa..btul xtipu...

    BalasPadam
  2. ko muntah dengar nama tu.. hik hik.
    tapi memang pun.. sedikit memual kan (ni utk bersopan ye) tp memang dia penulis terkenal pun.

    oit, henry tak leh main jumpe porto. argh...

    BalasPadam
  3. aku ingat pengarang terkenal tu... aku!

    ceh....

    BalasPadam
  4. shisar grape? ok. Mana honeydew? Hahahah!

    BalasPadam
  5. bermuzakarah sambil menyedut shisha..wah!

    BalasPadam
  6. Danau Kota kat Setapak tu ke..?


    Macam tak relevan pulak komen aku ni...hehe

    BalasPadam
  7. bila ko nak kongsi satu sisha dgn aku?

    BalasPadam
  8. ces. boleh dia tak ingat ahadiat akashah tu.. hehe.. :P

    BalasPadam
  9. huh! dah lama aku tak bermuzakarah sebegitu rupa...

    BalasPadam
  10. oh, sudah pastinya :D

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama6/12/06 08:59

    isap shisha lagi ke dak aman??? suke benor kome ye?? hehe :D

    BalasPadam
  12. penilaian kau tidak adil. dipengaruhi oleh shisha. walau macammanapun, kawan kau tu memang benok. nama penulis yg begitu 'terkenal' pun payah nak ingat.

    BalasPadam
  13. noheartfilin:
    dan percuma! mau mau! cepatlah pulang...!

    Pa'chik:
    oit oit! aku muntah sebab shisha laa, jangan salah faham...

    p/s: baru aku tahu pasukan kegemaran kau sekarang...

    Bukunota:
    aku pun ingat macam tu, haha.

    Jimadie Shah Othman:
    haha, nak kutuk aku a tu. haha.

    zwitterion:
    gaya filasuf zaman lampau...

    blackpurple:
    haha, betul la tu...

    Lan Rambai:
    menarik juga cadangan tu, sambil menonton epl. cantek?? bile?

    kel@mbu:
    lambat nak ingat kot, haha.

    13may:
    aku pun same...

    LELAKI KACAK:
    hoh?

    Sikenit Comel-AminBakish:
    haha, tak reti nak speaking perak ni... haha.

    zizie ali:
    hey hey! jangan tambah inverted comas di terkenal tu, nanti berlaku salah faham. haha.

    BalasPadam
  14. oh..ahadiyat....hm..
    x penah bace hasil nukilannya.
    bukan peminat kisah cinta.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.