18.12.06

episod jack dan sally

masa urusan...
aku sedang berurusan dengan muhammad syumul (nama sebenar).

dia memberikan dua bekas kepadaku. satu bekas berisi mentadak besar, dan satu bekas berisi mentadak kecil.

"ni lelaki dan ini perempuan.." kata muhammad syumul, pelat banglanya masih pekat.

aku mengangguk, tidak tahu apa-apa, aku hanya menerima tanpa banyak soal dan memberi bayaran yang telah dipersetujui.

beberapa hari selepas itu...
aku membaca panduan membela mentadak yang boleh didapati di alam siber.

Deroplatys desiccata (Malaysian Dead Leaf Mantis) betina mempunyai enam segmen di bawah abdomennya, manakala yang jantan mempunyai lebih...

aku mengira segmen di bawah badan sally, enam segmen kesemuanya. memanglah enam, kerana sally sememangnya betina.

kemudian aku mengira segmen di bawah badan jack, enam segmen kesemuanya... ahhh? enam segmen? wah, memang enam segmen...

hari ini...
hanya aku seorang yang mengetahui jantina sebenar jack, aku tidak mahu memberitahu sesiapa yang lain di dalam rumah aku bahawa aku telah ditipu pendatang asing yang bekerja di sebuah tempat pameran serangga.

tiba-tiba aku dipanggil ke bawah. ada sesuatu perkara berlaku kepada jack.

aku lihat, wah, nampaknya jack telah mengeluarkan Ootheca (telur mentadak.) mungkin dia sempat bersenggama dengan mentadak jantan yang sebenar sebelum proses jual beli malam itu.

dan akhirnya seisi rumah aku tahu bahawa jack bukanlah seekor mentadak jantan...

dan mereka juga sudah tahu aku telah ditipu mati-mati oleh pendatang asing yang bekerja di sebuah tempat pameran serangga.

muhammad syumul, lihatlah jari tengahku ini elok-elok!

18 ulasan:

  1. haha... jack pun mesti gelakkan ko masa dia dengar sumul tu cakap ngan ko dia lakilaki.
    tahniah utk anak yg baru lahir tu ye.
    dah ada nama ke?

    BalasPadam
  2. rasanya muhammad syumul tu tak kenal mana yang jantan dan mana yang betina. Cuba uji letak dalam akuarium macam cerita nujum pak belalang tu. Mungkin boleh tahu mana yang jantan dan mana yang betina. :-)

    BalasPadam
  3. rasanya muhammad syumul tu tak kenal mana yang jantan dan mana yang betina. Cuba uji letak dalam akuarium macam cerita nujum pak belalang tu. Mungkin boleh tahu mana yang jantan dan mana yang betina. :-)

    BalasPadam
  4. patutlah bergaduh sakan...
    dua-dua betina rupanya!
    tukarkan la nama dia jadi jackie.

    BalasPadam
  5. 3.45pg esok. lawan libepul. gudlak ye.

    BalasPadam
  6. hehe..apala muhammad syumul ni,tersilap bilang agaknya dia.

    BalasPadam
  7. NEW DELHI, Delhi – Pemenang pingat perak Sukan Asia Doha, Santhi Soundarajan dari India gagal ujian seksual dan pingat yang dimenanginya akan ditarik balik, menurut pegawai olahraga India semalam.
    (petikan: utusan malaysia online, 19 Dis 2006)

    BalasPadam
  8. hehehe aman ko tak leh salahkan bangla tu,, sebab mana tahu jack tu "pengkid" nampak macam lelaki..so tersalah teka gender ler.. hahaha sian ko aman

    BalasPadam
  9. err...syumul tu betul ke lelaki???? hehhe...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama20/12/06 10:26

    dgr name mentadak ni sedey la plak

    BalasPadam
  11. ha ha dude, nanti next meeting boleh la kau bawak "jack" and sally ek?

    BalasPadam
  12. Mentadak mentadu..? Oo..dia boleh berlawan ekk..? Bukan serangga kawalan ke tu sekarang ..?

    BalasPadam
  13. hahhaha!
    kena tipu dgn muhamad syumul!

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama22/12/06 08:49

    dude! nmpknye jack wajib di tukar nama dan sally x jeles ke? ha ha..

    *terimakasih kerana menjenguk blok wa*

    BalasPadam
  15. dude jari tengah kau ada kudis ke?

    BalasPadam
  16. pasrah lah diorg dh jadik lesbo...

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama24/12/06 18:00

    mane g shoutbox hang? anyway, exchange link nak? aku dah add hang sejak berzaman dulu...

    BalasPadam
  18. Muhamad Syumul tu baca blog hang ke yg hang suruh dia tengok jari tengah hang tu?

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.