27.5.06

berdekatan di mata, kejauhan di hati...

kesunyian malam dipecahkan oleh tegurannya, "buatlah benda bermanfaat sama.." aku diam sahaja, memikirkan apa apakah benda bermanfaat yang dimaksudkan oleh dia. sudah berkali-kali ayat yang sama menerjah minda aku, seolah-olah aku tidak pernah membuat kerja bermanfaat di rumah. aku amat sukar untuk memahami minda dia. walaupun dia sudah banyak berpengalaman, namun, jauh di sudut hatiku, aku rasa, dia kurang mengambil endah tentang pengalaman kehidupannya. mindanya masih mengamalkan sifat stereotaip yang amat kronik, cukuplah dengan ayat "rock tu sembah syaitan," dan "semua penunggang motor ikut suka hati dia je nak bawak, tak ikut undang-undang" menggambarkan sifat stereotaip dia. aku bukan ingin mendedahkan keburukan dia, jika aku ingin berbuat sedemikian, lebih banyak lagi yang aku boleh bentangkan. aku hanya ingin berkongsi apa yang terbuku di hati ini. dia waktu kecil tertekan dengan kesempitan hidup. lain pula bagi diriku, aku tertekan bukan kerana kesempitan hidup, tapi daripada tekanan yang diada-adakan tanpa aku ketahui apakah motifnya. aku sudah berkali-kali mencuba untuk mendekatinya, namun tidak berjaya. aku tidak pernah mengerti dia. apakah fungsi sebenar dia? adakah sekadar pembekal keperluan asas manusia? di akhir perenggan ini, aku masih belum mendapat jawapan, kenyataan yang tidak pernah berubah sejak 18 tahun dahulu...

25.5.06

malam yang sepi...

aku menutup mata,
berharap untuk tidak sedarkan diri,
berharap untuk pergi ke dunia mimpi,
berharap untuk tidak sepi lagi,
tapi aku terjaga kembali...

seluruh malam ini,
aku begini,
terlantar bersendiri,
tiada siapa di sisi,
amat sunyi dan sepi...

dimana kalian semua?
siapa yang sudi menemani aku?
mengharungi malam-malam muka,
mengharungi suka dan duka,
mengharungi malapetaka...

aku sunyi sekali,
aku sepi...

23.5.06

titik noktah dunia ternoda

lihatlah dia itu...
kemana-mana sahaja menjadi tumpuan khalayak...
lenggang-lenggoknya menarik perhatian teruna...
tetapi, teruna dan dia itu sama...
sama tidak serupa...

mengapa dia menjadi begitu?
demi kepuasan sejati?
kehendak naluri?
kemahuan rohani?
kelemahan insani?

aku tidak kenal kau,
aku tidak berada di posisi kau,
aku tidak memahami kau,
namun apa yang aku harapkan,
ko boleh berubah menjadi lelaki,
lelaki seperti kami semua.

tidaklah bermaksud kami sempurna,
cuma jemputan kembali kepada fitrah kehidupan asal kau sahaja.

nota kaki : in loving memory of sebahagian penduduk lorong haji taib, esso am**ng dan lot kedai taman ko**s.

22.5.06

kerna sebatang LM merah II

aku terus meluru ke arah bilik serbaguna. aku terfikirkan idea untuk berlakon sebagai seorang watak yang tidak bersalah, seorang yang sedang mengajar pelajar-pelajar yang lebih muda yang selalu belajar di situ. penjaga asrama terus masuk ke dalam bilik serbaguna setelah dia mendapati dua orang pelajar yang dikehendakinya tiada di situ. "kamu, mari sini", dia menunding ke arah aku. "kamu kan yang saya nampak tadi?" ,persoalan yang perlu aku menjawab dengan tidak betul."tak ah cikgu, saye kat dalam bilik, tengah tolong budak-budak ni wat homework tadi." "betul la cikgu, abang ni tolong saya wat homework tadi," tambah seorang junior yang aku sendiri sudah lupa namanya. "kamu nampak siapa kat luar tadi?" soalan baru pula yang dilafazkannya.

aku: tak cikgu, saya tak perasan.
penjaga asrama: kamu ni, betul kamu tak nampak?!
aku: betul cikgu.
penjaga asrama: kamu jangan sampai saya sumpah kamu.
aku: saya tak buat apa-apa cikgu...
penjaga asrama: kamu ikut saya.
aku: baik cikgu. (beliau membawa aku ke rumah penjaga asrama 2)
penjaga asrama 2: kenapa ni?
penjaga asrama: cube ko bau nafas budak ni, aku syak dia la.
penjaga asrama 2: tak payah bau nafas, bau tangan sudah cukup.
penjaga asrama: cepat tangan, mana?!
aku: errr...
penjaga asrama 2: erm, betul lah ni. tak syak lagi.
penjaga asrama: bodoh! setahun aku ajar kau! fizik tak pernah lulus!
(penjaga asrama terus menerus memukul aku sambil mengherdik2 dan menghina aku dengan kuat...)

aku telah melakukan apa yg terdaya. aku mendapat cuti seminggu dari pihak jemaah disiplin maktab akibat kegagalan aku melarikan diri daripada penjaga asrama. malang sungguh nasib aku... kesimpulannya, katakan "TAK NAK!"

p/s: walaupun tak berkaitan, aku mendapat markah antara yang tertinggi dalam kelas bagi subjek yang beliau ajar untuk ujian yang seterusnya. berkat mungkin. heh~

lihat: kerna sebatang LM merah

20.5.06

estetika romantis hari ini

sudah tiga kali dia menyambut hari yang amat bermakna ini. dia amat berharap dia dapat menyambutnya lagi di masa akan datang. dia amat takut ini akan menjadi sambutannya yang terakhir bersama-sama. dia tidak mampu memberi apa-apa. sekadar sebuah peringatan buatan sendiri yang disampaikan oleh seorang rakan. tidaklah setanding apa yang diterimanya di sana. di dalam mindanya, dia ibarat sedang tenggelam dan tidak mampu berenang untuk keluar dari pusaran ke'tidak upaya'an. dia berharap dia akan sempat walaupun terlewat. dia berterima kasih kerana beberapa tahun dahulu, pada tarikh ini, lahirlah dunianya. dia amat cintakan dunianya. dia amat sayangkan dunianya.

selamat hari lahir duniaku...

lihat: aestheticism 2005

18.5.06

tidur yg dipermainkan

"beginilah, saya panggil dgn gelaran 'tok', boleh?" ujar ku

"tidak perlu, aku tak layak," kata tok sambil menggelengkan kepala.

sedang kami berbual-berbual, datang sebuah kereta berdekatan dengan kami.

mungkin dia mahu memberhentikan kereta di sini.

dia secara tidak sengaja telah melanggar sebuah skuter.

skuter itu telah dilenyekkan oleh kereta tersebut.

aku dan tok berusaha memberitahu pemandu kereta tersebut agar berhati-hati.

tiba-tiba, muncul seekor beruang kutub berwarna putih yg berlumuran darah merah pekat di kepalanya keluar dari bawah kereta tersebut, sekaligus menterbalikkan kereta tersebut dan mengaum sekuat-kuatnya.

kemudian aku terjaga. perasaan pening, keliru dan terkejut bercampur baur di dalam minda aku. aku bangun, masuk tandas, gosok gigi, dan terus mengambil wudhuk. laungan azan subuh berkumandang di udara memecah keheningan pagi itu.

aku kini ke blook? II

peluang begini sukar untuk dijumpai lagi,
tidak pasti hayat aku cukup panjang untuk edisi seterusnya,
mungkin ya mungkin tidak,

ya, aku memang berminat,
aku cuba untuk memikirkannya,

baiklah,
aku sudah fikirkannya,
keputusan sudah dibuat,

ingin tahu keputusanku?
belilah blook Jiwa Kacau 2,
cuba cari nama aku,
dah dapat jawapan nnt bagitau aku... =)

17.5.06

makanlah dadih!

watak A: nape aku tak rasa apa² pun?
watak H: lepak a dulu, kejap lagi ko rasalah tu...
watak A: eh eh, hahahaha~! (sambil merapatkan tangan ke muka...)
watak H: ko ok tak?
watak A: wahhahaha.. oo, baru aku tau...
watak H: ko rase macam mane sekarang?
watak A: wahahaha, aku rase terbang, menyesal aaa..haha
watak H: ko rase macam mana?
watak A: aku menyesal laaa.. ey si bodo ni...
watak H: macam mana ko menyesal?
watak A: aku cakap “kalaulah saya bersabar...” haha!
watak H: heh, kau macam tak ok je ni?
watak A: aku okay, cume tak boleh kawal je lagi, tak biasa...
watak H: nak order apa² tak kat bebudak ni?
watak A: roti telur dua...

moral: belia benci dadah

nota kaki: saya suka dadih

16.5.06

aku kini ke blook?

sedang aku melihat-melihat di dalam ruangan alam maya,
aku terkesima melihat satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan,

PROJEK BUKU ...

peluang yg tak patut aku lepaskan,
bukan senang nak jadi terkenal macam ini,
tapi, aku menulis sebab aku suka menulis, bukan sebab aku nak famous,
tapi, kalau aku terkenal kelak, tentu ramai yg membaca blog aku,

tapi, aku takut juga kalau blog aku tidak menepati expectation mereka,
aku takut blog aku sekadar jadi bahan gelakan,
apatah lagi dengan usianya yang setahun jagung itu,
manalah mampu untuk duduk sama tinggi dengan mereka yg lain-lain,

masuk ke tak masuk?
pening aku pikir...
mandi tak basah,
tido tak lena,
kencing tak...

apa pendapat korang?
masuk atau tidak?

15.5.06

phyllium

aku dah delete post yg amat terbaru demi utk memberi keadilan yg sebenar-benarnye kepada sebuah salah faham. heh~. urm, aku rase teringin utk memelihara serangga eksotik aaa, amat menarik... korg tau tak dimana aku leh mendapatkan serangga2 eksotik ni? sangat cantik kalau disimpan dalam terranium... da lah senang jaga, sembur2 sket jaga kelembapan, pastu letak daun2 ke ape ke... mahu2! tapi kat mane leh dapatkan? hurm...




phyllium pulchrifolium


rujuk: bugsincyberspace/phyllium pulchrifolium

ya! aku buat lg... hahah~ Blogthings kembali dengan quiz yg menarik...



What Is Your Life Path Number?
Your Life Path Number is 7

Your purpose in life is to find truth and meaning

You are very spiritual, and you are interested in the mysteries of life.
You are quite analytical and a great thinker. You have many theories and insights.
A life of solitude is perfect for you. You need time to think and do things your way.

In love, you are quite charming. You attract many with your confidence and wit.

While you enjoy being alone, sometimes you take it to an extreme.
You can become too isolated, shutting out loved ones and friends.
Express yourself a little bit more, and you'll be surprised where it takes you!


The Five Factor Personality Test
Your Five Factor Personality Profile

Extroversion:

You have high extroversion.
You are outgoing and engaging, with both strangers and friends.
You truly enjoy being with people and bring energy into any situation.
Enthusiastic and fun, you're the first to say "let's go!"

Conscientiousness:

You have medium conscientiousness.
You're generally good at balancing work and play.
When you need to buckle down, you can usually get tasks done.
But you've been known to goof off when you know you can get away with it.

Agreeableness:

You have medium agreeableness.
You're generally a friendly and trusting person.
But you also have a healthy dose of cynicism.
You get along well with others, as long as they play fair.

Neuroticism:

You have medium neuroticism.
You're generally cool and collected, but sometimes you do panic.
Little worries or problems can consume you, draining your energy.
Your life is pretty smooth, but there's a few emotional bumps you'd like to get rid of.

Openness to experience:

Your openness to new experiences is high.
In life, you tend to be an early adopter of all new things and ideas.
You'll try almost anything interesting, and you're constantly pushing your own limits.
A great connoisseir of art and beauty, you can find the positive side of almost anything.


What Color Is Your Lucky Underwear?
Your Lucky Underwear is Blue

You are caring and extroverted. You've made relationships your number one focus, and your lucky blue underwear can bring some balance to them.
You thrive in one-on-one situations. You are a good listener and a natural born therapist.

Sometimes you let the concerns of others become too important in your life, leading to stress and worry.
If you want more balance, put on your blue underpants. They'll help you take care of yourself first.