22.9.06

sembilu bazaar ramadhan

kejadian ini berlaku pada suatu petang ramadhan. kebanyakan manusia sedang berada di bazaar ramadhan, dengan tujuan yang satu, memenuhi tuntutan nafsu setelah seharian tidak memasukkan apa-apa ke dalam sebarang rongga badan.

di celah-celah perlumbaan kenderaan bertayar empat menuju ke bazaar ramadhan, terlihat kelibat sebuah skuter biru bernama Suhaila bersama dua penunggang turut bersaing.

amanitium: yeehaaa! kita akan sampai disana dan beli yang sedap-sedap!
watak C: betul tu, akhirnya, jejak juga aku kat bazaar ramadhan.
amanitium: kau tak pernah jejak lagi ke sebelum ni?
watak C: belum john, belum pernah. ni first time aku ni.
amanitium: oh, baguslah kalau begitu, nak sampai dah ni.

tiba-tiba, Suhaila bergerak secara perlahan. Suhaila bergerak seperti ada benda tersangkut di tayar hadapan. amanitium pelik. watak C panik.

watak C: kenapa dengan motor ni?
amanitium: aku tak pasti, aku rasa disc brake buat hal lagi.
watak C: berhenti dekat kedai minyak tu dulu.
amanitium: ok, ok.

Suhaila bergerak seperti itik pulang petang menuju ke stesyen minyak berdekatan. sesampainya kami disana, aku terus membongkok untuk melihat keadaan tayar hadapanku. aku lihat cakera (disc) brek tu seperti panas dan mengembang. watak C cuba mengambil bekas berisi air dan terus menjirus cakera itu.

psssssst, bunyi besi panas mendidihkan air. wap air banyak terbentuk daripada proses itu. sepuluh minit selepas itu, azan maghrib berkumandang di udara menandakan masuk waktu bagi wilayah persekutuan dan kawasan yang sama waktu dengannya. brek Suhaila masih tersangkut, dan watak C masih belum berjaya untuk menjejakkan kakinya di bazaar ramadhan hari itu...

Selamat Menunaikan Kewajipan Kita Semua, Mudah-mudahan Aku dan Anda Terpilih Menjadi Orang Yang Bertaqwa

9 ulasan:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan
    Al Mubarak..

    BalasPadam
  2. isk isk kesianbetul. takpela dugaan. tahun ni boleh cuba lagi.

    BalasPadam
  3. salam ramadhan mubarak tuan rumah :)

    BalasPadam
  4. dugaan semua tuh...

    Salam ramadhan:)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama22/9/06 12:41

    sabar la dugaan di bulan ramadhan.. hahaha... ada hikmah tu..

    BalasPadam
  6. di manakah watak c itu tinggal selama ini hingga dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke bazar ramadhan?

    BalasPadam
  7. ha ha ha watak c tu ehem-ehem ke budak!!ha ha ha...

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak ya ;)

    BalasPadam
  8. suhaila mogok =] salam ramadhan!

    BalasPadam
  9. semua:
    salam ramadhan kembali! puasalah bagi yang mampu. :D

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.