tadi di masjid, ramai orang datang, penuh-penuh, sesak-sesak.
(fenomena sebulan dalam setahun.)
tadi, semua muslim berkumpul, dan beratur dalam barisan saf yang sama, menyembah tuhan yang sama.
(tidak kiralah, daripada Islam 'bertamadun' ke, Islam 'tak bertamadun' ke, Islam 'liberal' ke, Islam 'mat cemerlang' ke, semua datang.)
tadi, semua duduk di bawah satu kubah yang sama, solat bersama-sama.
(memang sepatutnya pun mereka bersatu di bawah satu payung akidah Islamiah yang sama, sejak bila ada Islam khas untuk satu golongan je?)
tadi, semua tak mahu lepaskan peluang setahun sekali ini.
(peluang itu konteksnya luas, aku tidak bersangka buruk, saja menambah-nambah. sedap moreh tempat kau orang?)
apa aku nak sampaikan ni? oh ya, semua yang tertulis di atas tu hanya dihadkan pada waktu dan konteks tarawikh sahaja ke?
(untuk kau dan aku.)
nota kaki: minta maaf, aku bukanlah orang yang baik sangat, sila buang tanggapan itu jauh-jauh buat masa terdekat ni. betulkan aku kalau silap.
23.9.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ya ya jadi pengomel pertama [aman yang suruh]..ha ha ha...
BalasPadamemmm sebenarnya...islam tu agama yang indah kan aman kan kan...waktu solat jemaah tu macam-macam ragam boleh diperhatikan dan dipelajari juga diambil iktibar betapa hebatnya Islam sebagai agama kebenaran...
wey aman, sedap ke moreh tadi..mesti kau melantak paling banyak kan kan kan...ha ha ha...akak dah tahu dah kau memang budak bulat...he he he jangan marah ek aman, gurau je ;)
Aku hanya meneka,
BalasPadamaman telah menjelajah kesemua masjid terdekat, moreh paling sedap disitulah dia ada.. erm erm aku hanya meneka. Kalau salah harap dimaafkan. Aku hanya meneka.
Aku bukan penembak tepat, aku hanya penembak curi.
aku nak ucap kan. selamat mendaftar di sekolah ramadhan.
BalasPadampeace!
hahah. aku faham, kau tentu berbuka ala kadar macam aku pesan kan esok? jadi di moreh kau boleh menjelajah masjid2 dan suaru yang kau sempat untuk santap moreh habis habisan, dan aku rasa singa adalah org yang bahaya, bukan penembak tepat maknanye kebarangkalian dia akan tertembak sesiapa sahaja ketika menembak curi adalah tinggi. hahahhahaha =p
BalasPadamnota kaki: minta maaf, aku bukanlah orang yang baik sangat, sila buang tanggapan itu jauh-jauh buat masa terdekat ni. betulkan aku kalau silap.
BalasPadamaku dah tertanggap.. alamak?! biarlah aku lontarkan ia jauh-jauh supaya kau tidak perasan baik lagi selepas ini.. tapi kau kena jadi lebih baik.. hari esok mesti lebeyh baik dari hari ni.. hari ni kau poyo.. esok mesti 2x poyo dari hari ni ye..
ps: org lain sila jgn ikut pesanan ini
wah dah pandai berkias kau ni
BalasPadamsalam.
BalasPadamselamat berpuasa.
entahlah. kami di sini berpuasa hari ahad, macam di malaya. nasib baik IFI umumkan tarikh puasa, sebab masih ada confusion yang mengatakan puasa di eire bemula sabtu, gara-gara saudi arabia mula berpuasa hari tersebut.
perkara kecil-kecil seperti nak menentukan tarikh berpuasa pun tak bersatu, macam manalah umat islam nak maju dan bersatu hal yang besar-besar.
ramadhan kareem!
semoga segala amalan kita diterima dan diberkatiNya.
weh.. dnapple bela tu aman.. :)
BalasPadamPepun Selamat beristiqomah merantau2 ke masjid utk bertarawih, tadarus dsb.. :)
selamat berpuasa.. dan bertarawikh.. moreh tempat ko sedap tak?
BalasPadamteruskan beribadat..:)
BalasPadamkat surau taman aku... budak belum qkil baligh jer dekat 100 orang.. ko boleh bayangkanlah betapa meriahnya bila moreh!
BalasPadamawak tarawikh kat masjid mana?? "moreh" makan apa?
BalasPadamhik hik hik
biar aku teka, kau bersolat terawih di masjid di ipt
BalasPadamselamat berposa dan bertarawikh :)
BalasPadamakirasuri:
BalasPadamhey, itu tuduhan palsu. akak boleh dikenakan hukuman kerana menyebarkan khabar berbaur fitnah dan menyerang peribadi.
singabeng:
oh, dan memang kau penembak curi dan tidak tepat. haha.
book:
selamat mendaftar juga untuk kau.
fiqroorganisma:
hahaha.
dnapple:
baik puan dnapple!
kay j:
haha, kau lagi poyo selepas menulis ayat ni.
kingbinjai:
wah, baru kau tau?
tuan tanah:
mungkin belum sampai masanya lagi.
sikenit comel-aminbakish:
takkan dia taknak bela kan? kan?
orochi:
entahlah, tempat kau?
zwitterion:
baik! :D
lan rambai:
haha, meriah gila tu.
aku bukan bidadari:
makan makanan. haha.
bukunota:
oh, tidak, walaupun boleh ditafsir begitu melihatkan isen aku.
nile:
betul tu nile. fenomena akhir zaman.
op:
selamat juga! :D
bgs2.. menarik2
BalasPadam