4.9.06

cerita panjang di RJ

seorang remaja berpakaian serba biru meluncuri jalan raya di atas motornya yang bernama Suhaila. selepas membuat beberapa korner baring dan up keatas Suhaila, remaja itu selamat sampai ke destinasi pertama, rumah rakannya.
******

semalam ada perlawanan persahabatan antara dua gergasi amerika selatan di stadium emirates. aku pergi ke rumah sewa rakan-rakan aku untuk mengajak mereka melihat pertembungan gergasi-gergasi itu yang ke 88.

amanitium: weh, jom tengok argentina lawan brazil.
watak M: woah, okay okay, no problem.
watak R: korang gerak dulu, aku dan yang lain nak pegi umah member lagi sorang sat.

aku dan watak M menaiki pacuan satu roda milik masing-masing dan terus bergegas ke Ramal Junction (RJ). RJ ialah tempat baru, abang shisha dia baik. lepas habis pertunjukkan kahwin-kahwin, siaran ditukar kepada saluran Astro supersports. yeah, aku terus terkinja-kinja seperti remaja merdeka di konsert klcc. rupanya kami lewat, sudah masuk separuh masa kedua.
******

pengisi masa lapang dan penyebar penyakit mulut ke mulut, shisha tidak dilupakan.

amanitium: bang, perisa grape satu bang.
abang shisha: grape tak sedap dik. apa kata try perisa chunky?
watak M: woah, nama sedap je. perisa apa tu bang?
abang shisha: perisa apricot campur strawberry campur ...(aku tak ingat)...
amanitium: biar betul ni, sedap ke bang?
abang shisha: sedap, betul.
amanitium: ok a bang, perisa chunky satu.
******

Kaka menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Brazil, telefon tangan watak M berbunyi, mesej diterima. Weh, korg katner? kitorg kat ameerali. cpt la. da order shisha ni.

aku menelan air liur, shisha perisa chunky yang kami pesan sudah sampai, dan hanya kami berdua yang akan membayar untuknya. rakan-rakanku yang lain pergi menonton bola di tempat lain, bukan di RJ. aku menyedut tiub yang disediakan, perisa chunky, rasanya agak mengelirukan campur pening-pening, dan hanya kami berdua yang akan membayar untuknya...

nota kaki:
semalam Brazil mengalahkan Argentina dengan 3 gol berbalas kosong. watak M yang menyokong Brazil amat gembira sekali dengan pengakhiran sedemikian. aku? aku yang sememangnya menyokong the gunners memilih hanya untuk menyokong stadium emirates. boleh?

nota kaki 2:
cerita ini diubah sedikit demi melindungi identiti watak dan menyedapkan cerita.

8 ulasan:

  1. chunky rasanya pening2 ke atau ko yg tgh pening waktu tu?

    hamboih2 koner baring siap up skali...

    BalasPadam
  2. mcm mn isap shisha ek? ape rs nyer ek? teringin nak tahu

    BalasPadam
  3. pacuan satu roda tu apa? kereta sorong ke??ahakss...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/9/06 18:50

    Ha ahla. Penama rimau Sisha tuh? Hurm.. I see money.. Heheh..

    BalasPadam
  5. Aku pernah hisap shisha, hisap sisha tidaklah memeningkan. Akan tetapi, aku cukup pening bila baca entri ko kali ini. Tahniah sebab berjaya memeningkan aku.

    BalasPadam
  6. hahaha padan muka ko kena bayar byk utk sisha tu!

    BalasPadam
  7. aku xpenah isap shisha, mungkin segan mengisap secara beramai2 =p

    BalasPadam
  8. nile:
    nasib saya baik malam tu, sebab pergi ke RJ. Dekat rumah awak tu, dah kurang enak melihat bola. Banyak sangat pengawasan.

    zwitterion:
    rasa chunky yang pening-pening tu membuat saya ikut sama kepeningan. heh.

    hayad:
    macam mana nak isap shisha? urm. tu kena cuba sendiri. ada pelbagai jenis perisa.

    akirasuri:
    pacuan empat roda sama dengan four wheel drive(4wd), yang bermaksud keempat-empat tayar digerakkan enjin secara langsung. pacuan satu roda bermaksud hanya satu tayar yang digerakkan enjin secara langsung, contohnya seperti skuter. :D

    fuad:
    dude, aku tak berapa faham la soalan kau tu.

    singabeng:
    yeah! hoyeh hoyeh! berjaya aku peningkan kau! haha.

    lan rambai:
    cheh! kenapa padan muka pulak?

    fiqroorganisma:
    jarang-jarang aku dengar kewujudan perokok yang tidak pernah menghisap shisha. heh.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.