celik di tengah malam,
fantasi atas lembah,
mahu menawan bintang,
I
dia kejar bintang,
dia gapai bintang,
pegang kuat-kuat,
peluk erat-erat,
II
dia kejar bintang,
tersungkur jatuh,
rebah ke gunung,
paut erat-erat,
kepit rapat-rapat,
III
dia kejar bintang,
tersungkur jatuh,
rebah ke gunung,
terguling kebawah,
kembali ke lembah,
ada satu orang,
celik di tengah malam,
fantasi atas lembah,
mahu menawan bintang.
bintang itu untuk ditengok dan pelajari bukan untuk digapai atau dikejar
BalasPadambintang merujuk pada kekuasan nya yang esa. kau berfantasi ape? heheheheh
BalasPadambintang mungkin boleh ditawan kalau ada kesungguhan
BalasPadampuitis...ahakss...ya ya saya sudah ada di bangi...lalalala~
BalasPadammungkin sebagai gambaran utk mencapai matlamat?
BalasPadamada satu orang
BalasPadamcelik hujung malam
hajat atas langkah
mahu jual bintang
cahayanya terang
BalasPadammenyinari kehidupan
ku petik bintang
ku petik bintanggg bintangggg
BalasPadambiarpun banyak halangan
gila ke apa ni?
ku petik bintanggg bintangggg
aku baca,
BalasPadamtapi tak paham,
terus tulis komen...
tulis haiku?
bintang akan terus bersinar dan memberi harapan, teruslah kejar, teruslah genggam dan teruslah gapai
BalasPadamkingbinjai:
BalasPadammungkin juga, dan mungkin konteks bintang kita berbeza, dan mungkin juga sama.
fiqroorganisma:
haha, bukan apa yang kau fikir tu.
nile:
mimpi di siang hari, dan terbangun sebelum mimpi itu berakhir.
azuna:
dan sesungguhnya anda memahami. :D
akirasuri:
lalalalala~ selamat datang ke bangi.
zwitterion:
mungkin juga, dan mungkin juga tidak. terpulang.
akimanikki, op dan lan rambai:
hoh, menjawab tu! haha.
orochi:
haiku, tak kot. aku pun tak pasti. haha.
sikenit comel-aminbakish:
baiklah! saya cuba. :D