seorang remaja berpakaian serba biru meluncuri jalan raya di atas motornya yang bernama Suhaila. selepas membuat beberapa
korner baring dan
up keatas Suhaila, remaja itu selamat sampai ke destinasi pertama, rumah rakannya.
******semalam ada perlawanan persahabatan antara dua gergasi amerika selatan di stadium emirates. aku pergi ke rumah sewa rakan-rakan aku untuk mengajak mereka melihat pertembungan gergasi-gergasi itu yang ke 88.
amanitium: weh, jom tengok argentina lawan brazil.watak M:
woah, okay okay, no problem.
watak R:
korang gerak dulu, aku dan yang lain nak pegi umah member lagi sorang sat.aku dan watak M menaiki pacuan satu roda milik masing-masing dan terus bergegas ke Ramal Junction (RJ). RJ ialah tempat baru, abang shisha dia baik. lepas habis pertunjukkan kahwin-kahwin, siaran ditukar kepada saluran Astro supersports. yeah, aku terus terkinja-kinja seperti remaja merdeka di konsert klcc. rupanya kami lewat, sudah masuk separuh masa kedua.
******pengisi masa lapang dan penyebar penyakit mulut ke mulut, shisha tidak dilupakan.
amanitium:
bang, perisa grape satu bang.abang shisha:
grape tak sedap dik. apa kata try perisa chunky?watak M:
woah, nama sedap je. perisa apa tu bang?abang shisha:
perisa apricot campur strawberry campur ...(aku tak ingat)...amanitium:
biar betul ni, sedap ke bang?abang shisha:
sedap, betul.amanitium:
ok a bang, perisa chunky satu.******Kaka menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Brazil, telefon tangan watak M berbunyi, mesej diterima.
Weh, korg katner? kitorg kat ameerali. cpt la. da order shisha ni.aku menelan air liur, shisha perisa
chunky yang kami pesan sudah sampai, dan hanya kami berdua yang akan membayar untuknya. rakan-rakanku yang lain pergi menonton bola di tempat lain, bukan di RJ. aku menyedut tiub yang disediakan, perisa
chunky, rasanya agak mengelirukan campur pening-pening, dan hanya kami berdua yang akan membayar untuknya...
nota kaki:
semalam Brazil mengalahkan Argentina dengan 3 gol berbalas kosong. watak M yang menyokong Brazil amat gembira sekali dengan pengakhiran sedemikian. aku? aku yang sememangnya menyokong
the gunners memilih hanya untuk menyokong stadium emirates. boleh?
nota kaki 2:
cerita ini diubah sedikit demi melindungi identiti watak dan menyedapkan cerita.