Pada pagi 20 ogos lepas, seorang blogger telah memohon untuk add aku dalam list rakan yahoo messengernya. aku tanpa berfikir panjang dan tiada prasangka, terus membenarkan perkara itu berlaku. antara petikan perbualan:
MJSO: ko takleh kenal manusia melalui chating so cow
amanitium : betul2
MJSO: aku kesian kat hang
amanitium :nape?
MJSO: sebab aku rasa hang poyo
amanitium : cheh
MJSO: aku ikhlas
tidak boleh kenal manusia melalu chatting? tapi boleh rasa manusia itu poyo? aku tidak faham dia. dia minta gambar aku, aku bagi, kemudian dia kata aku jambu. aku tidak faham lagi. aku pening.
hormat orang lain tak bagus ke? aku rasa macam bagus kalau hormat, tapi dia kata manusia akan kelihatan bodoh dan kecil jika menunjukkan hormat kepada orang lain. aku terus menamatkan usaha aku untuk memahami orang itu disitu. sekadar menekan-nekan papan kekunci tanpa ambil pusing apa-apa selepas itu...
kesimpulannnya, shisha honeydew mint juga sedap, walaupun pak arab zaman dulu tidak menyediakan perasa itu. pernah dengar perkataan inovasi?
keliru? lihat: shisha honeydew lawan shisha perasa anggur
nota kaki: aku tidak memakai kaca mata tebal mahupun kanta lekap. satu lagi andaian yang salah. haha.
21.8.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tak tahulah nak komen apa.
BalasPadamsenyum saja boleh tak?
:)
memang ko tidak akan faham mereka yg sebegitu...
BalasPadamDan aku jika terjumpa yg sebegitu, tidak cuba tuk memahami mereka
sampai sekarang aku masih tak paham apa sebenarnya maksud poyo!
BalasPadamnasya aziz aku tahu.
BalasPadamorg macam tu, kekurangan kasih sayang namanya
BalasPadamtuan tanah:
BalasPadamsaya dah agak saudari akan mengambil pendirian berkecuali. haha.
zwitterion:
wah, nampaknya daya pemikiran saya setaraf dengan seorang pensyarah. haha.
lan rambai:
haha, poyo itu ibarat seperti kuih yang berulat. aku agak je.
nile:
strawberi celup coklat memang menarik. strawberi campur coklat untuk shisha, hurm, saya agak memberi kesan yang sama dengan ganja. haha.
esis:
aku tau nik aziz.
kingbinjai:
aku pasti nama dia bukan kurang kasih sayang. haha.
takyah dilayan kalau ada seseorang nak hentam awak.. baik leave it..
BalasPadamalamak, apasal aku jadik budak jahat ni!
BalasPadamaku pernah dilabel sukar didekati. padehal aku rase aku dah cukup peramah. takpe la. biar kan....
BalasPadamien:
BalasPadamnasihat awak itu saya akan dalami. terima kasih.
jimadie shah othman:
bukan aku cakap. aku cerita aku pening je dengan kau.
book:
kadang-kadang orang susah nak menerima diri kita yang sebenar. berbaloikah kita mengubah diri kita untuk diterima orang?
no problem.. :) tu baru skit.. blog ien lagik hampeh.. ada2 jek iri hati nak menghuru harakan blog.. tp sejak ien buat tak layan jek, alhamdulillah, dak ganjil tu dah tak kacau lagi.. huhu!
BalasPadamhehe, budak ganjil? tentulah bukan saya kan? saya tidak ganjil. haha.
BalasPadam