buku; hidup aku bergelumang dengan buku sejak aku masih di bangku sekolah lagi. siapa sangka, aku semasa kecil dahulu ialah seorang kanak-kanak yang amat meminati novel. terdapat lebih kurang 70 buah novel kanak-kanak yang berada di dalam koleksi aku semasa itu. semua itu bermula apabila ayah aku mendaftarkan aku memasuki sebuah Kelab Buku Kenari, kelab novel kanak-kanak. sejak itu, aku boleh dikatakan seorang yang ulat buku.
sekolah menengah, kehidupan aku banyak berubah, proses adaptasi terhadap transisi pra-matang yang terlalu lama banyak mengambil masa membaca aku. entah kenapa, semasa di sekolah menengah, seingat aku, terlalu sedikit buku yang aku baca, walhal, aku seorang pengawas pusat sumber di sekolah. mungkin ada sebuah dua novel seram Inggeris yang menjadi kegilaan remaja di zaman itu yang aku berjaya habiskan. aku sendiri pun tidak pasti.
kemudian, aku berpindah ke mrsm, di sini, rakan-rakanku banyak membaca novel untuk meningkatkan kuasa bahasa mereka. aku sekadar menumpang membaca novel mereka. aku sudah berhenti menjadi kaki novel. cuma pernah sekali, aku berjaya membeli dan habis membaca novel tebal bertajuk "Bukan Puteri Lindungan Bulan," karya Liana Afiera Malik, yang siap ditandatangani beliau sendiri, peluang yang aku gunakan semasa kunjungan ke pesta buku suatu masa dulu. aku tak berapa ingat apa yang membuatkan aku membeli novel itu. selain novel itu, aku juga sempat membaca novel Harry Potter ketiga, keempat, dan kelima sepanjang aku berada di sekolah berasrama itu, untuk memantapkan Bahasa Inggeris aku. di sekolah itu juga aku berjinak-jinak dengan karya Encik Faisal Tehrani dan Encik A. Samad Said, walaupun tidak berapa jinak sangat. aku juga bertugas sebagai chief editor kepada sebuah majalah sekolah yang amat rendah kualitinya. (teringin nak minta maaf kepada para guru dan rakan sekolah)
selepas menamatkan pengajian peringkat sekolah, aku meneruskan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bangi. kemudian aku ditendang. haha. itulah natijah kehidupan hedonisme. dengan masa yang banyak terluang ini, aku telah bekerja sebagai pembantu dapur bahagian pastri sebuah hotel, bekerja sebagai guru tuisyen, dan tidak lupa juga mengambil bahagian dalam buku jiwa kacau 2.
sekarang, sementara menunggu permohonan aku untuk ke Uitm diluluskan, aku cuba untuk menghayati semula kehidupan aku semasa zaman kanak-kanak dulu. cuma mungkin kali ini aku membaca novel yang lebih dalam maksudnya, atau yang berkaitan dengan aku.
aku sudah pesan novel Tunggu Teduh Dulu dan Advencer si Peniup Ney karya Encik Faisal Tehrani menggunakan wang gaji aku. aku yakin aku tidak membazir, kan?
18.8.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamSelamat menjelajah dunia buku. Buku adalah teman setia yang sentiasa berada di kala teman lain meninggalkan kita...
kembalikan zaman kegelangan itu.
BalasPadamsatu pelaburann..jgan anggap rudgi membeli buku..kengkadang buku nih mendidik kita..mendidik hati..tapi awas juga ya dik..jangan berguru dengan buku...kerana silap langkah boleh menyesatkan...
BalasPadamsesungguhnya marilah kita memuliakan ilmu...bacalah buku untuk kesihatan..kerana buku juga rangup..
BalasPadamtak membazir, kalo ko tak baca bazirla
BalasPadamnovel ??
BalasPadamcbe la bace bku2 sejarah ke..
tau tak mak hitler penah nak abort kandungan die time pregnantkan hitler?
aku pun baru tau.
hehehe.. Kira ok la tu.. Jgn jadi cam aku.. Aritu pesta buku kat pwtc aku borong buku JAVA, PHP, SQL, dan ntah hape2 lagi 13 bijik buku komputer tapi sampai skrang aku hanya dapat menghabiskan 5 bijik jer.. Yang lain tinggal kat dalam kereta dgn harapan dpt baca masa traffic jam.. hahaha...
BalasPadamapa2 pon berhati2 ketika memilih buku.. tak semua buku tu memberi info kepada kita.. good luck dan selamat hari merdeka..
BalasPadambuku antologi puisi GKLN tak nak? ;)
BalasPadampromosi ni!
aku juga suka membaca, ..disebabkan kekangan masa, kadang2 tak sempat.aku memberi asalan yg lapuk..
BalasPadamsy suka buku. tp skang sy hanya KENA SUKA buku senibina. saya juga suka cara tulisan kamu. :)
BalasPadamjiwa rasa:
BalasPadamSalam, aku tidak gemar ayat 'teman lain meninggalkan kita', lebih baik menggunakan ayat 'bila keseorangan.'
esis:
baiklah, aku cuba.
tomei:
betul, seboleh-bolehnya berguru dengan seorang guru. namun buku juga boleh memberi teladan bukan?
biskut bitby:
buku @ kitab yang paling mulia tentulah Al-Quran. muliakanlah ia.
kingbinjai:
haha, pernyataan kau tu ada logiknya juga kan.
shark:
buku sejarah juga menarik. tunggu sehingga wang aku bertambah semula, ataupun kau nak belanja aku?
orochi:
haha, kau minat benda-benda tu ke? bolehlah kau ajar aku nanti. aku pun minat juga, tapi tidak berkesempatan la. harap-harap perjalanan kau sentiasa jammed. haha.
ien:
terima kasih, selamat hari merdeka juga.
tuan tanah:
adakah saya akan menolak antologi puisi yang dinukil oleh mereka yang saya kenal? tentulah tidak. bagaimana saya boleh dapatkannya?
zwitterion:
itulah dilema yang banyak dihadapi oleh peminat buku, tidak terkecuali saya.
ChikaDior:
kiranya kursus anda membataskan minat anda? wah, terima kasih atas pujian itu.
nile:
buku tentang nyemah mulya tu? saya hampir mengambil buku itu daripada rak di kedai buku KLCC sebelum segerombolan wanita datang ke tempat itu dan memberi aura kepada saya. lalu saya terus meninggalkan tempat itu. haha.