29.8.06

guru pasca merdeka

prakata:
aku gemar melihat iklan kemerdekaan yang ditaja proton tahun ini. iklan itu memartabatkan perjuangan guru dalam proses pembangunan negara selepas merdeka. (ya, watak utama yang bernama aman sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku.) buat mereka yang memandang rendah pekerjaan seorang guru, ketahuilah sesungguhnya, tanpa mereka, kau tidak akan kemana-mana. tanpa guru, kau tak boleh kaya macam sekarang. tanpa guru tiadalah Perdana Menteri. tanpa guru tiadalah jurutera, doktor, dan lain-lain.

kenapa aku bincang pasal guru? kenapa bukan pasal merdeka? hari itu aku terdengar seorang makhluk menghina iklan itu apabila aman menurut jejak langkah gurunya dengan menjadi pendidik. bagi makhluk itu, profesyen guru bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dan dibuat iklan sedemikian. bodoh kan? aku bukanlah pelajar yang baik sangat dekat sekolah dulu, tapi aku tetap hormat kepada cikgu. cikgu pukul aku pun aku tak balas balik. hehe. itu cerita zaman dulu-dulu.

isi utama:
tadi pelajar-pelajar aku bosan membuat kira-kira untuk mencari area, volume dan perimeter (pelajar aku belajar matematik dalam Bahasa Inggeris), aku sekadar ingin memecahkan suasana lesu. aku suruh pelajar aku jawab soalan '(1)apa maksud merdeka bagi saya, dan (2)bagaimana saya meraikannya' dalam sebuah kertas kosong. kemudian aku suruh mereka melipatnya dan memberikan kertas itu kepada aku.

balik rumah, aku membuka lipatan-lipatan kertas yang diberi mereka. "Apa ni?" tanya aku dalam hati. (ejaan disalin bulat-bulat daripada jawapan mereka)

jawapan (1) pelajar A:
main mercun
jawapan (2) pelajar A:
rumah saudarara balik kampung makan

jawapan (1) pelajar Y:
hidup selesa. jalur gemilang. negara kita berhusaha. di jaja.
jawapan (2) pelajar Y:
petunjukkan aska. menyanyi lagu Negara

jawapan (1) pelajar Z:
pada tahun 1957 kita dijajah oleh tentera Jepun dan kita berlawan dengannya
jawapan (2) pelajar Z:
saya balik kampung dan mandi sungai bersama keluarga

bagaimana dengan anda semua? bagaimana anda meraikan merdeka?

nota kaki:
perasankah anda semua yang tahun ini bulan kemerdekaan seperti lesu? seperti bukan bulan kemerdekaan? seperti biasa-biasa saja. terlalu lesu, perkahwinan SN lagi menarik daripada bulan kemerdekaan. haha.

sekitar bulan kemerdekaan:
Fiqeologi - didik lah kami
Dugongsenyum - IKLAN MERDEKA
Tok Rimau - IKLAN MERDEKA

27 ulasan:

  1. Tanpa Nama29/8/06 08:24

    Selamat Hari Kemerdekaan cikgu.. Ganbatte kudasai hait! Teruskan mengajar bebudak tu..

    BalasPadam
  2. ooo..cikgu ek pemilik blog nih, saya linkkan cikgu yer :)

    BalasPadam
  3. Dude ini jawapan aku,

    1)Maksud merdeka adalah mendapat cuti pada 31 Ogos setiap tahun.

    2)Aku raikan dengan bercuti sepenuh masa dalam sehari, jika hari khamis disambut, ponteng kelas hari jumaat dan seterusnya menggabungkan hari sabtu dan ahad, jadi cuti aku dalam minggu ini adalah selama 4 Hari. Alangkah indahnya merdeka

    BalasPadam
  4. siapakah makhluk yg menghina Aman menjadi guru itu?

    merdeka bagi aku ialah.... ermm... ENTAH!

    BalasPadam
  5. dude, maseh linkkan, tu lah rata2 semua org muda xdapat nak rasa merdeka tu ape, hahahha. dan aku setuju dengan singa! mari kite gabungkan cuti2 itu menjadi panjang dan indahkan cuti panjang itu~ hohohohohoh!

    BalasPadam
  6. tanpa guru siapalah kita..
    sekurang-kurangnya ko mengerti perasaan menjadi guru..
    Merdeka3x..

    BalasPadam
  7. erk sifu ke ni??
    selamat petang cikgu!!he he he..
    apa pun profession perguruan kerja yang amat mulia...sampai kubur masih ada manfaat..

    berusahalah cikgu!!

    BalasPadam
  8. cikgu aman..

    haaa..camtu laa...jgn ar wat budak tu takut lagi..kne arr ada epi2 sket dlm kelas..
    satgi depa ketaq2 kpala, ang jugak susah..kem salam kat cikgu aman,sekolah jalan tiga..hehehehe

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama29/8/06 20:19

    setuju dengan

    'perasankah anda semua yang tahun ini bulan kemerdekaan seperti lesu? seperti bukan bulan kemerdekaan? seperti biasa-biasa saja. terlalu lesu, perkahwinan SN lagi menarik daripada bulan kemerdekaan.

    apa kena mengena hidup SN dengan hidup saya? tak ada. apa kena mengena merdeka dengan saya? banyak.

    mari sambut merdeka dengan saya?

    BalasPadam
  10. orochi:
    terima kasih atas motivasi kau wahai encik ular gergasi.( orochi jika diterjemahkan daripada bahasa jepun bermaksud ular gergasi, kan?)

    hayad:
    definisi cikgu sangat meluas. walaubagaimanapun, saya hanyalah cikgu tuisyen. terima kasih, saya juga akan linkkan kamu.

    singabeng:
    wah, dude, kehidupan kau sangat bersenang-lenang. kau belajar kat mana ni? boleh lah aku apply ni.

    lan rambai:
    makhluk tu, dirahsiakan namanya demi menjaga privasinya.

    fiqroorganisma:
    cutilah selagi kau gembira bercuti, kalau kau jadi aku, tentu kau dah amat bosan bercuti. haha.

    zwitterion:
    ya, walaupun sekejap, dan tidak menyeluruh.

    nile:
    di antara semua jawapan, pengertian merdeka anda adalah yang paling berusaha ke arah tepat yang saya terima setakat ini. tahniah.

    akirasuri:
    terima kasih akirasuri. semoga saya pun tergolong sama dalam golongan itu.

    noheartfilin:
    bila pulak aku buat budak-budak tu takut? jangan fitnah aku wey. haha.

    witchblade:
    wah, sambut merdeka dengan anda? itu terpulang kepada bagaimana sambutan merdeka anda, dan definisi ayat anda itu. :D

    BalasPadam
  11. macam mana nak menyambut merdeka bila kita sebenarnya tidak merdeka? sekadar selesa itu merdeka kah?

    BalasPadam
  12. aku rujuk merdeka itu sebagai pembolehubah, dan bagaimana mereka meraikan pembolehubah itu.

    cover baik punya! haha.

    BalasPadam
  13. anak-nak murid kamu itu umur berapa ye? errr... Melayu atau ada bangsa lain?

    BalasPadam
  14. yang menjawab soalan itu berumur sepuluh tahun, dan melayu kita semuanya.

    BalasPadam
  15. Semoga anda menjadi pendidik anak bangsa dengan ikhlas dan tabah!
    semoga anak bangsa kita tidak membesar sebagai anak merdeka yang tidak punya matlamat hidup!

    Salam..Merdeka!

    BalasPadam
  16. semoga doa-doa anda itu dimakbulkan. terima kasih. :D

    BalasPadam
  17. jadi?.

    ko seorang cikgu muda yang rock n roll?. alriteeeeee!.

    p/s : kita sealiran tapi berlainan terusan. :)

    BalasPadam
  18. berjiwa berontak kot. nak kata rock n' roll tak sangat, mungkin metal ada sikit kot. haha.

    BalasPadam
  19. besar impian awak tu, semoga sempat mengecapinya. untuk semua juga sebenarnya. :D

    BalasPadam
  20. sifu aman...
    mengajar di bandar baru bangi ke??

    BalasPadam
  21. ya saya, alamatnya tertulis begitu. mengapa?

    BalasPadam
  22. oo sekolah jalan berapa?jalan 2? jalan 3? jalan 4? jalan 6? emmm ada lagi tapi tak pasti, dah banyak sangat dah sekolah kat bandar baru bangi ni...ahaksss....

    nota budak sekolah: kalau jalan 6 dan jalan 3, mesti anak buah saya kenal...huhuhu

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama30/8/06 19:22

    ien pon suka nengok iklan tu.. mula2 ien tak minat sgt jadik cikgu.. tp ien sedar.. golongan kecil perlu dididik siapa lagik kalau bukan cikgu selain ibu bapa..

    p/s : uwaaa.. KPLI asyik fail jee :(

    BalasPadam
  24. Merdeka bukan hanya 31 ogos...........

    Masa-masa dan hari-hari lain bukan merdeka... tak perlu patriotik...?

    BalasPadam
  25. akirasuri:
    saya bukanlah guru bertauliah. hanyalah guru tuisyen bidan terjun sahaja. :D

    ien:
    berusaha lagi untuk lulus KPLI. usaha tangga kejayaan. heh.

    blackpurple:
    perlu juga patriotik. sambutan itu sebenarnya untuk memperingati tarikh kemerdekaan. konsep seperti hari ibu dan hari bapa. hari ibu hanya sekali setahun, tapi kita semua tetap menyayangi ibu kita pada hari lain. bukan?

    BalasPadam
  26. salam.
    tuan hamba ni sape?
    nama tuan hamba ade dlm friend list frensterku, tp tidak dpt kuingati siapakah dirimu.
    meow...

    BalasPadam
  27. saya orang biasa yang menjalani kehidupan biasa di dunia yang biasa sahaja. tidak lebih dari itu.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.