setelah berjaya mencari tempat yang sesuai dan bersedia, barulah aku mengenalpasti tempat itu, itu ialah fasa 9 taman seri gombak, kawasan perumahanku yang lama. fajar sudah datang dan pergi, kami masih menunggu dalam keadaan berjaga-jaga. pada suasana seperti pukul 8 pagi, maka, muncullah mereka. tiga ekor raksasa berwarna kelabu gelap muncul dan mula mengganas. semua sudah mula menyerang raksasa itu dengan senjata masing-masing. aku menyeluk kocek ku untuk mengambil senjata yang dihadiahkan oleh ketua. ah, aku mencari-cari di segala rantau kocekku, tidak jumpa. raksasa sudah maju setapak ke hadapan. aku masih belum berjaya mendapatkan senjata ku. lantas, aku menggunakan kuasa seperti 'bullet time' dalam 'matrix,' semuanya tidak bergerak, hanya aku seorang yang bergerak, namun aku masih belum berjaya mencari senjata berwarna perak hitam itu...
aku membuka mataku, kepalaku berasa pening-pening lalat, tidak lama kemudian, aku senyum keseorangan. sudah 2 kali dalam masa 2 hari aku bermimpi menjaga keselamatan bumi, jika semalam aku bermimpi sebagai seorang penyelamat bumi yang mampu terbang berusaha menyelamatkan kawasan damansara utama, hari ini aku bermimpi sebagai tentera penolong 'lelaki ultra' (mungkin) yang mempertahankan perumahan taman seri gombak. adakah ini bermaksud aku masih belum matang dan berfikiran kanak-kanak atau daya imaginasiku yang terlalu tinggi? hahah.
*gambar yang disiarkan adalah menghampiri keadaan sebenar dalam mimpi penulis, gambar yang disiarkan telah sedaya upaya disediakan menghampiri dengan mimpi penulis. sebarang kelainan adalah berpunca daripada kelemahan penulis. sila klik gambar itu dan besarkan untuk melihat dengan lebih jelas. penulis menggunakan perisian 'microsoft paint' untuk menghasilkan gambar tersebut. penulis tidak menggunakan format 'jpeg' kerana ini akan merosakkan media 'bitmap' penulis, penulis menggunakan fomat 'graphic interchange format (gif)' sebagai ganti.
cett... 'mimpi2' len ko xnak gtau lak..hehe =p
BalasPadammimpi-mimpi lain ada, kena cerita sikit-sikit, tapi mimpi yang ko maksudkan tiadalah boleh diceritakan di sini. jurnal aku bukan tempat untuk kau lepaskan nafsu. haha!
BalasPadamko layan gaban atau kesatria baja hitam ke?
BalasPadamlayanan macam mana tu king binjai? itulah soalan utama.:)
BalasPadamahhhhh...ko cho..tetibe wat aku jd watak jahat walaupun bende lain yg aku maksudkan..sungguh xmemahami..hehe=p
BalasPadamoh, aku fikirkan apa yang manusia normal akan fikirkan bila berdepan dengan ayat yang sama. adakah menjadi normal itu salah? kerana itulah aku, insan yang tiada apa-apa.
BalasPadammacam ko layan one piece ler hehehehe kalo ya, maka paham la aku napa ko dapat mimpi camtu hahahaha
BalasPadamhahaha.. nice entry beb! sure sedaye upaye ko draw pakai mouse kat paint tu kan? tgk dah tau...
BalasPadamkewl beb! aku rs kaw paya jaras, ijok dan kg.jinjang utara juga perlukan hero2 spt ko nih! BRAVO!
kingbinjai:
BalasPadamoh, layanan itu maksud anda, eheh. salah faham pula seketika. da lama tak layan cerita macam tu. rindunya zaman menjadi peminat fanatik 'lelaki ultra' dulu-dulu. heh.
zulkaplye:
betul tekaan anda, agak lama juga masa yang aku ambil untuk menghasilkan imej tersebut. teringin juga menggunakan 'scanner' seperti anda, tetapi lukisan pensil aku tidak jelas selepas di'scan'. setakat ini aku hanya mengawal secara kecil-kecilan sahaja. tunggulah mimpi-mimpi aku akan datang. :D
amanitium:
BalasPadamwaaaaaa. siap lukis mimpi. ha ha. aku mimpi pun selalu lupa.
hahah, mimpi aku kebanyakannya pelik-pelik, maka senanglah aku ingat. heh.
BalasPadam