logika logam psikosis genap setahun
Tahun lepas, pada tarikh yang sama, aku sedang menulis di dalam sebuah jurnal blogspot bertajuk Synthetic Plastic Medula Oblongata, renteten penghijrahan aku dari blog friendster. Hari ini, walaupun sudah bertukar nama dan bahasa penghantar, jurnal tersebut masih aktif menerima penulisan-penulisan aku dan komen-komen agung para pelawat.
penawar penyakit beraksi
yeah, akhirnya racun itu telah disembuhkan penawar. aku telah sembuh, dan harap-harap aku akan kekal sihat buat masa yang lama lagi dengan bantuan penawar itu. terima kasih Ya Allah kerana menyembuhkan penyakit aku melalui penawar itu.
fajar itu berlalu
awal pagi tadi, selepas aku menyaksikan kemenangan pertama pasukan 'Les Bleus' selepas perlawanan akhir piala dunia 1998, aku bercadang ingin bersolat subuh secara berjemaah di surau yang berdekatan. pukul 5:30 AM, aku sudah bersiap dengan kain pelikat dan sweater ku. Aku menunggu dalam bilik ku untuk laungan azan oleh bilal yang bertugas. "Lambatnya," bisik hati ku. "Kalau rehatkan mata sekejap, sempat ni," kata diriku yang berjaga sepenuhnya sejak 12 jam yang lepas.
"Bangun-bangun, buatlah benda yang bermanfaat sama, ... (aku tidak ingat atau dengar yang lain-lain)," aku dikejutkan oleh leteran itu. aku yang masih bingung mula tidak senang dengan pagi yang dimulakan dengan leteran, tiba-tiba aku teringat sesuatu, aku terus melihat jam di telefon bimbitku, "Ah, sudah pukul 8:30 AM," aku bermonolog dalam hati. terlepas subuh nampaknya hari ini, apatah lagi subuh berjemaah, "masih ada masa, cuba lagi esok," aku cuba menyedapkan hati sendiri.
Betul, sumpah tak sengaja terlepas!
24.6.06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
klo ko tak tgk bola mesti dapat semayang jemaah, oleh itu terbukti bola membahayakan kesihatan muahahaha
BalasPadamtakpe boleh cuba lagi esok.. kan? kan?
BalasPadamkingbinjai:
BalasPadamoh, banyak lagi faktor yang mendorong kepada itu encik kingbinjai. ia bergantung dari konteks dan perspektif mana yang kita lihat.
orochi:
boleh boleh. jangan risau. terima kasih atas sokongan anda. :D
hah... qada' tak?
BalasPadamoh, sudah qada'. terima kasih kerana mengingatkan saya cik tuan tanah. :D
BalasPadam