aku pernah bertanya kepada
kingbinjai, "
wahai kingbinjai, siapakah yang paling kacak antara semua penulis jurnal?" lalu kingbinjai menjawab "
tentulah sekali pemilik logika logam psikosis yang mulia."
baiklah, teruskan dengan perkara utama. pada suatu hari sedang aku melayari jurnal kingbinjai yang buat masa sekarang penuh dengan puisi-puisi sadis dan tragis, jari jemari aku secara spontan berasa gatal, lalu menaip "
king, cerita sikit tentang slogan kau tu. macam menarik je," di kotak borak jurnal dia. aku tidak menyangka ayat semudah itu akan berubah menjadi begini lalu memakan diri. kalaulah saya bersabar...
aku telah di'tag' oleh
kingbinjai dengan permainan terbaru, iaitu 'tag slogan.' berikut ialah peraturan yang telah disusun atur oleh
kingbinjai sendiri.
1. Yang utama, mestilah tag mereka yang ada slogan blog.
2. Namun, boleh juga tag sesapa saja, jika takde slogan blog, bloggers terbabit kene terangkan slogan hidup mereka. Jika takde slogan blog atau slogan hidup, cari satu! hahahaha
3. Bloggers yang kene tag, mesti menerangkan mengenai slogan mereka dan mesti mepunyai 2 ciri :
3.1. Sejarah (asal usul slogan)
3.2. Maksudnya
4. Bloggers yang kena tag, mesti 'includekan' link orang yang tag mereka di dalam entry terbabit.
sebenarnya, aku sendiri pun kurang pasti, apakah slogan jurnal aku? adakah
logika logam psikosis itu sebuah tajuk ataupun slogan? bolehkah ia memegang dua jawatan pada masa yang sama? umpamanya seperti menjadi perdana menteri dan menteri kewangan sekaligus?
setelah aku merujuk jurnal pencipta tag ini, aku membuat keputusan bahawasanya,
logika logam psikosis bertugas sebagai tajuk dan slogan untuk jurnal ini buat masa yang sama. fuhh, panjang sungguh prakata penulisan kali ini.
Sejarah slogansemasa mula-mula menulis jurnal dan masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai penghantar, aku menggunakan slogan
Synthetic Plastic Medula Oblongata (Medula Oblongata yang diperbuat dari Plastik Sintetik), aku menggunakanya sebagai perlambangan tentang luahan pemikiran yang palsu, kerana kebanyakan hasil penulisan aku semasa itu dipengaruhi daripada medium pop dan suka ramai.
setelah menulis dalam beberapa bulan, aku semakin banyak menceritakan tentang kehidupan aku, tentang rasa ketidakpuasan hati aku terhadap berbagai benda. banyak carutan yang aku luahkan ke atas jurnal ini. lalu aku menukar slogan atau tajuknya kepada
╪ $pt ¡t δuT♥ ╪ yang bermaksud luahkan/ludahkan ia. ia juga merupakan salah satu tajuk lagu dendangan kumpulan kugiran kesukaan aku,
Slipknot.
kemudian, setelah lama menjadi seorang yang leka mencarut dan asyik merungut, aku kembali sedar. perkara ini juga dipengaruhi oleh beberapa perkara yang menjadikan aku amat
JIWA KACAU (heh, promosi sekejap). aku sedar yang aku hanya hidup didalam duniaku sendiri selama ini. lalu aku membuat keputusan untuk kembali kepada akar, dan teruskan mencari identiti diri aku yang sebenar. rujuk kata
Pak Khalid dalam penulisannya bertajuk
Eureka! yang berbunyi,
"Puas saya berkelana di alam maya. Puas saya mencari, meninjau dari satu blog ke satu blog. Saya ingin mencari adakah orang yang percayakan Melayu. Bahasa, bukan bangsa. Saya baca blog budak-budak Melayu yang kononnya besar di PJ atau Subang dan tengok wayang di Mid-Valley dah murtad bahasa. Tulis dalam bahasa Inggeris dengan bahasa dan isi macam remaja masih hingus meleleh. Penat saya mengintai-ngintai blog-blog mereka yang namanya tidak memakai bin atau binti kalau-kalaulah ada yang memuntahkah kemarahan, atau mengubah ayat-ayat cinta atau membedah penyakit masyarakat dengan menggunakan bahasa Raja Ali."
sejak itu, aku mula berjinak-jinak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam jurnal aku, namun aku masih banyak mengamalkan penggunaan perkataan slanga dalam jurnal ini. kemudian muncullah
Encik Jigo semasa aku sedang membuat urusan sebuah projek dan dia ialah antara penaung dalam projek itu. dia menulis,
"...Sakit mata aku baca bila 'buat' ditulis 'wat', 'rasa' ditulis 'rase'. Walaupun bold. Maaf! Aku bukan penganut realisma membabi buta. Nama khas patut dihurufbesarkan. Begitu juga huruf pertama setiap ayat..."
ayat di perenggan pertama itu amat menarik perhatian aku, ayat realisma membabi buta itu. aku mula bertukar sedikit demi sedikit, namun, buat masa sekarang, aku masih memilih untuk tidak menggunakan huruf besar bagi huruf pertama setiap ayat, perlambangan yang aku masih merendah diri.
setelah aku melalui semua itu, akhirnya aku muncul dengan nama
logika logam psikosis! yeah! apakah maksud
logika logam psikosis? aku akan ceritakan di bahagian maksud di bawah.
pada hari ini, setelah di'
tag' oleh
kingbinjai, aku membuat keputusan untuk melengkapkan tajuk jurnal ini dengan penambahan beberapa ayat.
misteri makhluk logam liut bertopengkan badut yang ganas, itulah pelengkap kepada tajuk jurnal aku. oh, mungkinkah ianya lebih sesuai dipanggil sebagai slogan?
Maksud sloganaku akan terangkan satu persatu, bermula dengan ayat
logika logam psikosis, kemudian diikuti dengan
misteri makhluk logam liut bertopengkan badut yang ganas.
logika di dalam
logika logam psikosis ialah sebuah metafora yang merujuk kepada logik, atau pemikiran.
logam itu ialah perlambangan terhadap diri aku, aku mudah teruja apabila didedahkan kepada sesuatu perkara yang asing dan menarik. logam
Caesium yang meletup apabila dikenakan air, atau logam
Rubidium yang terbakar apabila didedahkan kepada udara, begitulah juga, logam Amanitium yang berasa teruja secara mendadak apabila didedahkan kepada perkara asing yang menarik minatnya.
psikosis itu bermaksud 'berkaitan psiko.' jangan salah faham, aku tidak pernah mengaku yang aku ni seorang psiko. aku menambah perkataan itu hanyalah sebagai tanda peringatan terhadap kata-kata yang selalu disebut kepada ku oleh rakan-rakan. antara contoh seperti,
Erwan: ko ni pingu yang psiko la cho!
Chin: Gila sex tul la ko ni cho.
aniD: Sex Maniac!
mereka sekadar bergurau, usahlah ambil kisah tentang perkara-perkara sedemikian.
misteri makhluk logam liut bertopengkan badut yang ganas, aku rasa ianya boleh diterjemah terus, mungkin hanya beberapa perkataan yang perlu diterangkan sedikit.
liut - dari pengalaman aku diatas, tentu kamu semua dapat melihat yang aku ni mudah terpengaruh dengan sesuatu. ianya boleh disifatkan seperti keliutan logam, yang bererti boleh diubah-ubah bentuk, walaupun tegar.
bertopengkan badut - aku gemar menggembirakan dan menyenangkan orang lain walaupun pada masa yang sama aku berasa tidak senang di dalam hati.
yang ganas - aku juga seorang yang amat baik hati namun selalu disalahtafsir oleh orang lain kerana rupa luaran aku yang agak ganas, dan mungkin kadangkala sifat aku yang juga agak ganas. aku baik hati sebenarnya =)
yeah, tamat juga akhirnya kerja aku menjawab tag
kingbinjai ni. panjang gila ni. ada sesiapa mahu baca ke? ah,
kingbinjai, aku paksa kau baca apa aku tulis. aku menyebarkan tag ini kepada:
Ashadina (sebab dia sangat rajin menulis)
Shai (sebab dia pernah menyebarkan virus tag kepad aku suatu masa dulu)
Shark (sebab dia telah merampas takhta aku dari hati si dia, huhu)