19.4.06
kerna sebatang LM merah
di sebuah institusi pembelajaran di penghujung tanah besar asia pada februari tahun 2003, aku sedang berada di tingkat paling atas sebuah asrama penginapan lelaki bersama seorang rakan. kami sedang berbual sambil menarik dan menghembus nafas. tiba-tiba terdapat sejalur cahaya yang bersumber daripada tingkat bawah menarik perhatian kami. rupa-rupanya, perhatian kami telah ditarik oleh lampu suluh yang dipegang oleh seorang penjaga asrama merangkap guru aku. lalu dia menjerit,"Hoi, kamu berdua, turun sekarang!" dengan nada yg amat marah. "Turun sekarang atau saya naik atas," dia memberikan dua pilihan yang mana kedua-dua pilihan itu aku dapati hanya akan membawa kepada satu konklusi yang sama. rakanku terus berlari sebelum sempat aku bertanyakan tindakan yang seterusnya. aku tergamam. penjaga asrama sedang menaiki tangga, jeritan-jeritannya semakin lama ku rasakan semakin dekat...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.