25.10.08

211 - dia berkata selamat hari raya

Jika, suatu pagi kau sedang berjalan di tepi-tepi lorong sunyi, tiba-tiba ada seorang cina tua berpakaian lusuh merapati kau, dia kelihatan seperti watak tua yang hebat kungfu dalam cerita cina, dia menyapa dengan berkata selamat hari raya, kemudian dia berkata nombor, lima tujuh enam sembilan...

dia berkata lagi, lima tujuh enam sembilan...

dan lagi, lima tujuh enam sembilan...

dan perjalanan kau hari itu secara kebetulan melalui kawasan lot kedai menjual nombor...

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama25/10/08 19:27

    kebetulan baju kau juga lusuh dan kau rasa kau kelihatan seperti hero kungfu.Lantas kau membuat keputusan utk mengulang2 lima tujuh enam sembilan. seolah2 memberi klu kepada mereka yg sdg beratur.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27/10/08 04:43

    Haha..

    Akak membayangkan wajahmu yang montok itu terjeling-jeling dekat kedai menjual nombor..

    Haha..

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.