19.10.08

210 - sila belok-belok

Kau masih ingat iklan NST?
Iklan tentang jejaka nakal yang dungu berbahasa Inggeris dan jejaka baik yang bijak berbahasa Inggeris.

Aku juga pernah didekati oleh seorang pelancong luar negara berjantina perempuan, sama seperti plot iklan tersebut.

"CanyoutellmehowtogotoChinatown?" katanya fasih.

"owh, i'm sorry ma'am, i beg your pardon," kataku.

"CanyoushowmethewaytoChinatown?" katanya fasih, juga pantas.

Aku faham maksud ayat pelancong berkulit cerah itu. Sangat faham, namun aku tak tahu dimana lokasi destinasi yang ingin ditujunya itu, apatah lagi cara ke sana.

Kau masih ingat iklan NST?
Iklan tentang jejaka nakal yang dungu berbahasa Inggeris dan jejaka baik yang bijak berbahasa Inggeris.

Aku ialah budak nakal yang bijak berbahasa Inggeris. Mem ranggi berbangsa Arab itu telah aku tunjukkan ke arah jalan yang rambang.

Dan perlahan-lahan susuk tubuhnya hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa ke jalan bukit yang menurun, berlatarbelakangkan matahari yang terbenam berwarna jingga. Minta maaf mem...

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama19/10/08 02:18

    heh. kau menggunakan teknik repetisi yg menjengkelkan. kau ingat ni sajak? kau budak nakal yg bijak berbahasa inggeris?hahaha..poyo giler. kalau yer pon betul, ttp poyo giler.maaf aku terlalu jujur.hihi
    PS: blog aku bukan blog kanak2 yg kau boleh nampak gambar2 atau apa2. dan kebetulan itu adalah percubaan pertama aku membuat satu entri 4 pages micr. word. hihihi..tahniah buat aku

    (uh?komen pun pjg. mmg aku rajin menulis ya?)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20/10/08 00:02

    Aman! Kau memang nakal!

    Hehe!

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.