27.5.07

205 - semalam yang gila hampir menjadi headline hari ini.

dudes dan dudettes, dah 2 minggu aku pulang... dan aku akan berpergian ke suatu tempat lain buat seketika...

sebelum aku berpergian, kami menghabiskan masa merayau-rayau di ibu kota pada waktu malam. di dalam kesesakan pukul 2 pagi, banyak kereta yang dibawa orang mabuk berpeleseran, ditambah pula dengan rempit-rempit yang sopan di jalan raya. kami? kami cuma bersiar-siar menikmati pemandangan malam.

hampir headline 1
ada kereta memotong kereta kami dengan cara yang berbahaya. hon yang kuat dan panjang dengan gagah, sambil ahli dalam kereta kami memandang dengan pandangan ganas terhadap kereta itu. ahli kereta itu membalas semula pandangan itu secara ganas juga. kami membalas dengan pandangan yang lebih ganas.
tiba-tiba enjin kereta kami hampir mati, mungkin kerana pemandu kami juga memandang kereta itu dengan pandangan ganas tanpa menumpukan perhatian kepada clutch...
watak N: kau jangan buat lawak watak E (driver).
watak A: kalau kete mati kita nak wat camne nak cover?
watak B: kita keluar kete buat-buat nak pukul kete tu.
semua setuju dengan cadangan tu, nasib baik kereta itu tidak sempat mati enjinnya. kalau tak tentu muka depan surat khabar arus perdana dan tabloid esok tertulis, Pemilik blog yang gagah serta rakan memukul orang yang tak dikenali di Jalan P. Ramlee.

hampir headline 2
selepas puas bersiar-siar, perut kami terasa lapar, wang di dalam poket tiada, kami sepakat singgah di 7-11 berdekatan untuk membeli mamee kari berapi dan makan di tepi jalanraya. beramai-ramai. sedang kami leka memuaskan nafsu sambil melihat kereta-kereta bertaraf tokyo drift melanggar lampu merah, aku terlihat seorang lelaki berbadan sasa berjalan melilau ke sana ke mari. tidak lama kemudian, dia datang kepada kami...
watak ?: Excuse me, can you tell me where is the JW Marriot hotel?
watak N: Do you mean in Putrajaya or here?
watak A: Dah tentulah kat sini douw, kita bukan kat Putrajaya. Do you know where is the Sungei Wang?
watak ?: I don't know, i'm just a tourist here. I went to the beach club and now i'm lost.
kami berbincang bagaimana cara yang sesuai untuk menunjukkan lokasi hotelnya kepada pelancong itu. setelah berbagai landmark seperti pertama kompleks dan klcc muncul didalam perbincangan, watak N telah menunjukkan arah seperti yang kami bincangkan sebentar tadi. pelancong berbadan sasa itu mengucapkan terima kasih lalu beredar. selepas 5 minit, kami pun memasuki kereta semula untuk pulang ke rumah, dan semasa dalam perjalanan itu jugalah kami perasan yang kami telah memberi arah yang terbalik.
watak N: jom blah cepat weh, tu dia kat sana, nak pukul kita la tu, bagi arah salah kat dia.
kami berjaya melarikan diri menaiki kereta dan beredar dari lelaki tersebut sebelum dia sempat sampai semula, mujurlah, jika tidak, tentu muka depan surat khabar arus perdana dan tabloid esok tertulis, Pemilik blog yang gagah dan rakan dipukul oleh lelaki asing berbadan sasa kerana salah memberi petunjuk jalan.

hampir headline 3

kami pulang melalui SMART tunnel, sementara masih percuma, maklumlah gaji dah naik ni, nanti tentu tol terowong ini mahal.
watak A: jom tangkap gambar dalam terowong ni. pasang la hazard.
ideaku itu telah dipersetujui seratus peratus. kami melakukan pelbagai pose di dalam terowong itu, maklumlah dikala 4 pagi, tentulah terowong itu kurang sesak. dalam 15 minit kami melepak di dalam terowong itu, tiba-tiba dari kejauhan nampak seperti motor peronda mendekati.
watak K: weh jom belah, peronda-peronda.
watak E: cepat naik weh.

kami semua dengan efisyen terus naik kereta lalu melarikan diri daripada peronda itu. nasib baik kami sempat melarikan diri, jika tidak, tentu muka depan surat khabar arus perdana dan tabloid esok tertulis, Pemilik blog yang gagah dan rakan-rakan ditangkap melepak di dalam SMART tunnel. Tentu rakaman cctv dalam terowong itu disiarkan di buletin tv, dan menteri yang berkenaan memberi ulasan terhadap perbuatan kami.

watak SV: rakyat jelata tidak dibenarkan melepak di dalam SMART tunnel, ini boleh menyebabkan kebocoran dan sebagainya, nanti kita yang kena repair semula semua ini...

nota kaki: dudes dan dudettes, aku pergi dulu ya. doakan aku pulang...

15 ulasan:

  1. erks...dimanakah cerita perempuan cantik dgn pakaian putih ?

    aku mahu itu..

    nnti keluar berita..penulis blog yg ehem2 di keroyok oleh seorang perempuan berbadan cantik berbaju putih..

    p/s: bagaimana ia bisa keroyok..sedangkan ia perempuan? hurmmm....adakah perempuan?

    BalasPadam
  2. selamat berpergian. moga semua selamat.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama28/5/07 01:03

    btul tu noheartfilin..
    kalau kuar paper dikeroyok perempuan SpongeBob.. mesti glamer blogger ni.. haha

    BalasPadam
  4. selamat berpergian. moga semua selamat.

    BalasPadam
  5. berita baptista sudah balik ke spain lg bes

    BalasPadam
  6. saya tidak membaca tabloid.

    BalasPadam
  7. hahahaha...kite nantikan kemunculan anda dalam buletin utama..k?

    BalasPadam
  8. aku sekadar berdoa...

    terserah kau untuk pulang atau tidak!

    BalasPadam
  9. Salam...

    Selamat berpergian...

    BalasPadam
  10. Dude, aku kesibukan tanpa sedar kau kembali.

    Dude, apakah kerana line internet tidak ada dalam kampus sehinggakan kau tak dapat berblog. Ataupun, kau sibuk yang amat mengira lutut-lutut yang ada di cafe?

    Ha ha ha

    BalasPadam
  11. haha! cerita headline ke2 tu pernah jugak terjadi dulu..

    selamat kembali ya..

    BalasPadam
  12. bab mamee perasa kari tu, aku rasa amat terharu.

    BalasPadam
  13. salam.. maaf mengganggu.

    Boleh bagi saya 5 minit?

    anda dijemput ke http://bajukerja.blogspot.com untuk menjawab beberapa soalan survey mengenai pakaian kerja secara ikhlas. boleh ya?

    terima kasih

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama18/6/07 01:49

    hehe... aku pun teringin nak bergambar jugak kat smart tunnel.

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.